Bab 28 🕊️

1.5K 103 4
                                    


"Lama tak jumpa you, Athifa..."

Puan Zalikha menghulur tangan untuk berjabat salam bersama Puan Athifa. Puan Athifa terus menyambut salam dan menarik Puan Zalikha masuk kedalam pelukan.

"Lamanya kita tak berjumpa, Ika! You apa khabar? Zaidan dan Hanif apa khabar?" soal Puan Athifa setelah melepaskan pelukan.

Dia menarik tangan Puan Zalikha menuju ke sofa di ruang menunggu butik pakaian pengantinnya. Mereka melabuhkan punggung bersama.

Puan Zalikha tersenyum melihat sekeliling butik rakan kenalannya itu. Zaidan dan Arash yang menyatukan mereka. Sehingga sekarang mereka berteman baik walaupun jarang berjumpa.

"Kita dah lama tak lepak sekali kan? Aydini pun dah lama tak datang butik I. Sibuk nak sambut cucu lah tu" kata Puan Athifa.

Puan Zalikha tertawa kecil. Sahabat mereka yang seorang itu lagi susah nak diajak berjumpa. "Dia dah nak timang cucu, kita ni bila Athifa?" pasrah sahaja suaranya.

"Zaidan belum ada calon ke?" soal Puan Athifa.

Tersenyum penuh makna Puan Zalikha. "Dah ada. Minggu lepas dia bawa datang rumah. I suka sangat dengan si Dara tu" terujanya.

Puan Athifa terus merapatkan jurang antara mereka. Topik hangat ni, tak boleh kalau tak fokus.

"Siapa nama bakal isteri Zaidan tu? Gadis mana yang berjaya ketuk pintu hati keras si Zaidan tu"

"Andara Safiyya nama dia. Manis orangnya. Senyuman dia tu boleh buat orang terpukau tau" balas Puan Zalikha sambil tersenyum membayangkan wajah Safiyya.

Berkerut kening Athifa ketikat itu. "Kembar Andara Sofia tu ke Ika?" solanya ingin kepastian.

Puan Zalikha mengangguk sahaja. Melihat anggukan Puan Zalikha, terus dia memeluk kembali rakannya itu.

"Eh eh kenapa you peluk-peluk I ni Athifa? Buang tabiat ke you ni?" soal Puan Zalikha dengan hairan. Namun tidak pula dia menolak badan Puan Athifa.

"Anak I dengan Sofia lah Ika! Arash pun baru je bagitahu I yang dia nak suruh I melamar Sofia untuk dia" jelas Puan Athifa.

Ternganga mulut Puan Zalikha sebelum menjerit kegembiraan. Dia menepuk tangan bersama-sama Puan Athifa.

Tersengih pekerja-pekerja Puan Athifa melihat kecomelan dua Puan Sri dihadapannya.

'Comel sangat'

"Cop cop! I teringat sesuatu yang Safiyya cerita dekat I" kata Puan Zalikha apabila teringat sesuatu.

Puan Athifa menjongket sebelah kening. "Hm? Apa yang Safiyya cerita dekat you?" soalnya.

"Papa diaorang tak setuju kalau Safiyya berkahwin dengan Zaidan. Dan Safiyya jugak cerita yang mama dan papa diaorang nak jodohkan Sofia dengan Zaidan"

Jelas Puan Zalikha. Cemas mukanya sekarang.

"What?! Big no! Mereka tak boleh halang kebahagian anak sampai macam tu sekali!" terjerit kecil Puan Athifa.

"Apa kita nak buat ni Athifa? You nak Sofia kan? I pulak nak Safiyya. Kita perlu buat sesuatu" kata Puan Zalikha.

Puan Athifa dan Puan Zalikha berfikir seketika. Tidak sampai 5 minit, mereka memandang sesama sendiri dengan senyuman penuh makna.

"Let's start our plan!"

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Tuan Adam memaniskan wajah memandang dua wanita seumuran Puan Sarimah yang sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya.

