Bab 4 🕊️

1.3K 81 2
                                    


"Ehem ehem..."

Sofia terus mengangkat wajah daripada memandang buku notanya. Dia menjuling mata melihat gerangan yang berdehem dihadapan mejanya.

"Ye encik Arash Fiqri, cari tuan Hanz Zaidan ke?" tanya Sofia dengan suara yang dilembutkan. Sebab dekat pejabat je, kalau tak, memang takda sebab dia nak bercakap lembut dengan si babun ni.

"Yelah, habis tu takkan nak cari kau pulak shopee?" balas Arash.

Sofia menarik nafas dan menghembusnya. Sabar Sofi, kau kena banyak bersabar dengan malaun depan ni.

"Mana lah tahu kalau encik babun.. eh silap, encik Arash nak cari masalah ke dekat sini kan" sindir Sofia.

Arash menyandar punggungnya di hujung meja Sofia. Dia memeluk tubuh lalu memandang tepat ke arah Sofia.

"Encik ni kenapa? Buang tabiat ke? Lagi berapa kali jumaat?" tanya Sofia. Dia menjeling tajam sebelum kembali menulis didalam buku nota.

"Kau ni kan, kalau mulut kau masin macam mana? Tak sempat kau bersuamikan lelaki kacak macam aku ni" balas Arash dengan selamba.

Zaidan yang baru sahaja keluar dari biliknya terus terlihat pergaduhan antara Arash dan Sofia.

'Sejak bila si Arash ni banyak bercakap? Sebelum ni kemain beku lagi dengan perempuan. Ini tak, ramah pulak dia dengan Sofi' bisik hati Zaidan.

Dia memeluk tubuh dan menyandarkan sisi badan di bingkai pintu bilik sambil memerhati Arash dan Sofia.

"Ei siapa entah nak jadikan dia sebagai suami. Perasan je lebih" balas Sofia.

Arash mengecilkan mata memandang gadis cantik dihadapannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia gemar mengusik gadis ini. Mungkin kerana Sofia kasar dan tak acah ayu macam gadis-gadis yang lain.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Setelah puas mengusik dan mengacau Sofia, terus Arash melihat jam di pergelangan jam. Lagi 30 minit nak masuk waktu makan tengahhari. Boleh lah ajak Zaidan lunch sekali.

Dia terus bangun daripada meja Sofia dan membetulkan sedikit jaket kulit. Baru sahaja dia mahu memusingkan badan, terdengar deheman manja seseorang daripada belakang.

Terus Arash dan Sofia memandang kearah gerangan itu. Mengecil mata Arash memandang gadis yang agak seksa pakaiannya.

"Hi, you pekerja baru ke? I tak pernah nampak pun sebelum ni" tegur gadis itu dengan suara yang sengaja dimanjakan.

Arash membekukan wajahnya dan hanya memandang sekilas sahaja. Terseksa mata aku tengok baju tak cukup kain dia ni.

"Cik Irma dah tak ada kerja ke? Sekarang ni waktu kerja tau, boleh pulak merayau tanpa sebab ye" Sofia bersuara apabila merasa panas sahaja melihat renungan Irma kepada Arash.

Irma menjuling mata sebelum menjeling tajam Sofia.

"Chill lah, bos tu bakal suami aku tau. Dia tak akan sesekali marah aku" balas Irma dengan sombong.

Zaidan menghampiri mereka dari belakang secara perlahan-lahan. Tangan dimasukkan kedalam kocek seluar.

Arash dan Sofia yang melihat Zaidan di belakang Irma terus menelan air liur. Beku semacam je bos hari ini.
Sofia segera menyambung kerjanya.

Arash jungkit senyum senget. Ini kalau kenakan, seronok juga.

"Kau cakap apa tadi? Zaidan tu bakal suami kau eh?" tanya Arash sambil memeluk tubuh.

Dengan laju Irma mengangguk. Dia memintal rambut dengan senyuman gedik.

"Dia yang tetiba melamar I, terkejut jugak I tau. Tapi orang cakap rezeki jangan ditolak kan" balas Irma dengan yakin.

Arash hanya mengangguk sahaja sebelum dia memandang Zaidan yang berada dibelakang Irma.

"Betul ke Adan? Macam ni ke taste kau?" soal Arash.

Terbeliak besar mata Irma sebelum memalingkan kepalanya dengan laju. Ternganga besar mulutnya apabila melihat Zaidan dibelakangnya.

"Bo..bos, sel..selamat pa..gi" tergagap-gagap suara Irma.

"Kepala hangguk kau selamat pagi. Kau tengok jam sekarang pukul berapa"

"Kau bukan staff dekat department ni, pahal kau ada dekat sini? Menggatal?" bidas Zaidan.

Termanggu Irma. Dia hanya menguis baju dengan wajah yang menunduk.

"Aku malas nak cakap banyak kali, tapi ni kali terakhir aku cakap. Jangan babitkan aku kalau kau nak menggatal sekali pun. Kau ingat aku hamak sangat ke nak ada bakal isteri macam kau ni?"

"Kau tengok sendiri pakaian kau, dah macam orang tak cukup duit nak beli kain. Aku rasa gaji yang aku bagi tu dah cukup banyak. Terdedah sana sini, kau datang sini nak kerja ke nak tayang badan kau?"

Bertakung airmata Irma mendengar kata-kata Zaidan. Silap dia sendiri kerana mencari pasal dengan tuan mudanya ini. Satu syarikat ini tahu tentang Zaidan yang bermulut pedas.

"Kau blah sekarang sebelum aku pecat kau. Dan jangan sesekali tunjuk muka kau depan aku lagi kalau kau nak kerja lama dekat sini!"

Zaidan mengeluarkan amaran keras kepada Irma sebelum melangkah pergi dari situ. Dia memberi isyarat kepada Arash agar mengikutnya.

Arash mengangkat tangan sebelum melambai Irma dengan senyuman sinis. Senyuman sinisnya bertukar senyuman nakal apabila matanya memandang Sofia.

"Bye dear shopee" kata terakhir Arash sebelum berlalu mengikut Zaidan.

Sofia mengalihkan pandangan memandang Irma yang tidak puas hati. Dia ketawa mengejek.

"Itulah kau, tak ada sakit kau pergi cari penyakit. Kan dah kena sembur dengan bos. Kau pun tahu mulut bos tu macam mana kan? Pandai sangat cari masalah kan" sindir Sofia sambil menggeleng kepala.

Irma menjeling Sofia dengan tajam. Sibuk je perempuan ni.

"Buatlah kerja kau tu. Jangan sibuk jaga tepi kain orang!" marah Irma sebelum berlalu pergi.

"Ei perasan, ingat aku ada masa nak jaga tepi kain dia yang macam tak cukup kain tu" kata Sofia sendirian.

Sofia menggeleng kepala sebelum menyambung kembali kerjanya. Baik aku siapkan sebelum makan tengah hari.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now