BAB 13

554 12 3
                                    

Kunjungan daripada seorang tetamu itu membuatkan Puan Salmah dan Tuan Luth saling berpandangan.

"Aunty.... sorry dah lama Lisa tak datang jumpa aunty."
Lisa bereaksi manja dengan memeluk Puan Salmah dari belakang.

Puan Salmah pula senyum sambil tepuk-tepuk tangan Lisa.

"Duduklah Lisa, makan sama-sama."

Lisa tarik kerusi di sebelah Tuan Luth.
Matanya tertumpu padaku.

"Siapa tu aunty?"
Lisa juihkan bibirnya ke arahku.

"Oh lupa nak kenalkan, ini anak angkat aunty, Aish Marisa."
Puan Salmah senyum padaku. Aku terkejut tiba-tiba pula aku dinaikkan pangkat jadi anak angkatnya.

"Ooo.... ingatkan girlfriend Luth."
Lisa jeling Luth di sebelahnya yang langsung tak pedulikan dirinya.

"I'm done."

Luth nak bangun tapi Lisa pegang tangan Luth.
"Luth.. tunggu la I makan dulu."

"Done touch me, Lisa."

"Please Luth. Temankan I."
"You....sendukkan nasi ke pinggan I."
Lisa mengarah aku.

Aku yang sedang gaul nasi, bangun nak ambil pinggan untuk Lisa.

"Duduk Aish."
Tegas Luth.

"Tak apa, biar aunty yang buat. Luth.."
Mata Puan Salmah tajam merenung Luth.

"Mama.... biar dia buat sendiri, dia bukan tetamu yang diundang pun."
Pedih kata-kata Luth pada Lisa yang tercengang depan meja.

Luth meninggalkan meja makan.
Aku pandang Puan Salmah, riak wajahnya nampak kurang selesa dengan layanan Luth pada Lisa.

"Aunty...."
Suara Lisa separuh merengek manja.

"Tak apa Lisa, makan je. Lisa pun tetamu aunty. Jangan pedulikan Luth."
Pujuk Puan Salmah.

Aku cuma diam, tak ada apa yang nak diperkatakan.

"Aunty...boleh Lisa tanya sikit?"
Lisa tak jamah pun nasi di pinggannya, cuma kuis-kuis saja.

"Ada apa Lisa?"

"Macam mana aunty kenal dia ni?"
Ditujukan padaku.

"Lisa, nama dia Aish. Aunty kenal dia daripada Luth. Kenapa?"

"Tak ada apa, cuma Lisa rasa macam pernah nampak muka dia."
Lisa jeling tajam padaku.

"Aunty kena hati-hati dengan orang yang kita tak kenal. Jangan mudah terpedaya dengan penampilan sopan seseorang. Takut nanti diambil kesempatan pada aunty dan Luth."

"Lisa...tak baik cakap macam tu. Aish ni baik orangnya."

"Aunty jangan cepat menilai orang. Periksa dulu latar belakang dia, entah-entah scammer."

"Jaga mulut kau Lisa!!"
Tengking Luth. Hampir bergema suaranya di ruangan tu.

Terhinjut bahuku, ini pertama kali aku tengok Tuan Luth marah.

"Eemm...puan, saya minta diri dulu ye. Dah lewat ni takut tak ada bas nak balik rumah."

"Aish tidur sini la malam ni, ye."
Puan Salmah serba salah.

"Isk..tak boleh puan. Esok saya kerja."
Puan Salmah hampa dengan penolakanku bermalam di rumahnya. Aku rasa kurang manis nak bermalam di situ.

"Nanti kita jumpa lagi, ok."
Aku salam tangannya.

"Luth... tolong hantarkan Aish balik rumah ye. Mama risau la malam-malam macam ni Aish balik sorang-sorang."

Lisa yang terdiam selepas ditengking Luth, dia mengetap bibir.

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now