Bulan yang bersinar terang itu ditatap redup. Sedar tak sedar, beberapa bulan sudah berlalu, sejak kali terakhir dia berjumpa Ivy di Johor itu. Sumpah, dia rindu. Tapi apa yang boleh dia buat. Dia dan Ivy tak ada hubungan apa-apa selain hanya sebatas sepupu saja. Jadi, tak ada apa yang bisa dia buat selain terus menanggung rindu. Doanya moga Ivy baik-baik saja di sana.
"Iyad..." Panggil seseorang dari belakang.
"Abah..." Ucap Ziyad saat figura bapanya melangkah tenang dan berdiri di sisinya.
"Ibu dah tidur?" Soal Ziyad.
"Dah." Jawab Tuah.
"Kenapa tak tidur lagi?"
"Tak mengantuk lagi abah."
"Ingatkan orang jauh?"
Ziyad tersenyum tipis.
Senyum tipis tergaris di bibir Tuah. "Abah tahu..."
"Abah perhati masa Ivy tinggal sini, Iyad bukan main happy lagi. Senyum je memanjang. Selalu lekat dekat rumah walau kadang-kadang busy dengan kerja dekat klinik. Bila Ivy tak ada, Iyad kembali dengan dengan sikap Iyad yang sebelum ini. Tak banyak cakap, selalu busy je memanjang. Abah pun pernah macam Iyad dulu, tengok Iyad macam ni, abah secara automatik tahu yang anak lelaki abah ni sebenarnya tengah jatuh cinta."
"Iyad suka Ivy?" Soal Tuah perlahan.
Angguk.
"Dah lama?" Soal Tuah lagi ingin tahu.
Keluhan berat terhembus dari bibir Ziyad. "Iyad tak tahu bila perasaan ni mula ada dalam hati Iyad. Mungkin dah lama, Iyad pun tak pasti. Dan makin hari perasaan ni makin kuat hingga tak tertahan. Iyad tak tahu Ivy ada rasa yang sama pada Iyad ataupun tidak tapi Iyad selalu berharap paling tidak dalam hati Ivy ada secebis rasa buat Iyad. Setidaknya Iyad tahu yang Iyad masih ada harapan untuk bersama dengan Ivy suatu masa nanti." Jawab Ziyad perlahan. Wajahnya mula berubah mendung mengenang hakikat ini.
Keluhan lemah dilepaskan. "Abah kalau boleh, tentang urusan cinta anak abah, abah tak mahu halang. Anak abah boleh suka siapa-siapa saja asalkan orang itu baik-baik saja dan sesuai untuk anak abah. Abah tak akan halang langsung. Tapi, untuk hal ini abah risau. Abah bukan tak suka, abah suka. Cumanya...abah bukan nak rendahkan Iyad atau apa, tapi abah rasa Iyad sendiri pun tahu kan kenyataannya bagaimana? Keluarga kita dan keluarga Ivy, jauh sangat bezanya, macam langit dengan bumi. Abah tak nak perbezaan ini mendatangkan masalah suatu hari nanti kalau Iyad pilih jalan ini. Kita tak sesuai untuk mereka. Bukan mereka yang tak sesuai masuk ke dalam keluarga kita. Iyad faham kan maksud abah?"
Perlahan Ziyad angguk. Dia faham. Manakan tidak, dia pun sedar akan hakikat yang satu ini.
"Ivy itu enggang. Sedangkan Iyad adalah pipit. Enggang dan pipit manakan dapat terbang bersama. Jurangnya terlalu ketara. Tapi, tak salahkan abah kalau Iyad terus berharap?"
"Iyad terlalu mencintai Ivy hinggakan Iyad tak rasa Iyad dapat buka hati Iyad untuk mana-mana wanita lain. Hati Iyad cuma ada nama Ivy. Iyad sedar Iyad dan Ivy terlalu jauh bezanya, tapi Iyad selalu berharap ada peluang untuk Iyad bersama Ivy. Iyad tahu mungkin apa yang Iyad cakap ini hanyalah janji manis yang belum tentu tertunai lagi, tapi Iyad akan betul-betul hargai Ivy jika Ivy memang ditakdirkan untuk Iyad suatu hari nanti. Iyad tak mahu yang lain, hati Iyad cuma mahu Ivy..." Ujar Ziyad perlahan dan kedengaran sedih.
"Iyad yakin dengan pilihan Iyad?" Soal Tuah.
Angguk.
Sekali lagi keluhan berat terbit dari bibir Tuah.
"Ibu cakap Ivy tak jadi pergi oversea. Ivy tolak tawaran tu sebab Ivy nak fokus belajar. Abah tak tahu apa akan jadi kedepan nanti. Nasihat abah, Kalau Iyad betul-betul ikhlas mahukan Ivy, tunjuk. Tunjukkan keikhlasan Iyad. Bukan saja pada Ivy tapi pada daddy dan juga mommy Ivy supaya mereka yakin suatu saat nanti nak serahkan Ivy pada Iyad jika memang Iyad ditakdirkan untuk Ivy."
"Jika ditakdirkan Ivy memang milik Iyad, tak akan lari kemana. Jadi, terpulang pada Iyad mahu buat bagaimana. Iyad faham kan maksud abah ni?"
Angguk.
Bahu Ziyad ditepuk-tepuk perlahan.
"Abah tunggu berita gembira dari Iyad."
Perlahan Tuah melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Ziyad seorang diri di beranda rumah. Bulan yang bersinar terang itu ditatap oleh Ziyad kembali. Berkerut sedikit dahinya seperti sedang memikirkan sesuatu.
Benar kata abah. Kalau dia betul ikhlas pada Ivy, jika dia hanya pilih untuk diam begini saja, tiada apa yang bakal berubah antara dia dan Ivy. Jika dia benar cinta, dia harus tunjukkan rasa hatinya. Diam begini tidak dapat membuktikan apa-apa. Jadi, setidaknya dia harus lakukan sesuatu. Dan buktikan kepada Ivy yang dia benar-benar ikhlas pada Ivy. Juga kepada daddy dan juga mommy, yang dia ini benar-benar ikhlas cintakan Ivy.
Actually author masih berbelah bagi lagi sama ada Ziyad dan Ivy patut bersama ataupun tidak. 50% author rasa mereka patut bersama tapi lagi 50% author sendiri tak yakin yang mereka sesuai antara satu sama lain.
Jadi, terpulang pada readers sendiri untuk nilai epilog ini bagaimana pengakhirannya kerana ini adalah jawapan dari author.