"Maaf, puan-puan ni cari siapa ye?" soal Puan Sarimah dengan lembut.

Puan Zalikha senyum penuh makna melihat kepura-puraan Tuan Adam. Safiyya telah menceritakan serba sedikit tentang perangai papanya.

"Kami datang untuk menyunting bunga di taman tuan dan puan" balas Puan Athifa.

"Oh! mari-mari masuk. Silalah masuk ke teratak kecil kami" pelawa Tuan Adam. Dia memberi laluan kepada Puan Zalikha dan Puan Athifa.

Mereka melabuhkan punggung di sofa sebelum masing-masing tercengang melihat gambar keluarga yang tergantung di dinding rumah. Hanya ada Tuan Adam, Puan Sarimah dan seorang sahaja anak.

Dan mereka yakin, itu ialah Andara Sofia. Mana gambar Safiyya? Betul lah apa yang diceritakan oleh Safiyya. Ayah yang kejam!

Puan Sarimah melabuhkan punggung di sebelah Tuan Adam. Dia melihat perubahan di wajah tetamu-tetamunya apabila melihat gambar itu.

"Jadi kita teruskan dengan hajat puan sebentar tadi. Hendak menyunting bunga di taman saya. Boleh saya tahu nama bakal suami buat anak saya?" soal Tuan Adam.

Puan Athifa memandang kearah Puan Zalikha sekilas. "Arash Fiqri bin Rafiq" balasnya dengan bersahaja.

Berkerut kening Puan Sarimah dan Tuan Adam apabila mendengar nama tersebut. Siapa Arash Fiqri?

"Maaf puan, anak kami sudah ada calon sendiri. Lagipula kami sedang menunggu keluarga Hanz Zaidan untuk datang masuk meminang" tipu Tuan Adam.

Terbeliak mata Puan Sarimah apabila suaminya tergamak untuk menipu. "Abang!" berbisik keras Puan Sarimah.

"Mah diam! Biar abang je yang bercakap!" Tuan Adam membisik keras ditelinga isterinya. Bengang apabila Puan Sarimah sering cuba untuk menggagalkan rancangannya.

Puan Zalikha menyimpan senyum senget. Ada hati nak menipu.

'Nak tunggu keluarga aku masuk meminang Sofia ye? Lambertt lagi. Takpa kau tunggu kejap. Biar terkejut beruk lepas kau tahu aku siapa!' bisik hati Puan Zalikha.

Safiyya dan Sofia yang sedang mendengar daripada pintu bilik terus memandang sesama sendiri. Puan Zalikha dan Puan Athifa telah memberitahu terlebih dahulu tentang rancangan ini.

"Kenapa ye tuan Adam menolak anak saya untuk dijodohkan dengan anak tuan? Apa kurangnya anak saya?" soal Puan Athifa.

Dia berasa panas apabila anaknya ditolak mentah-mentah seperti itu. Walaupun dia sudah tahu jawapannya, dia tetap merasa seperti ingin membunuh orang sekarang ini.

"Anak saya tu kerja dekat syarikat ternama. Jadi biarlah pasangan itu setanding dengan kerjaya anak saya" lembut Tuan Adam bersuara.

Dia tidak mengenali anak kepada wanita dihadapannya ini. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menerimanya.

Sofia yang hilang sabar terus keluar dari tempat persembunyian mereka. Safiyya menepuk dahi. Ini dah lari daripada rancanganlah Sofia!

"Papa! You're too much! Papa tak boleh halang dengan siapa pun Sofi nak bersama!"

Tuan Adam memandang tajam Sofia. Pasti Safiyya yang mengajar Sofia menjadi kurang ajar seperti ini!

"Sofi kenal budak lelaki tu? Siapa dia dalam hati Sofi?" soal Tuan Adam dengan suara yang mendatar.

"He's my first love and he's my future husband. Full stop!" balas Sofia dengan yakin.

Tersenyum lebar Puan Athifa. Dia memandang Tuan Adam yang sedang tidak berpuas hati dengan anak kesayangannya sendiri.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now