Seminggu kemudian...
"Hanz Zaidan bin Hanif.."
"Ye saya.."
"Aku nikahkan akan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan Andara Safiyya binti Adam berwakil walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya rm50,000 tunai.."
"Aku terima nikahnya Andara Safiyya binti Adam dengan mas kahwinnya rm50,000 tunai..." lafaz Zaidan dengan lancar.
Tok kadi segera memusingkan kepala memandang beberapa saksi disampingnya. "Sah?"
"Sah"
"Sah""Alhamdulilah.." ucap syukur mereka yang berada disitu.
Zaidan meraup wajah seakan tidak percaya urusan pernikahan mereka akhirnya selesai dengan lancarnya. Dia menoleh sekilas memandang Safiyya yang cantik luar biasa di samping Puan Zalikha.
Dia bersalaman bersama tok kadi dan juga beberapa orang saksi. Dia meminta diri dan mengorak langkah kearah isterinya.
Wah dah boleh panggil isteri!
Dia perlahan dia melutut dihadapan Safiyya yang sedang menahan malu. Puan Zalikha menghulur dua kotak cincin kepada mereka.
Zaidan terlebih dahulu mengambil sebentuk cincin emas yang ditempah khas buat Safiyya.
"Assalamualaikum sayang.." panggil Zaidan dengan lembut.
Safiyya mengangkat sedikit wajah dan memandang kearah Zaidan. Tersenyum manis Safiyya.
"Waalaikumussalam baby Han.." balas Safiyya.
Tersengih Zaidan, Puan Zalikha dan Tuan Hanif disitu. Mereka menggeleng sahaja melihat telatah comel menantu mereka.
Zaidan memegang tangan Safiyya dengan lembut. Dengan lafaz bismillah, dia menyarungkan cincin di jari manis Safiyya. Hatinya berasa lega seakan beban berat yang selama ini dipikul terasa hilang.
Safiyya pula mengambil cincin didalam kotak dan memegang tangan kekar Zaidan dengan lembut. Dia mengusap sedikit menggunakan ibu jari.
Dengan perlahan-lahan Safiyya menyarungkan cincin ke jadi manis Zaidan. Dia bersalam dan menunduk mencium lembut tangan suaminya.
"Aku janji, aku akan jaga kau sampai bila-bila. Aku akan jadi satu-satunya lelaki yang bahagiakan kau sayang.." bisik Zaidan.
"Dara janji akan jadi isteri yang terbaik untuk baby Han.." bisik Safiyya membalas.
Zaidan meletakkan sebelah lagi tangan di atas ubuh-ubun Safiyya dan membaca sepotong doa untuk isterinya.
Setelah Zaidan selesai membacakan doa, terus Safiyya mengangkat wajahnya. Zaidan menekup kedua-kedua pipi dan tersenyum manis sebelum mengucup lembut dahi Safiyya.
Beberapa orang jurugambar berebut untuk mengambil gambar kedua mempelai itu sebagai kenangan. Sangat padan. Seorang kacak dan seorang lagi sangat cantik.
Tidak puas rasanya jika memandang sekali sahaja.
Mereka hanya melangsungkan majlis akad nikah sahaja atas permintaan Safiyya. Dia tidak mahu mengadakan majlis resepsi kerana dia akan berasa sedih jika Tuan Adam dan yang lain tidak hadir.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomanceHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...