Dah dua hari aku tak dapat khabar berita daripada si suami. Apa yang jadi pada dia agaknya. Aku rindukan suamiku, terlalu rindu dan dalam masa yang sama aku risau serta bimbangkan dia. Telefonnya tak dapat dihubungi.
Abang.... abang kat mana? Baliklah bang. Abang tak rindukan Aish ke? Aish takut sendirian macam ni.
Hatiku merintih menantikan kepulangan suamiku.Ting!!! Ada mesej masuk.
Cepat-cepat aku capai telefon, tengok ada pesanan dari nombor yang tak dikenali. Video seorang lelaki sedang akad nikah. Dan lelaki itu adalah LUTH ISKANDAR.
Terlucut telefon dari tanganku ke lantai. Badan mula rasa menggigil.Aku pengsan.
"Aish mari makan, nak. Dari semalam..."
"Ya Allah....Dhani!!! Dhani!!!!"
Datin Saira menjerit nama Dhani."Ada apa bunda..."
"Ya Allah.... kenapa ni bunda?"
"Bunda tak tahu, masa bunda masuk bilik nampak Aish dah pengsan."
Dhani letak telapak tangannya ke dahi Aish.
"Panas ni bunda. Nak bawa dia ke klinik ke?"
"Cepat angkat dia, kita bawa ke klinik. Bunda risau kalau ada apa-apa jadi pada Aish ni."
Wajah Datin Saira nampak cemas, diletakkan kepala Aish di pelukkannya."Cepat sikit Dhani, kenapa perlahan sangat ni."
"Bunda, Dhani dah sehabis laju dah ni. Janganlah risau sangat. Bertenang, InsyaAllah tak ada apa-apanya."
Sampai di klinik, Dhani terus bawa Aish masuk ke bilik doktor.
"Doktor, saya minta maaf....tapi tolong periksa dia ni. Dia tiba-tiba pengsan kat rumah tadi."
Termengah-mengah Dhani bercakap dalam keadaan tak cukup nafas."Sabar encik, biar saya periksa dulu. Encik boleh tunggu kat luar."
Dhani keluar duduk di sebelah bundanya. Masing-masing melayan perasaan di ruangan menunggu.
Kemudian, seorang nurse keluar dari bilik doktor.
"Doktor nak jumpa ahli keluarga pesakit."
"Saya ibunya."
Datin Saira bangun. Dhani pandang bundanya."Puan, sila masuk sekejap..ada perkara yang doktor nak bincang."
"Ermm boleh saya masuk sama?"
"Maaf encik ni..."
"Saya suami dia."
Dhani dan bundanya berbalas pandangan sesama sendiri.
YOU ARE READING
MILIK TUAN LUTH ISKANDAR
FanfictionBLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-sama. "Sampai hati awak Haris, awak janji nak kahwin dengan saya. Tapi.....apa semua ni Haris??" "Maa...