Epilog I

1K 80 11
                                    

Ivy yang sedang menyandar di kerusi depannya  sambil bersilang tangan itu dipandang. Si cantik ini sejak balik dari Johor, lain macam saja dia tengok. Senyap lepastu macam banyak fikir.

Dah kenapa kawannya ini?

"Ivy..." Panggil Danish perlahan.

"Hmm..." jawab Ivy sedikit malas. Kening dijongket pada Danish tanda bertanya kenapa.

"Asal kau tolak tawaran model tu?" Ini lagi dia terkejut. Lepas balik dari Johor, Ivy kata dia tak mahu terima tawaran menjadi model di Milan itu. Katanya, dia mahu sambung belajar di sini saja. 

"Sebab aku tak nak." Jawab Ivy lagi malas.

"Bukan ke tu memang impian kau?"

"Yes. But itu dulu. Lagipun aku tak nak duduk jauh dari mommy, daddy and abang Ian. Kau tahu kan aku macam mana? Aku ni nampak je macam ni, tapi manja..." Jawab Ivy. Betul lah, dia memang tak mahu terima pun tawaran model itu. Menjadi seorang model memang impiannya sejak kecil lagi, tapi dia tahu kerja ini tak bertahan lama.

Jadi, baik dia cukupkan dirinya dengan ilmu.

"Ye ke? Ke ada something yang buat kau berat hati nak pergi sana?" Soal Danish perlahan. Ivy dipandang curiga. Entah kenapa dia rasa Ivy sedang sembunyikan sesuatu darinya. Dia kenal sangat Ivy ini. Maklumlah kenal dari kecil lagi. Semua benda tentang Ivy ada dalam poketnya.

"What?"

"Tak tahu. Aku agak je."

Mata diguling ke atas tanda menyampah.

"Sejak kau balik dari Johor. Lain macam kau eh. Kenapa aku rasa macam ada something dah jadi dekat sana eh? Kau ada sorok something dari aku kan? Baik kau cerita dekat aku sebelum aku pergi korek sendiri." Jiwa protective Danish keluar tiba-tiba. Walaupun dia ada ramai skandal, Ivy tetap keutamaannya. Kalau Ivy suruh dia terjun kolam pun dia sanggup. Apa saja demi Ivy.

"Something apanya. Tak ada apa pun."

Danish mencebik. Tangan kemudian disilang ke dada. Gelang yang tergantung elok di tangan Ivy itu dilihat. Tak pernah pula dia lihat gelang ini.

"Cantik."

"Huh?" Soal Ivy bingung.

"Gelang tu. Cantik. Sebelum ni aku tak pernah nampak pun kau pakai gelang tu. Sejak kau balik KL semula haritu, aku perasan gelang tu ada. Tak pernah tanggal pula tu lepas kau pakai. Selalu kau setiap hari tukar gelang macam tukar baju."

"Ish, kau ni kan...semua pasal aku kau tahu eh?" Gelang di tangan dilindung di balik bajunya. Ini gelang yang Ziyad beri padanya masa Ziyad datang ke rumah. Dari hari Ziyad pakaikan pada dia malam itu, dia tak pernah tanggalkan. Dan sampai saat ini gelang ini masih tergantung di tangannya. Tak tahu kenapa, gelang ini buat dia rasa sangat dekat dengan Ziyad. Cuma masa dia balik Johor hari itu, dia buka gelang ini sebab tak nak Ziyad perasan. Dia tak nak Ziyad tahu yang dia pun ada perasaan yang sama pada Ziyad.

"Of course. Tak ada siapa dekat dalam dunia ni yang kenal kau selain aku. Aku tak boleh bayang one day kau dengan lelaki lain. Aku tak rela."

"Kenapa pula? Takkan aku nak mengadap muka kau je sampai aku tua. Euw! Tak kuasa aku!"

"Alah, apa salahnya? Mana tahu aku ditakdirkan jadi peneman hidup kau sampai ke tua. So nak tak nak kau kena hadap juga muka aku hari-hari."

Deras Ivy bangun. "Tak kuasa aku. Dari aku hadap muka kau, baik aku hadap muka si Mamat tu."

Actually author ada post epilog ini di Instagram. Tapi sengaja post sini juga untuk siapa-siapa yang tak baca lagi. Selamat membaca ahaks 😆

Satu epilog lagi buat Ziyad.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now