"Abang....dah pukul berapa ni, abang baliklah sana."
"Sayang halau abang ke?"
Aku berdecit sambil mengeluh. Dia buat-buat tak faham pulak.
"Dah....jangan nak buat perangai tak semengah tu. Pergi balik sana."
"Dah tak sayang abang ke?"
"Isk....jangan la macam ni. Saya tak nak Lisa datang serang kat office lagi. Nanti tak pasal-pasal semua orang tahu. Abang nak ke jadi macam tu?"
Aku tegaskan sikit suara."Yelah....orang tak suka kita, nak buat macam mana kan."
"Hish..."
Aku pukul bahu dia kuat-kuat."Aduhh...."
Dia gosok-gosok bahunya."Haaa.....kan dah kena. Mengada lagi. Nak lagi tak?"
"Nak..."
Luth senyum sungging macam ada niat lain. Pinggangku dirangkul kemas. Dan chup......Buat seketika aku rasa tak nak bagi dia pergi, tapi aku tak boleh buat macam tu.
"Nak lagi tak?'
Kali ni dia pula tanya soalan yang sama.
Disapu bibirku dengan jarinya."Dah .... pergi..."
Aku jeling dia yang masih tersengih-sengih depan pintu rumah."Tunggu abang ambil pagi esok."
Aku salam tangannya, dia kucup ubun-ubunku. Berat hati ini tapi aku terpaksa.
Nak tak nak, Luth terpaksa balik ke rumah Lisa untuk malam kedua.
Sebelum masuk pagar rumah Dato' Hisham, Luth nampak seorang lelaki baru saja keluar dari rumah tu. Dan lelaki itu masuk dalam keretanya. Kelibat Lisa juga ternampak sedang melambai-lambai mesra kepada lelaki tersebut. Luth parking keretanya jauh daripada pandangan orang.
Sebaik saja kereta itu keluar dari perkarangan rumah Dato' Hisham, Luth mengekori kereta tersebut. Dari jauh Luth ikut dan kereta tu berhenti di kedai 7e.
Luth perhatikan lelaki itu, wajahnya seperti pernah dia lihat. Lalu dia buat keputusan untuk masuk ke kedai tadi, tujuannya nak tengok lebih dekat muka lelaki tu. Ketika di kaunter bayaran, Luth berdiri di sebelah lelaki yang dia nampak tadi.
Sah, itu adalah lelaki yang sama dalam gambar yang Dhani tunjuk tempoh hari. Taufik. Rupa-rupanya Lisa mengajak Taufik ke rumahnya semasa ketiadaan papanya.
Luth dah kumpul semakin banyak bukti tentang perlakuan Lisa, hanya menunggu masa saja. Luth tersenyum sendirian. Balik ke rumah Dato' Hisham.
"Lewat you sampai malam ni? Bini tua you tak bagi datang sini ke?"
Luth abaikan saja dan terus keluar bersama bantal serta selimut.
Dengan reaksi Luth itu menambahkan lagi sakit hati Lisa. Sedangkan sebelum Luth sampai, bukan main lagi dia berseronok dengan Taufik hingga terlupa yang dirinya berstatus isteri orang.
"You!!! I cakap dengan you ni. Pekak ke?"
Lisa mengekori langkah Luth ke ruang tamu."Aku nak tidur. Jangan kacau aku."
Luth baring di sofa dan pejamkan mata."Buat apa you balik sini kalau pukul sebelas malam baru nampak muka?"
Luth senyum.
"Aku saja nak bagi kau masa untuk 'bersendirian'. Nak bagi kau masa munasabah diri. Atau mungkin masa untuk kau berseronok."
Luth angkat kedua-dua bahunya.Berubah air muka Lisa.
"Apa maksud you berseronok? I tunggu you dari siang tadi sampai sekarang baru you nak balik."
YOU ARE READING
MILIK TUAN LUTH ISKANDAR
FanfictionBLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-sama. "Sampai hati awak Haris, awak janji nak kahwin dengan saya. Tapi.....apa semua ni Haris??" "Maa...