"Piaaa..."Panggil Sofia dengan gembira. Dia mengetuk pintu bilik Safiyya bertalu-talu.
Safiyya yang sedang membaca novel terus menutup novel dan bangun dari katil. Dia membuka pintu dan mengeluarkan sedikit kepalanya.
"Kau nak apa?" soal Safiyya.
"Ish buka pintu ni, aku nak masuk" kata Sofia sambil sebelah tangan naik menolak sedikit pintu bilik Safiyya. Dia menyorokkan sesuatu di belakang badannya.
Safiyya mengundur kebelakang dan membuka pintu seluasnya. Dia menutup kembali pintu biliknya setelah Sofia masuk.
Sofia terus naik dan duduk di atas katil empuk Safiyya. Dia meletakkan beg plastik di atas peha. Tersengih kambing dia memandang Safiyya.
"Kau ni dah kenapa tersengih-sengih?" soal Safiyya sambil keningnya terjongket sebelah.
"Bila kali terakhir kau beli novel baru?" soal Sofia kembali.
Safiyya memeluk bantal dan memandang keatas sambil berfikir. Dia mengetuk jari di dagu.
"Taktahu lah aku. Aku pun tak ingat tapi dah lama lah rasanya. Kenapa kau tanya?"
Sofia tersenyum penuh makna sebelum menghulurkan beg plastik yang berisi hadiah itu kepada Safiyya.
"Ni hadiah untuk kau, aku belikan tadi. Aku harap kau suka lah novel yang aku beli tu. Aku tak baca novel, so aku taktahu sangat novel mana yang tengah naik sekarang" jelas Sofia.
Terbeliak besar mata Safiyya. Kelam kabut dia mengeluarkan novel-novel yang dihadiahkan kepadanya. Teruja Safiyya.
"Thariq Ridzuwan Commando's : His Treasure, Ammar Zahrain dan Yes, Captain Zul Aaryan" Safiyya membaca tajuk novel yang dibelikan.
"Weh Sofi, aku ada baca cerita ni dekat wattpad sebelum terbit jadi novel. Best gila, nama hero dia Thariq Ridzuwan" terang Safiyya dengan perasaan teruja.
Sofia ketawa suka melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Safiyya. Sudah lama dia tidak melihat kembarnya gembira seperti ini.
"Kau simpan elok-elok tau novel tu. Takut nanti papa buang pulak macam novel yang lama tu" pesan Sofia.
Senyuman Safiyya semakin mengendur apabila teringatkan amaran daripada Tuan Adam.
'Jangan memandai nak minta Sofi belikan novel yang tak ada faedah ni. Kalau papa tahu, lagi teruk Pia kena dengan papa'
Safiyya teringat kembali kata-kata Tuan Adam. Dia memandang novel-novel itu sebelum memasukkan kembali kedalam beg plastik.
Dia menghulur kembali kepada Sofia.
"Kau simpan lah. Tak pun kau hadiahkan dekat sesiapa. Aku..aku dah tak baca novel dah" tipu Safiyya.
Sofia mengerutkan kening memandang Safiyya. Mengapa secara tiba-tiba Safiyya menolak pemberiannya.
Dia menunjukkan novel yang berada di tepi bantal Safiyya.
"Kau cakap dah tak baca novel. Tapi tu apa? Kau tengah baca novel kan tadi?" soal Sofia.
"Er taklah, ta..tadi aku ke..kemas bilik je" tergagap-gagap Safiyya membalas.
"Hm yelah, aku simpan novel ni dekat bilik aku. Kalau kau nak baca, ambil dekat bilik aku ye?" kata Sofia dengan lembut.
Safiyya hanya mengangguk sahaja. Dia sedaya upaya menayang senyuman manis kepada Sofia. Tidak mahu kembarnya itu risau.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Zaidan yang sedang asyik bermain ps5 di televisyen ruang tamu terus mengalihkan pandangan apabila Puan Zalikha menutupnya secara tiba-tiba.
"Mama apa ni? Adan tengah main game ni kan" kata Zaidan sambil berkerut dahi.
Puan Zalikha memeluk tubuh di hadapan Zaidan. Dia mengambil tempat di sofa berhadapan Zaidan. Kaki kiri naik menyilang keatas kaki kanan.
"Mana menantu untuk mama?" soal Puan Zalikha.
Zaidan memejam mata seketika dan menarik nafas panjang. Same questions again? Again and again?!
"Mama please? Can you stop asking me the same questions?" kata Zaidan dengan suara yang tertahan.
"Adan penat lah ma kalau asyik ditanya soalan yang sama. Adan taknak terburu-buru cari calon untuk sehidup semati dengan Adan. Adan nak cari yang betul-betul boleh buka pintu hati Adan yang terkunci rapat ni"
Sambung Zaidan sambil memandang tepat kearah Puan Zalikha yang tidak berpuas hati.
Puan Zalikha mengecilkan mata memandang anak terunanya. Belum sempat Puan Zalikha membalas terus sahaja Tuan Hanif mencantas.
"Mama, sudah-sudah lah tu bertanya soalan yang sama dekat anak. Karang dia merajuk taknak balik sini, tahu pulak awak nak sedih kan"
Kata Tuan Hanif lalu melabuhkan punggung di sebelah Zaidan. Dia bersandar di sofa sambil memandang isterinya.
Itulah Puan Zalikha, kalau boleh hari-hari dia akan bertanya soalan yang sama kepada Zaidan. Dia tahu Zaidan juga penat apabila diasak dengan soalan yang sama berulang kali.
"Hmph! Abang dengan Adan ni sama je! Mama merajuk dengan kamu berdua" merajuk Puan Zalikha sambil memandang ke arah lain.
"Haa sudah" Zaidan menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak merasa gatal.
Tuan Hanif tersenyum senget lalu bangun dan melabuhkan punggung di sebelah Puan Zalikha.
"Permaisuri hati abang merajuk ke ni? Abang baru je nak ajak sayang pergi shopping. Tapi sayang merajuk pulak, tak jadi lah kalau macam tu"
Kata Tuan Hanif dengan sengaja. Dia mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan seperti seseorang yang melakukan kesalahan.
Puan Zalikha yang mendengar perkataan shopping terus sahaja berpusing dan memandang suaminya. Dia memegang tangan Tuan Hanif dan mengusap lembut.
"Mana ada mama merajuk, mama saja je nak uji abang peka dengan keadaan atau tak" kata Puan Zalikha sambil tersenyum manis.
"Abang sentiasa peka dengan isteri abang. Nak kena turunkan ilmu ni dekat anak teruna kita ni mama. Barulah dia tahu macam mana pujuk isteri nanti. Takda lah pedas sangat ayat tu pujuk isteri"
Zaidan menjuling mata keatas mendengar sindiran Tuan Hanif. Menusuk ke hati ye kawan-kawan.
Zaidan membuka kembali televisyen dan sambung kerjanya yang terganggu tadi. Biarlah mama dengan papa nak bersweet-sweet.
'Baik aku main game, karang bernanah telinga dengar ayat jiwang papa dekat mama' bisik hati Zaidan.
Zaidan hanya memekakkan telinga sahaja seakan tidak mendengar ayat-ayat jiwang yang papa berikan kepada mama tanda memujuk.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomansaHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...