Bab 51 (TW) 🕊️

1.3K 113 3
                                    


Terjaga Tuan Adam dari lena apabila kerusinya ditendang kuat. Terkenyit-kenyit matanya memandang gerangan yang menendang kerusinya.

Terus berubah riak wajah Tuan Adam apabila melihat Zaidan dan Arash yang sedang berdiri dihadapannya. Bengis wajahnya memandang mereka.

"Dasar menantu tak guna! Menyesal aku bagi anak-anak aku dekat kauorang ni!" jerkah Tuan Adam.

"Tch, bangun tidur terus bising" tergeleng kepala Arash. Hilang hormatnya terhadap Tuan Adam setelah dia tahu apa yang terjadi kepada Safiyya.

"Hold on, kau cakap apa tadi? Anak-anak? Kau hilang ingatan ke? Setahu aku, kau cakap anak kau cuma Andara Sofia sahaja kan?" sengaja Zaidan menekan sebutan sahaja itu.

Makin berapi di dalam diri Tuan Adam. Dia kalah dengan menantu-menantunya!

"Betul tekaan aku. Yang kau orang ni menantu kurang ajar. Tak layak untuk anak-anak aku!"

"You're like a coin. Valuable? Nope. Two faced!" laju Arash membalas.

Zaidan membongkokkan badan dihadapan Tuan Adam. Semakin lama senyumannya semakin misteri.

"Kau nak tahu sesuatu tak orang tua?"

"Once my rude side is activated, i do not regret any single words that i say. I said what i said" kata Zaidan.

"Dan satu hal lagi. Aku rasa aku dah bagi amaran dekat kau untuk jauhkan diri daripada isteri aku. Tetapi aku rasa amaran aku tu macam tak berhasil pulak dekat kau kan"

"Apa kata kalau kita cuba amaran baru, nak?" soal Zaidan. Dia tersenyum lebar dan mampu membuat Tuan Adam cuak.

"Kau..kau nak buat apa de..dekat aku huh?!" menggigil Tuan Adam melihat Zaidan berjalan kearah meja yang dipenuhi dengan senjata api.

"Chill lah papa. Kenapa yang tergagap-gagap ni? Mana Tuan Adam yang selalu melenting tu? Yang pernah pukul mama hanya sebab mama hantar makanan dekat Pia tu?" soal Arash.

Dia mengangkat kening berkali-kali. Suka dia melihat wajah terkejut Tuan Adam. Semua rahsia Tuan Adam berada dalam genggamannya.

"Apa kau cakap ni hah?!"

"Bekas luka dekat belakang badan mama, disebabkan kau kan? Kau pukul belakang mama dengan tali pinggang. Betul?"

Tergamam Tuan Adam apabila rahsianya terbongkar. Makin hebat getaran dibadannya. Kembali terlintas difikiran saat dia memukul Puan Sarimah hanya kerana menghantar makanan ke bilik Safiyya.

"Diam tu maknanya betul" sampuk Zaidan. Dia memegang seutas tali yang tebal.

"Cuba kau pulak rasa dilibas dekat belakang badan. Mesti sedap rasanya kan?" kata Zaidan sambil memberi isyarat kepada Arash untuk membuka baju Tuan Adam.

Arash mengambil gunting di atas meja dan terus menggunting baju Tuan Adam. "Selamat menikmati, bapa mertuaku".

"Ready? Ada nak cakap apa-apa ke hm?" soal Zaidan sambil bergerak kebelakang Tuan Adam.

"To..long ja..jangan apa-apakan aku. Sia..pa nak jaga anak-anak aku nanti.." tergagap-gagap Tuan Adam.

"Heh? Kau tak payah nak acah macam ayah mithali sangat la. Geli tekak aku dengar" selar Zaidan sebelum .....

"ARGHHHHH !!!"

Bergema ruangan itu dengan jeritan Tuan Adam setiap kali dilibas dengan tali itu. Mengalir airmatanya menahan sakit yang teramat.

"Sakit ke? Ke nak lagi?"

Tuan Adam menggeleng kepala menandakan dia sudah tidak mahu lagi. Tetapi...

