"Sofi!!!!..."Bergegar pintu bilik Sofia apabila diketuk kuat dari luar. Safiyya mengetuk berkali-kali pintu bilik Sofia.
Safiyya mendengus. "Andara Sofia! Buka pintu ni cepat!"
Sofia yang baru sahaja keluar daripada tandas terus membuka pintu bilik yang hampir pecah itu.
Sofia menjentik lembut dahi Safiyya. "Kau dah kenapa ketuk pintu macam nak roboh? Kalau roboh pintu bilik aku ni siapa nak ganti?"
Sofia mengecilkan mata sambil mencekak pinggang. Kecil besar, kecil besar je aku tengok dia ni.
Tersengih Safiyya menggosok dahi. "Aku ada berita baik ni"
Teruja Safiyya sebelum menarik Sofia masuk kedalam bilik dan menguncinya. Dia menarik Sofia duduk di atas katil.
"Ye ye aku tahu kau teruja jumpa kekasih hati dekat tasik semalam kan" selamba Sofia membahan.
Safiyya menepuk kuat peha Sofia. "Ish bukan itulah! Kau ni, semua benda kau tahu kan!" marahnya.
"Sakitlah!" Sofia menggosok peha yang ditepuk. Tangan je kecil tapi kalau tampar orang, pedih mat.
"Apa berita yang gembira sangat tu?" tanya Sofia dengan serius.
Safiyya menarik nafas dan menghembus perlahan. Dah tenang.
"Aku...dapat panggilan untuk temuduga!" ujar Safiyya dengan teruja. Tersenyum lebar dia saat itu.
Berapa kali dia gagal mendapat kerja kerana gagal ketika temuduga, dan kali ini adalah harapan Safiyya untuk membanggakan papa dan mama.
"Weh! Kau serius ke? Dekat mana?" perasaan teruja bertukar kepada Sofia pula.
"Nama syarikat tu AN Crystal Sdn Bhd" jelas Safiyya.
Sofia mengerutkan dahi sebentar. Dia cuba mengingat kembali pemilik syarikat tersebut.'Ah! Itu syarikat tuan Aayden! Kawan baik tuan Zaidan' bisik hati Sofia.
"Oh aku pernah dengar pasal syarikat tu. Cubalah, mana tahu rezeki kau dekat situ kan?" balas Sofia.
Safiyya mengangguk laju. Dia sudah berjanji akan mencuba yang terbaik untuk temuduga kali ini. Dia akan cuba buang perasaan takut dan gemuruh dalam dirinya.
"Bila temuduga tu? Dan pukul berapa?" tanya Sofia. Pasti ada idea yang nakal dalam fikirannya sekarang ini.
"Esok pukul 9 pagi. Kau doakan aku tau"
Sofia mengangguk sambil tersenyum penuh makna. "Aku sentiasa doakan kau. Takpa, aku yakin kau mesti berjaya esok. Go go my twins!"
Safiyya ketawa mengekek. Tak sabar rasanya nak pergi temuduga esok. Semoga dia dapat berkomunikasi dengan baik esok.
Ini sahaja harapan dia untuk membanggakan Tuan Adam dan Puan Sarimah. Dia tahu syarikat AN Crystal Sdn Bhd ini agak terkenal dalam dunia perhotelan. Jika dia diterima bekerja disitu, pasti papa bangga dengannya.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Zaidan yang baru sahaja mahu melelapkan mata terus terganggu apabila telefonnya berbunyi.
"Siapa yang telefon aku malam-malam buta ni! Aku nak tidur tahu tak?!" marah Zaidan sendirian.
Dia memanjangkan tangan mengambil telefon di meja sebelah katil. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.
"Sofia? Nak apa pulak si shopee ni"
Dengan malas Zaidan mengangkat panggilan itu.
"Hm kau nak apa malam-malam ni Sofia?.." meleret suara Zaidan.
"Esok pukul 9 pagi dekat syarikat tuan Aayden"
Zaidan mengerut kening. Apa yang Sofia cuba sampaikan ni?
"Kejap kejap, apa benda yang kau nak sampaikan ni?"
Baran lah macam ni. Orang mengantuk ni tau. Dia boleh pula bagitahu tanpa tajuk terlebih dahulu.
"Ish lambatlah tuan ni" marah Sofia.
"Eh bijak, kau kalau nak bagitahu pun, cuba kau buat pendahuluan dulu. Ini tidak, terus bantai isi. Mana aku nak faham!" marah Zaidan kembali.
Main-main pula dengan aku malam-malam ni. Ada kena potong gaji karang.
"Esok Safiyya temuduga dekat syarikat tuan Aayden pukul 9 pagi. Thats it"
Terbangun Zaidan daripada baringan. Terkebil-kebil matanya mendengar.
"Thanks for the information" terus Zaidan meletak panggilan.
Safiyya temuduga dekat syarikat Aayden? Tak boleh jadi ni. Aku kena ikut dia. Bahaya kalau dia pergi seorang diri.
'Aspettami tesoro mio'
(Wait for me, my darling)Dia terus mengunci jam agar tidak terlajak tidur. Maklumlah belum ada isteri dekat sebelah yang boleh kejutkan.
Dia kembali baring dan memejam mata. Tidak lama kemudian, Zaidan hilang dalam tidur lena sambil terbayangkan Safiyya.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Safiyya membelek pakaiannya di hadapan cermin panjang. Dia membetulkan sedikit bahagian baju yang tidak kena di matanya.
"Okey dah cantik, resume jangan lupa Pia"
Safiyya mengambil fail resume dan telefon diatas meja. Dia memasukkan lipstick dan bedak kedalam beg tangan.
"Okay, im ready!" semangat Safiyya.
Safiyya keluar dari bilik dan menuju ke dapur mencari Puan Sarimah.
Sofia mengangkat kepala apabila melihat Safiyya masuk kedalam dapur.
"Oi makanlah dulu, tahulah teruja nak pergi temuduga pun" ajak Sofia.
Tuan Adam mengerutkan dahi lalu melipat surat khabar di tangan. Dia membuka spek mata sebelum memandang Sofia.
"Pia ada temuduga? Dekat mana?" soalnya.
Sofia menelan nasi goreng yang dikunyah. Dia minum air sedikit membasahkan tekak.
"Dekat syarikat AN Crystal Sdn Bhd papa. Terkenal jugak syarikat tu" balas Sofia dengan perasaan teruja bagi pihak kembarnya.
Tiada balasan daripada Tuan Adam. Kecewa Safiyya. Dia berfikir yang Tuan Adam akan memberi kata-kata semangat kepadanya.
"Alah, tak akan dapat punya. Mesti sama je macam sebelum-sebelum ni. Kalau tak pergi pun takpa, membazir duit minyak je"
Kata Tuan Adam dengan selamba sebelum menghirup air kopi. Dia langsung tidak mengalihkan pandang memandang Safiyya yang berada di sebelah meja.
Terdiam Sofia. Dia memandang Safiyya dengan wajah sayu. Haih kesian Pia.
'Semoga kau dapat temuduga kali ni Pia. Aku nak kau buktikan dekat papa yang kau pun boleh berjaya macam aku. Aku sentiasa di belakang kau Pia!'
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomanceHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...