Bab 11 🕊️

1.4K 86 0
                                    


"Okey cuba kau tengok dekat cermin, cantik tak aku siapkan kau?"

Safiyya menoleh memandang cermin panjang didalam biliknya tidurnya. Terkebil-kebil matanya memandang dirinya sendiri.

"Itu aku ke?" soal Safiyya.

Sofia menepuk lembut bahu Safiyya. Dah kenapa kembarnya ni? Diri sendiri pun dah tak kenal ke?

"Yelah kau lah tu, siapa lagi? Takkan aku pulak kot" balas Sofia.

"Weh aku mana pergi bersiap pakai macam ni. Aku selalu pakai tshirt dengan seluar jeans je" kata Safiyya sambil membelek pakaian di badan sendiri.

Sofia menggeleng sahaja lalu membetulkan sedikit rambut Safiyya. Dia memandang Safiyya dengan senyuman puas hati.

"So you have to change your outfit style start from now on okay babygirl?"

Sofia mengambil beg kerja dan fail yang dipesan oleh Zaidan semalam. Tidak lupa juga ipadnya. Dia memberikan kepada Safiyya.

"Fail ni kau jangan lupa pulak. Bawa masuk sekali dan ipad ni ada jadual tuan Zaidan. Incase dia tanya kau jadual dia, kau rujuk dalam ni" pesan Sofia.

"Oh ada satu lagi, buatkan kopi untuk dia bila kau sampai office nanti. Jangan manis sangat, just nice je" tambah Sofia.

Safiyya menggaru kepala dengan muka yang blur. Banyak betul pesanan si Sofia ni.

"Haa yelah, aku ingat, kalau aku lupa. Aku whatsapp kau tau" balas Safiyya.

Sofia mengangguk laju. Dia berdoa agar penyamaran kembarnya tidak kantoi dengan bos besarnya. Sakit perutnya kembali menyerang.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya memarkir kereta di basement syarikat Zaidan. Dia membetulkan sedikit rambutnya.

Dia mengambil segala barang yang di pesan oleh Sofia. Dengan lafaz bismillah, dia keluar dari kereta. Nasib lah aku ikut Sofia ambil lesen kereta dulu.

Safiyya jalan sambil menyimpan kunci kereta didalam beg tangan. Tanpa dia sedar, sebuah kereta meluncur laju kearahnya.

"Sofia!!"

Terkejut Safiyya mendengar jeritan seseorang daripada belakang. Lebih mengejutkan apabila dia ditarik dengan laju kebelakang.

Akibat tidak dapat menstabilkan diri, akhirnya Safiyya terjatuh dalam dakapan lelaki itu. Dengan perlahan Safiyya mendongakkan wajahnya.

Terkebil-kebil Safiyya memandang lelaki tampan yang sedang mendakapnya. Safiyya terkaku bagai terpukau dengan panahan mata lelaki itu.

Begitu juga dengan Zaidan yang terpaku seketika dengan mata cantik milik Safiyya.

'Holydamn, her eyes!' bisik hati Zaidan sebelum dia tersedar. Dia berdehem.

"Ehem ehem, kau memang nak aku peluk kau ke?"

Tersedar Safiyya lalu dengan laju menjarakkan diri daripada lelaki itu. Dia membetulkan baju dan rambutnya. Dia berdehem sedikit mengawal malu.

"Kau ni memang jalan tak reti tengok kiri kanan eh? Jalan pakai hidung ke pakai mata?" sembur Zaidan.

Dia membetulkan coat dan tali lehernya. Tak pasal-pasal jadi penyelamat pulak pepagi ni.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now