BAB 23

533 9 2
                                    

"Sayang nak makan apa-apa tak?"

Luth betulkan tudungku yang senget dah hampir tertutup mata.

Aku masih berdiam diri biarkan saja apa yang dia nak buat.

"Kenapa ni? Hermm?"
Si suami dongakkan wajahku.

"Saya nak balik rumah."

Luth pandang aku dengan pandangan pelik.

"Saya tak nak duduk sini, saya nak balik. Saya nak balik."
Aku tak sengaja tinggikan suara.

"Sayang... kenapa ni?"
Kedua-dua bahuku dipegang, Luth pelik dengan kelakuanku.

"Tak ada apa-apa, saya nak balik."
Aku nak turun dari katil tapi ditahan encik suami.

"Sayang.... sayang tak sihat lagi, kena rehat. Abang tengok sayang lain macam je. Abang ada buat salah ke?"

Aku tenung suamiku dengan pandangan tajam.

"Huh... sudahlah bang. Saya nak balik."
Aku jeling.
Semakin pelik Luth dengan sikapku yang nampak agak kurang ajar.

"Aish Marisa! Abang tak pernah tengok sayang bersikap macam ni dengan abang. Kalau abang ada buat salah, bagitau abang. Jangan buat macam ni."

Aku berdecit, tangannya kutepis bila dia nak pegang tanganku.

"Saya cakap saya nak balik....abang tak faham ke? Berapa kali saya nak ulang?"

"Ya Allah sayang..."
Luth ramas rambutnya dengan kasar. Dia betul-betul tak faham apa yang jadi sekarang. Kenapa begitu ketara perubahan si isteri terhadapnya. Tak mungkin disebabkan dia hamil. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Aish.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Luth peluk aku.

"Kenapa sayang?"

Aku pukul dadanya sekuat hati berkali-kali. Hanya itu saja yang aku buat ketika itu. Dia biarkan saja, hinggalah aku menangis teresak-esak.

"Ok...kita balik ye."

Kami balik rumah, Luth tak lepas dari menggenggam tanganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kami balik rumah, Luth tak lepas dari menggenggam tanganku. Kami sama-sama melayan perasaan sendiri. Pandanganku pula hanya tertumpu ke luar tingkap.

"Sayang rehat dulu, nanti abang bawakan bubur ye. Sayang tak makan apa-apa lagi, kesian baby tu."

Aku terus baring tanpa pedulikan si suami.

Sebaik saja turun ke bawah, Lisa muncul depan muka pintu.

Berubah muka Luth, belum habis serabut kepalanya memikirkan keadaan Aish, Lisa pula datang ke rumah.

"Buat apa kau datang sini?"
Luth cuba kawal suaranya supaya tak didengari Aish.

"I rindukan you." Lisa nak peluk Luth tapi cepat-cepat Luth jauhkan diri.

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now