BAB 1

1.4K 18 3
                                    

Tiupan angin bayu menyapu pipiku menyedarkan aku dari lamunan. Tanpaku sedar ada titisan manik membasahi wajahku. Jejariku menyeka airmata yang gugur tanpa kupinta. Teringat kisah yang terjadi beberapa tahun lalu. Tak mudah untuk aku lupakan apa yang berlaku, dan bukan mudah untuk aku terima semuanya. Aku cuba untuk redha, aku cuba berdamai dengan takdir. Memaafkan, ya maaf memang mudah diucap tapi tidak untuk melupakan.

Manusia memang suka berjanji dan suka memberi harapan palsu. Berkata-kata manis, menabur janji sudah menjadi satu kemestian dalam sesetengah manusia demi mendapatkan secebis perhatian.

2 tahun lalu.....

Aku dapat satu panggilan telefon.

"Assalamualaikum, ni Cik Aish Marisa binti Kamarudin ke?"

"Saya Puan Aisyah dari bahagian HR syarikat XXX, saya ingin memaklumkan bahawa Cik Aish Marisa telah berjaya temuduga tempoh hari."

Berdegup kencang jantungku menerima berita itu. Tanganku sejuk terketar-ketar. Aku diam seketika, bagaikan tidak percaya apa yang aku dengar itu.

"Waalaikumussalam, ye saya Aish Marisa. Betul ke saya dapat jawatan tu Puan?"

"Ya Allah....terima kasih Puan. Terima kasih banyak-banyak."

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya, mataku terpejam sambil dalam hati tak putus-putus mengucapkan syukur pada Allah.

"Ye awak telah diterima untuk jawatan itu. Kami akan hantar email pada awak dan dalam email tu ada dilampirkan beberapa borang yang perlu awak isi dan juga ada beberapa perkara yang perlu awak buat sebelum datang untuk lapor diri."

Jelas Puan Aisyah lagi.

"Baik Puan, saya akan tengok email tu. Boleh saya tahu bila tarikh lapor diri tu?"

"Semua butiran ada dalam email tu. Awak boleh semak email tu nanti."

"Baik Puan, terima kasih."

Sebaik saja panggilan diputuskan, aku terus buka email. Teruja...sangat teruja. Sudah hampir sepuluh tempat aku hadir untuk temuduga akhirnya ada juga rezeki untukku.
Syukur alhamdulillah.

Dua minggu kemudian, aku hadir untuk lapor diri ke syarikat XXX. Jumpa dengan Puan Aisyah, aku diberikan sedikit penerangan apa tugasku dan dikenalkan dengan beberapa orang staff di situ.

Selesai diberi penerangan, Puan Aisyah tunjukkan di mana mejaku.

"Awak boleh panggil saya Kak Aisyah saja, saya lebih selesa disapa dengan panggilan tu. Awak pula?"

Ternyata Kak Aisyah ni peramah orangnya dan wajahnya tak lekang dari senyuman.

"Kak Aisyah boleh panggil saya Aish. Nama kita hampir sama."
Aku senyum pada kak Aisyah.

"Ha'ah ye lah. Baru akak perasan. Aish boleh duduk dulu sementara tunggu boss masuk. Kalau Aish nak minum, kat sana ada pantry."

"Oo...baik kak Aisyah. Terima kasih kak Aisyah."

Kak Aisyah berlalu ke tempatnya, aku pula duduk di mejaku. Aku cuma perhatikan keadaan sekeliling, semua orang sedang khusyuk dengan kerja masing-masing.

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now