BAB 12

528 10 4
                                    

"Puan....puan tak apa-apa ke? Muka puan nampak pucat. Tunggu sini saya panggil Tuan Luth."
Aku cemas, bila Puan Salmah cuma diam tak berkata apa-apa.

"Tuan.....mama tuan.."

"Kenapa dengan mama saya?"

"Saya tak tahu, muka dia pucat."

Tuan Luth tergesa-gesa dapatkan Puan Salmah yang sedang duduk di kerusi.

"Mama.....kenapa mama? Mama tak sihat?"

Wajah Puan Salmah nampak muram. Puan Salmah pandang Luth seperti mahu luahkan sesuatu tapi mulutnya terkunci.

"Ada apa mama?"

"Bawa mama ke pejabat mama. Mama nak rehat."

"Mama balik rehat kat rumah je lah."

"Tak apa, bawa mama ke office je. Aish, mari sini temankan mama, boleh?"

"Err..tapi puan..."

"Sekejap pun jadilah."
Puan Salmah seakan merayu padaku.

"Awak bawa mama saya ke pejabat dulu."

"Ermm...baik."

Aku hantar Puan Salmah sampai ke pejabatnya.

"Puan nak apa-apa ke?"

Puan Salmah geleng kepala.
"Duduk sini, Aish."

Aku duduk sebelahnya.

"Boleh mama peluk Aish?"

Aku anggukkan saja.
Pelukannya sangat erat seperti seorang ibu yang rindukan anaknya.

Di sebalik pintu, Luth perhatikan dari jauh Puan Salmah dan Aish.

Tujuan asalku cuma nak ambil cuti separuh hari, terus jadi cuti sehari.
Aku cuma nak tenangkan fikiran tapi rasanya macam bertambah lagi satu masalah lain.

Puan Salmah tinggalkan aku sendirian di pejabatnya kerana ada urusan dengan tetamu resort. Aku yang bosan tak tahu nak buat apa, tertidur di sofa.

"Kat sini rupanya dia. Ingatkan dah lari."
Bisik Luth.

Luth hampiri Aish perlahan-lahan, perhatikan Aish yang terlena. Tangannya hampir menyentuh pipi mulus Aish tapi tak sempat.

"Ehem.....nak buat apa dengan anak orang tu, Luth."
Puan Salmah tegur kelakuan anak terunanya.

Luth malu sendiri.

"Isk mama, ni tudung dia dah turun ke dahi."

Puan Salmah senyum sinis pada anaknya itu.

"Kenapa Luth tak cakap dengan mama pasal Ain yang...."

Luth letak jarinya di bibir supaya tidak bercakap depan Aish.

"Kita cakap kat luar."

"Luth... kenapa tipu mama?"

"Luth tak tipu mama."

"Luth bagitau mama, Ain hilangkan diri. Padahal....."
Puan Salmah menunduk sayu.

"Ye...Luth pun baru je tahu Ain dah tak ada. Luth tak sampai hati nak bagitau mama."

"Luth masih sayangkan Ain?"

Luth senyum tawar.

"Dah dua tahun Luth kenal Aish, tapi langsung Luth tak bawa dia jumpa mama."

"Mama....Aish tu staff Luth. Tak ada sebab Luth nak bawa dia jumpa mama. Lagipun masa tu dia dah ada kekasih. Tapi..."

"Tapi apa?"

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now