"Apa dia? Tak sakit? Okey menantu kesayangan bagi lagi ye". Dengan kuat Zaidan melibas tali tersebut di belakang badan Tuan Adam. Menggigil badan lelaki tua itu diseksa oleh menantu-menantunya sendiri.

Baru sahaja Zaidan mahu melibas, kedengaran pintu ruangan itu diketuk dari luar. Terhenti pergerakkan Zaidan sebelum mendengus kasar. Siapa yang berani mengganggu waktunya.

Amil membuka pintu dan menjengul kepala kedalam. "Tuan, Puan Safiyya datang.." kata Amil. Membulat besar mata Zaidan mendengar berita itu.

'Damn! Macam mana dia boleh datang sini!' bentak geram hati Zaidan.

Zaidan melempar tali itu dan terus berlari kecil dan keluar. "Uruskan orang tua ni" kata Zaidan kepada Amil.

"Buon signore" balas Amil sebelum masuk dalam ruangan itu dan menutup pintu serapatnya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Baby.." panggil Zaidan sambil memandang sekeliling.

"I'm here, abang" balas Safiyya yang sedang duduk manis di sofa. Apa yang Zaidan cari pun taktahu, sampaikan dia yang tengah duduk dekat sofa ni pun tak nampak.

Terus Zaidan mengalihkan pandangan. "Hehe, abang taknampak baby". Dia mendekati Safiyya dan melabuhkan punggung disebelah.

"Baby buat apa dekat sini? Siapa yang bawa datang sini hm?" soal Zaidan sambil memeluk bahu kesayangannya.

"Fayyadh.."

Berkerut hebat kening Zaidan. "Fayyadh? Ke..kenapa dia bawa baby datang sini?" soal Zaidan dengan perasaan sedikit berdebar. Dia tidak mahu Safiyya tahu tentang sisi gelapnya.

Tersenyum manis Safiyya melihat perubahan riak wajah Zaidan. "Abang takut Dara marah kalau Dara tahu yang abang seksa papa?" soal Safiyya dengan senyuman manis.

Perlahan anggukan Zaidan. "Abang takut baby judge abang. Abang takut baby menjauh daripada abang. Tolonglah jangan tinggal abang, abang sanggup buat apa sahaja asalkan baby maafkan abang. Please, i'm begging you" rayu Zaidan sambil tangan Safiyya di kucup berkali-kali.

Kedengaran oketawa kecil dari bibir Safiyya. "Hey abang, listen here"

Safiyya menekup pipi Zaidan dan memandang tepat kedalam mata Zaidan.

"Dara tak marah abang, walaupun itu papa Dara sendiri. He deserves it. Dara dah penat sangat abang. Dara nak hidup aman macam orang lain. Tak perlu hidup dalam ketakutan lagi"

"Dara nak hidup bahagia dengan abang tanpa gangguan papa lagi. Dara terima apa yang abang nak buat dekat papa. Tapi please, i'm pregnant. Let others take care of it. Fayyadh ada boleh uruskan"

"Abang duduk sini dengan Dara. Kita manja-manja nak?" sengaja Safiyya mengecilkan suara agar kelihatan comel dimata Zaidan. Dia menyengetkan kepala lalu mengelip matanya berkali-kali.

Mengecil mata Zaidan yang berasa nafsunya sedikit terusik. "Baby nak tahu tak, selalunya manja-manja tu takboleh dekat tempat terbuka macamni" kata Zaidan.

"Kenapa pulak?" polos Safiyya.

Zaidan merapatkan bibirnya ke telinga Safiyya dan berbisik..

"Manja-manja selalunya dekat dalam bilik. Baru romantik kan Dara abang.." dia mencium sekilas telinga Safiyya.

Terkebil-kebil mata bulat Safiyya. "Er tak boleh dekat sini, nanti orang dengar.." perlahan suara Safiyya membalas.

"Abang tuntut bila dekat rumah nanti" Zaidan mencuit hidung Safiyya.

Kenapa comel sangat seketul Safiyya ni? Geramlah kita!

"Nak jumpa papa buat kali terakhir tak?" soal Zaidan.

Laju Safiyya mengangguk. "Nak. Ada sesuatu yang Dara nak bagitahu papa.." balas Safiyya.

Nak bagitahu apa ye Safiyya? ....

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now