"Lets kill this love...."Nyanyi Safiyya dengan ceria di dalam kereta. Tergeleng kepala Zaidan melihat Safiyya sedang menyanyi dan menari lagu kumpulan korea itu.
"Bukan tadi kau cakap sakit tekak ke? Hilang dah hm?" soal Zaidan dengan sengaja. Sengaja mahu mengusik si pujaan hati.
Safiyya menjeling manja. "Tadi sakit tekak sebab ada langau datang kacau" balas Safiyya. Dia melipat tangan ke dada.
"Siapa perempuan tadi tu abang?" soal Safiyya ingin tahu.
Zaidan memandang sekilas ke arah Safiyya. "Kawan sekolah aku.." balas Zaidan. Dia memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat daripada kuning bertukar merah.
Safiyya membulatkan bibirnya. Dia mengangguk kepala. "Tapi abang tak suka dia kan?" soal Safiyya lagi.
Zaidan menggeleng sambil memandang Safiyya dengan pandangan cinta. Tertarik ingin menjawab soalan isterinya.
"Kau cinta pertama aku Dara. Sebelum aku jumpa kau, aku tak percayakan cinta. Kau yang pegang kunci pintu hati aku selama ni" balas Zaidan.
Zaidan sungging senyum manis kepada Safiyya yang terkedip-kedip mata memandangnya. Blushing lah tu.
Damn! Not that smile!
"Er abang jangan senyum macam tu. Dara malu ihikss" kata Safiyya sambil tertawa gedik. Dia menekup muka menahan malu.
Zaidan menggeleng kepala. Tetapi dalam masa yang sama, dia gembira melihat perubahan Safiyya.
Jika dulu, Safiyya sering termenung, sedih kerana memikirkan nasibnya. Sering menangis jika bersendirian. Susah hendak melihat senyuman lebar Safiyya jika berada dirumah Tuan Adam.
Tetapi sekarang, Safiyya dengan senyuman tidak pernah berpisah. Boleh dikatakan setiap masa dia tersenyum. Zaidan juga dapat melihat sikap manja dan ceria si Safiyya.
Yang dia tidak percaya, Safiyya pernah mengajaknya untuk berlumba motor. Bayangkanlah kawasaki ninja H2r Zaidan berlumba dengan vespa moden si Safiyya.
Terpaksa Zaidan memperlahankan pemanduannya hanya untuk memberi kemenangan kepada Safiyya. Dan ya, Safiyya sangat gembira sehingga hari-hari dia akan menyebut vespanya ialah motor paling laju di dunia.
Tersentak Zaidan apabila mendengar bunyi hon dari kereta belakang. Terpinga-pinga Safiyya melihat Zaidan mengelamun sebentar tadi.
"Abang, jalan lah. Dah lampu hijau tu. Tengok, kereta belakang marah kita.." kata Safiyya. Matanya masih terkedip-kedip memandang Zaidan.
"Er hehe sorry aku termengelamun pulak" balas Zaidan sebelum dengan laju memecut pergi. Malu.
Safiyya menggeleng kepala. Haih lah suami, boleh pula dia termenung seketika. Apa yang difikirkan pun tak tahu.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Fayyadh memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo mewah. Dia mengetuk jari di stereng sambil matanya memerhati rumah tersebut.
"Gotcha!" kata Fayyadh apabila melihat kereta Balqis keluar daripada pagar rumah. Dia tersenyum misteri sebelum dengan perlahan dia mengikut Balqis.
"Today is your day baby.."
Fayyadh mengambil telefon dengan sebelah tangan. Dia mendail seseorang yang akan membantunya menjalankan misi malam ini.
Tidak sampai beberapa saat, panggilannya di jawab. "Hello bro, aku dah standby" kata lelaki itu.
"Good, dia dalam perjalanan pergi dekat kau. Make sure jangan terlepas. Faham?"
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
Roman d'amourHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...