"Ain, maafkan aku. Aku tak jaga hati aku. Dulu aku janji dengan kau takkan ada lagi pengganti kau. Puas aku mengelak tapi aku tetap gagal.
Aish muncul dengan wajah seiras kau tapi versi berlainan. Bila aku lihat wajahnya, aku nampak kau berdiri depan aku.
Mama sangat menyayangi Aish, hinggakan aku pun kadang-kadang rasa cemburu. Mama mahu Aish jadi menantunya. Apa harus aku buat Ain?
Kalau kau tanya apa perasaan aku pada Aish, pada awalnya aku tak pernah ada rasa padanya. Tapi makin lama, perasaan tu semakin mekar perlahan-lahan. Salahkah aku berperasaan begitu?Aku tak tahu apa perasaan Aish pada aku. Bila aku tengok dia dikecewakan seorang lelaki, aku dapat lihat Aish semakin dingin. Mungkin dia masih terluka kerana dikecewakan. Aku tak pasti.
Aku harap satu hari nanti pintu hati Aish terbuka untuk menerima aku seikhlas hatinya. Seperti mana mama yang takut kehilangan Aish, begitu juga aku.
Aku pergi dulu Ain....ada masa, nanti aku datang lagi. Ini tempat favourite kau. Tempat kita bergaduh satu ketika dulu.
******
Hari tu Puan Salmah ajak aku dan Tuan Luth ke majlis kenduri kahwin anak kawannya.
"Eh Puan Salmah....lama tak jumpa. Apa khabar?" Tegur Datin Saira.
"Alhamdulillah sihat Datin. Tak sangka pula boleh jumpa kat sini ye." Kata Puan Salmah.
"Siapa ni? Kalau tak silap I, you tak ada anak perempuan kan."
Mata Datin Saira tertumpu padaku."Oh, ni kenalkan Aish Marisa anak angkat saya."
Aku bersalaman dengan Datin Saira. Mata redup Datin Saira masih lagi menatapku, aku cuma senyum padanya."Bunda..kat sini rupanya. Puas Dhani cari bunda."
Seorang lelaki datang menghampiri kami bertiga.
"Puan Salmah, ingat lagi tak anak teruna I, Dhani best friend anak you.""Apa khabar aunty, lama tak jumpa. Mana Luth?"
YOU ARE READING
MILIK TUAN LUTH ISKANDAR
FanfictionBLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-sama. "Sampai hati awak Haris, awak janji nak kahwin dengan saya. Tapi.....apa semua ni Haris??" "Maa...