BAB 4

577 13 1
                                    

Sejak dari perselisihan faham aku dengan Sasya tempoh hari, Sasya semakin menunjukkan sifat sebenarnya padaku.

Kesabaran aku sentiasa diuji dengan pelbagai cara. Aku cuba bertahan kerana aku masih baru di situ. Mana mungkin aku nak tutup periuk nasi aku sendiri. Susah payah aku cari kerja, aku takkan ikut cara Sasya. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar.

Satu hari aku bersama-sama staff lain sedang tunggu lift. Elok saja pintu lift terbuka, aku rasa beg aku ditarik ke belakang menyebabkan aku hampir terjatuh. Aku tak pasti siapa pelakunya, ketika semua orang sudah memenuhi ruang dalam lift, pintu lift tertutup.

Di dalam lift, ada seseorang sedang meraikan 'kemenangan' dan bangga dengan perbuatannya.

"Padan muka, siapa suruh cari pasal dengan aku."
Sasya senyum sinis.

****

Rasa kesal dalam hati. Siapalah yang busuk hati buat macam tu tadi. Aku tengok jam di tangan, aku ada dua pilihan sama ada tunggu lift atau guna tangga. Perasaan aku berbelah bagi.

"Ahh guna tangga je lah."

Bila aku nak gerakkan kaki, baru aku terasa sakit.

"Ahhh sudah." Panik seketika. Aku jalan terhenjot-henjot ke tepi dinding dan bersandar di situ.

Tak boleh jadi ni. Kakiku sebelah kanan sakit sangat. Mungkin terseliuh ketika badanku ditarik kasar tadi.

Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku dah tak boleh nak menampung badan dengan kaki yang sakit tu. Kena cari tempat untuk duduk sekejap. Melilau mataku mencari tempat yang sesuai, dan akhirnya aku terpandang ada sebuah bangku kecil.

Perlahan-lahan aku bergerak.

"Kenapa dengan awak ni?"

Satu suara menegur aku dari belakang.
Aku rasa aku kenal suara tu. Tuan Luth.

Aku pusing belakang.

"Eh Tuan rupanya, tak ada apa tuan."

"Kenapa dengan kaki awak?"
Matanya tertumpu ke kakiku yang sedang terjinjit.

"Errrr....saya jatuh tadi, terseliuh agaknya."

Aku dah tak boleh nak berdiri dengan betul, kena cari tempat duduk sekarang. Bangku kecil tadi menjadi arah tujuanku.  Tanpa hiraukan Tuan Luth yang masih berdiri di situ, aku bergerak dengan kudrat yang ada.

"Awak nak ke mana?"

"Saya nak cari tempat duduk, kaki saya tak boleh nak berdiri lama. Maaf ye Tuan."

"Tak nak ke klinik ke?"

"Kejap lagi saya pergi klinik, nak hilangkan rasa sakit ni kejap. Dah ok sikit nanti, saya pergilah."

Mata Tuan Luth masih tertumpu pada aku, rasa kurang selesa bila diperhatikan begitu.

"Mari saya hantar ke klinik."
Tegasnya lagi.

"Erk? Tak apa tuan, saya boleh pergi sendiri je. Saya ambil grab."

"Tak payah nak buang masa, kena check kaki awak tu."

"Saya..."
Kata-kataku dicantas lagi.

"Sekarang!" Tuan Luth berdiri tegak menghadap ke arahku dengan kedua-dua tangan dalam poket seluarnya.

"Ye....ye....baik."
Nak tak nak, terpaksalah juga mengalah. Nanti dikatanya aku megada-ada pula. Bukan boleh nak agak pemikiran orang lelaki ni. Lain yang kita rasa, lain pula yang dia fikirkan.

Aku baru je nak duduk sekejap untuk hilangkan sakit tapi terpaksalah tahan dulu. Tuan Luth dah hilang dari pandangan.

"Eh...ke mana pula dia pergi? "
"Macam chipsmore, kejap ada...kejap tak ada."
"Arkk....adoii..."
Tak boleh, aku dah tak boleh nak jalan. Kakiku sakit sangat dah ni.

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now