Bab 50 🕊️

1.2K 113 2
                                    


Majlis pengebumian Puan Sarimah diiringi dengan hujan renyai. Safiyya dibenarkan pulang pada pagi ini oleh doktor yang merawatnya.

Safiyya memandang sayu kearah kubur Puan Sarimah. Dia redha dengan pemergian mamanya. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia tidak mahu mama tidak tenang disana.

"Dara kena kuat ye sayang. Mama ada dengan Dara. Mama akan sentiasa sayangkan Dara" pujuk Puan Zalikha. Dia mengusap lembut belakang badan Safiyya.

Begitu juga dengan Sofia yang dipeluk erat oleh ibu mertuanya, Puan Athifa. "Mama sayang Sofi. Sofi masih ada mama tempat untuk Sofi meluah" pujuk Puan Athifa.

Arash dan Zaidan melihat kerapuhan isteri mereka. "Pia macam mana? Dia dah okey ke?" soal Arash.

Zaidan mengangguk kecil. "Alhamdulillah, dia dah semakin baik" balasnya.

Arash menepuk-nepuk bahu Zaidan. "Apa kau nak buat dengan papa?"

"Nantilah aku fikir. Fayyadh dah bawa dia pergi markas. Biarlah dulu dia dekat situ. Tiba masanya nanti aku pergi"

"Pergi untuk membalas dendam..."

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Siapa kau? Kenapa kau bawa aku datang sini!"

Bergema ruangan itu dengan jeritan Tuan Adam. Merah padam wajahnya melihat dua lelaki muda dihadapannya.

"Pakcik, dekat sini ada peraturan tau. Tak boleh jerit-jerit. Sekali jerit, kena libas dengan tali pinggang. Pakcik nak ke?"

Amil melipat tangan ke dada sambil tersenyum senget. Tahu pun nak diam.

"Eh Luke, kau perasan sesuatu tak?" soal Farhan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh Luke, kau perasan sesuatu tak?" soal Farhan.

Amil menjongket kening ke atas. "Perasan apa? Perasan yang aku hensem? Itu dah lamalah. Kau baru tahu ke?" soal Amil dengan wajah serius.

"Ish!" laju tangan Farhan naik menepuk belakang kepala Amil. Haa kan dah mendapat.

"Sakitlah hanat!" marah Amil. Dia menggosok belakang kepalanya dengan wajah tidak berpuas hati.

Farhan menjeling tajam. "Padan muka kau. Aku serius kau main-main kan. Itulah padahnya"

"Okay-okay, straight to the point. Apa yang kau perasan?" soal Amil kembali.

Farhan memandang sekilas ke arah Tuan Adam yang masih meronta untuk melepaskan diri dari ikatan tersebut.

"Memang semua yang masuk ruangan ni, akan menjerit-jerit eh? Dulu si belut Inara tu. Lepas tu Balqis. Sekarang ni si pakcik abuya tua ni pulak" terang Farhan.

"Aku bukan abuya lah! Nama aku Adam!" laju Tuan Adam membantah.

Pangggg!

Laju tangan Amil naik menampar pipi Tuan Adam. Terteleng kepala Tuan Adam ke kiri.

"Diam jelah dekat situ! Bising-bising apa?!" jerkah Amil. Wajahnya kelihatan sangat bengis.

Terkebil-kebil Farhan melihat wajah bengis Amil. Tetapi dia mengaku, Amil jika marah sangat menakutkan. Lebih garang daripada dia.

Amil mengalih pandangan memandang Farhan. Terus tersengih dia. "Amacam, garang tak aku?" soalnya.

Farhan sengih kekok. Dia mengangguk perlahan-lahan. Sial betul, aku ingat dia marah betul-betul tadi.

"Aku pun perasan jugak. Agaknya ruangan ni ada sumpahan mungkin. Siapa yang masuk ke sini, pasti akan tertelan mikrofon" balas Amil sambil memandang sekeliling ruangan itu.

"Aku la..par" perlahan suara Tuan Adam mencelah.

Terlepas tawa sinis dibibir Amil dan Farhan. "Tuan Zaidan cakap, kau langsung tak kisah kan kalau Puan Safiyya tak makan"

"Jadi sekarang ni.." Amil merendahkan badan bagi menyamai paras muka mereka.

