Bab 54 🕊️

808 100 4
                                    


Beberapa hari kemudian ....

"Mama, Dara ada surprise nak tunjuk"

Ujar Safiyya dengan ceria. Dia sengaja menelefon ibu mertuanya yang berada didapur. Seminggu dia ditinggalkan di rumah Puan Zalikha dek kerana Zaidan perlu menghadiri mesyuarat diluar kawasan.

Zaidan tidak mahu perkara lepas berulang lagi, jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar Safiyya di rumah mama dan papanya.

"Ya Allah, ni kenapa sampai call mama ni? Kita satu rumah je sayang.." balas Puan Zalikha. Dia mengaktifkan pembesar suara dan meletakkan telefonnya ditepi.

Tangannya ligat menggaul masak lemak daging didalam periuk. Permintaan menantu kesayangan, haruslah dipenuhi.

Menantu kesayangan mengidam la katakan.

"Hehehe saja nak kacau mama. Mama tunggu dekat dapur tau. Dara turun sekarang" kata Safiyya sebelum meletakkan panggilan.

Dia melihat cermin buat kali terakhir sebelum melangkah keluar daripada bilik. Tuan Hanif yang kebetulan mahu turun ke bawah tercengang melihat menantunya.

"Dara ke ni?" soal Tuan Hanif. Terkebil-kebil matanya melihat Safiyya.

"Hehe ni Dara la papa. Cantik tak Dara?" soal Safiyya kembali sambil membetulkan sedikit tudungnya.

Sengih lebar Tuan Hanif. Alhamdulillah, akhirnya terbuka hati menantunya untuk menutup aurat sepenuhnya.

"Cantik sayang. Ini kalau Adan tengok ni, mahu ternganga dia hahahaha" ketawa besar Tuan Hanif tatkala membayangkan wajah terkejut anak lelakinya.

Puan Zalikha yang mendengar tawa besar Tuan Hanif terus mengerutkan dahi. 'Apa yang kelakar sangat sampai ketawa besar macam tu?' bisik hatinya.

"Jom turun papa. Dara nak surprisekan mama hehe" ajak Safiyya. Dia turun kebawah bersama-sama Tuan Hanif.

Perlahan-lahan Safiyya mendekati Puan Zalikha dari arah belakang. "Mama.." panggil Safiyya dengan lembut.

Laju Puan Zalikha mengalihkan pandangan kebelakang. Terbuntang besar mata dan ternganga besar mulut Puan Zalikha.

Betul ke ini Safiyya? Betul ke ini menantu kesayangannya?

"Dara, betul kan ini Dara? Menantu mama kan?" soal Puan Zalikha sambil menggoncang sedikit bahu Safiyya yang tersengih comel.

"Menantu awak lah tu. Takkan ada perempuan lain pulak dalam rumah kita ni sayang.." meleret suara Tuan Hanif.

Dia mengambil tempat di meja makan sambil melihat drama mertua dan menantu dihadapannya. Perlahan dia menghirup kopi susu yang masih panas.

"Dara cantik tak mama? Kalau abang tengok, dia suka tak?" soal Safiyya.

Laju Puan Zalikha mengangguk. "Mama percaya Adan mesti suka. Ya Allah, cantiknya menantu mama. Sebak mama tau tengok Dara dah bersedia nak tutup aurat sepenuhnya"

Bergetar suara Puan Zalikha berkata. Safiyya terus memeluk dan mengusap belakang badan Puan Zalikha.

"Dara dah janji nak tutup aurat sepenuhnya kalau Dara mengandung. Dara taknak abang tanggung dosa Dara lagi. Mama tolong Dara ye. Tolong tegur jika Dara lalai dalam proses berhijrah agar Dara sentiasa istiqomah"

"Mama akan tolong dan sokong Dara. Mama sayang Dara. Dara dan Adan je yang mama ada selain papa" kata Puan Zalikha sambil mengalirkan airmata kegembiraan.

'Haa sudah, menangis pulak dua beranak ni' kata hati Tuan Hanif.

"Sudah-sudahlah tu. Meh sini duduk makan sekali. Kalau nangis macam tu bukan boleh kenyang pun"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now