BAB 21

489 5 1
                                    

"Aish..awak dengar tak saya tanya awak ni?"
Dhani goncang bahuku.

"Ab.... abang... diorang... diorang..."
Nafasku tercungap-cungap seperti orang baru lepas berlari berpuluh kilometer.

"Aish... bertenang, tarik nafas perlahan-lahan.."

Susah payah aku cuba bernafas. Terkejut dengan apa yang baru jadi depan mata.
Aku pandang muka Dhani sambil cuba bernafas dengan betul.

Bila keadaan semakin tenang, aku menangis semahunya depan Dhani. Aku dah tak boleh tahan lagi.

"Aish...cuba bertenang, saya tak boleh tolong awak dalam keadaan awak macam ni."
"Bagitau saya, apa yang dah jadi. Kenapa awak sorang-sorang kat sini? Mana Luth?"

Aku masih tak boleh nak bercakap, Dhani bantu aku untuk berdiri. Pipiku pula masih terasa sakit dilempang lelaki tadi.

"Ok tak ni?"

Aku angguk.

"Mari kita ke balai."

Aku tak bergerak, Dhani berpaling padaku.

"Ada apa Aish?"

"Saya tak boleh ke balai, mereka ugut akan apa-apakan suami saya."
Aku tak mampu berbuat apa-apa bila mereka bawa Luth ke dalam kenderaan tu. Aku takut, bimbang keselamatan suami aku.

"Siapa mereka? Awak kenal ke?"

Aku geleng kepala.

"Luth ada bermusuh dengan sesiapa ke?"

"Tak....tak ada."
Bersungguh-sungguh aku nafikan, kerana aku tahu Luth bukan begitu orangnya.

"Habis tu, macam mana sekarang? Awak tak nak buat report polis, awak nak buat apa?"
Suara Dhani semakin tegang.

"Saya tak tahu....saya tak tahu Dhani."

"Awak nampak nombor plet kenderaan tu?"

"Tak... saya tak sempat."

"Arghh!!"
Dhani meramas rambutnya dengan kasar.

"Saya nak balik, saya nak tunggu suami saya."

"Mari saya hantar awak balik rumah."

Aku terpaksa akur dengan pelawaan Dhani.

Sepanjang dalam perjalanan, bermacam-macam perkara bermain di fikiranku. Dan gambar-gambar tadi, masih aku sembunyikan daripada Dhani. Aku cuba hadam apa yang baru menimpa kami.

Semasa sampai depan pagar rumah, ada sebuah kereta di seberang jalan seolah-olah memerhatikan pergerakanku. Dhani juga perasan.

"Aish, saya rasa awak tak boleh tinggal sendirian malam ni."
"Saya dapat rasakan ada orang sedang perhatikan awak. Mereka boleh bertindak bila-bila masa saja. Nyawa awak dalam bahaya sekarang ni."

Tanpa persetujuanku, Dhani patah balik dan pergi dari situ.

"Dhani...awak nak ke mana?"

"Balik rumah saya."

"Tapi..."

"Aish... dengar cakap saya, kalau awak masih sayangkan nyawa awak."

Ternyata tekaan Dhani tepat, kenderaan tadi masih mengekori kami. Menyedari hal itu, Dhani meluncurkan keretanya selaju mungkin untuk menjarakkan dari diekori. Hampir setengah jam, akhirnya kereta tersebut hilang dari pandangan.

"Dhani...."

"Jangan takut, mereka dah tak ada."

Tak lama kemudian, kami sampai di rumah Dhani.

MILIK TUAN LUTH ISKANDAR Where stories live. Discover now