"Perlu ke aku kisah kalau kau lapar? Kau nak mampus sekali pun, aku tak kisah. Sebab apa? Sebab lelaki macam kau ni, memang patut dihapuskan" kata Amil sambil tersenyum senget.

Farhan juga membongkokkan badannya. "Kau cari masalah dengan isteri Tuan Zaidan, bermaksud kau cari masalah dengan kita orang jugak. Faham tuan Adam?" bisiknya.

Dia kembali menegakkan badannya. "Jom Luke, tinggal jelah orang tua ni. Berbulu mata aku tengok dia lama-lama" ajak Farhan sebelum berlalu keluar dari ruangan itu.

"Bye pakcik. Eh salah HAHAHAHA" tertawa besar Amil melihat wajah tidak puas hati Tuan Adam. Dia tertawa sambil memegang perutnya.

"Bila aku dah bebas nanti, aku bunuh kau!" jerkah Tuan Adam. Makin sakit hatinya melihat Amil yang sedang mentertawakannya.

"Yakinnya kamu? Yakin ke kau bebas? Aku rasa sebelum kau keluar daripada bilik ni pun, nyawa kau dah melayang. Chaw"

Amil terus melangkah kearah pintu. Namun dia berhenti seketika dan memandang kebelakang.

"One more thing, buat pengetahuan kau. Sesiapa yang masuk sini, tak pernah lagi keluar bernyawa" terus dia menutup pintu ruangan itu.

"Pia, Sofi.. Tolong papa, nak. Papa nak jumpa mama" rintih Tuan Adam sendirian.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Tersentak Safiyya yang sedang mengelamun di balkoni apabila didakap erat dari belakang. Dia melihat tangan gerangan yang mendakapnya.

Muncul senyuman lebar dibibir Safiyya. Dia mengusap tangan Zaidan yang berada diperutnya.

"Baby tak mengantuk lagi ke hm?" bisik Zaidan sebelum mencium pipi Safiyya daripada tepi. Dia menyangkut dagu dibahu Safiyya.

"Hm, belum abang. Tadi Dara teringat mama. Sebab tu Dara duduk dekat sini. Dara tahu mama tengah tengok Dara dari atas sana" balas Safiyya sambil menunjuk langit gelap yang dipenuhi bintang-bintang.

Zaidan mengusap lembut perut Safiyya. "Little boo, macam mana nak bagi mama happy? Babah tak sanggup la nak tengok mama sedih lagi"

Tercetus ketawa dibibir Safiyya. "Abang ni, macam lah little boo ni faham" balas Safiyya.

"Dara okey. Abang jangan risau ye? Dara dah redha dengan pemergian mama. Dara doakan mama ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"

"Bangga abang dengan baby. Baby kuat. Abang rasa baby lagi kuat daripada abang tau" kata Zaidan. Tersenyum manis dia sekarang.

"Iye ke? Kenapa abang cakap Dara kuat?" soal Safiyya. Dia memusingkan badan kebelakang.

Tangan Zaidan naik menekup pipi Safiyya yang semakin berisi.

"Sebab baby kuat hadapi semua dugaan yang Allah bagi. Baby tak pernah berputus asa. Abang bangga dengan baby. I'm proud of you, babygirl"

Kata Zaidan dengan ikhlas dan diakhiri dengan kucupan penuh cinta di puncak kepala isteri tercinta.
Safiyya terus memeluk Zaidan dengan erat.

"Dara kuat sebab abang semangat Dara. Abang jangan tinggalkan Dara ye. Dara cuma ada abang je"

"Abang janji sayang. Hanya Andara Safiyya yang sentiasa meniti dibibir abang setiap kali abang berdoa. Hanya bayangan baby yang sentiasa bermain difikiran abang. Hanya sentuhan baby yang mampi membuatkan abang nyaman. Dan hanya baby Dara sahaja yang abang cinta sampai akhir hayat abang"

Langit yang dihiasi bintang-bintang menjadi saksi kata-kata cinta Zaidan. Dia sangat mencintai Safiyya. Dia lebih menyayangi Safiyya berbanding dirinya sendiri.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now