Sebaik saja nama Taufik keluar daripada mulut Mak Som, Lisa tiba-tiba hilang selera makan.
"Taufik? Taufik mana?"
Tanya Dato' Hisham."Saya kurang pasti dato'."
Jawab Mak Som yang masih berdiri menanti arahan daripada Dato' Hisham."Err...papa, biar Lisa yang tengokkan."
"Tak payah. Patutnya kamu layan suami kamu ni dulu, bukannya sibuk nak buat benda lain. Kamu berdua makan dulu, biar papa yang tengok."
Lisa mulai rasa tak senang duduk. Manakala Luth hanya bertingkah seperti tiada apa yang berlaku, tenang habiskan makan malamnya.
Dato' Hisham ke ruang tamu.
"Ye...ada apa cari saya?"
"Maafkan saya dato' kerana datang ke rumah dato' secara tiba-tiba."
"Tak apa, duduk dulu."
"Terima kasih dato'."
"Siapa nama tadi, oh ya Taufik. Ada perkara apa yang nak dibincangkan?"
Taufik teragak-agak nak mulakan bicaranya. Wajah Dato' Hisham nampak serius.
"Begini dato', saya berhajat nak minta izin dato' untuk merestui hubungan saya dengan anak dato'."
Dato' Hisham terkejut mendengar hajat seorang pemuda di depannya itu.
"Apa maksud kamu?"
Nada suaranya semakin tegas."Se... sebenarnya saya cintakan Lisa, anak dato'. Kami dah lama rancang nak kahwin."
Dato' Hisham bangun menarik kolar baju Taufik.
"Kau merepek apa ni hah?"
Merah padam muka Dato' Hisham."Sa...saya tak merepek dato', Lisa dah berjanji nak kahwin dengan saya. Dato' boleh tanya dengan dia."
"Kau jangan nak reka cerita, Lisa dah kahwin!"
Kolar baju Taufik dilepaskan hingga dia berundur ke belakang.
Taufik kebingungan.
"Lisa dah kahwin? Tapi dia....""Lisa!!!"
Bergema suara Dato' Hisham memanggil nama Lisa.Seketika kemudian Lisa datang dan tekaannya tak salah lagi. Taufik kekasih gelapnya datang.
"Bodoh!"
Getus hatinya marah pada Taufik."Siapa lelaki ni? Kau kenal dia?"
Merah mata Dato' Hisham mencerlung Lisa."Li...Lisa...tak kenal papa."
Lisa berbohong di depan papa dan juga Taufik menyebabkan Taufik rasa marah."Lisa...apa yang you cakap ni? You tak kenal I?"
"Kau siapa?! Aku tak pernah kenal lelaki macam kau ni."
Lisa masih nak menafikan kata-kata Taufik."Berani kau datang sini nak buat kacau, hah!"
"Buk!" Satu tumbukan dilepaskan ke muka Taufik."Papa jangan!"
Lisa cuba halang Dato' Hisham daripada cederakan Taufik lagi.Luth berjalan keluar melihat kekecohan yang berlaku. Lisa terus dapatkan Luth.
"You.... tolong hentikan papa."
Luth hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh. Matanya tertumpu pada sosok tubuh lelaki yang pernah dia nampak sebelum ni.
"Papa!! Sudahlah tu. Papa nak bunuh orang ke?"
Lisa tarik tangan papanya.Muka Taufik berdarah dipukul Dato' Hisham.
"Keluar kau dari sini! Sebelum aku bunuh kau."
Kata Dato' Hisham.
YOU ARE READING
MILIK TUAN LUTH ISKANDAR
FanfictionBLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-sama. "Sampai hati awak Haris, awak janji nak kahwin dengan saya. Tapi.....apa semua ni Haris??" "Maa...