Bab 49 🕊️

1.2K 116 5
                                    


P/s : Sambungan bab 47 ❗️

"Abang! Mana kita nak pergi ni? Kenapa abang memandu lebih had laju macam ni? Bahayalah abang!"

"Diamlah!" jerkah Tuan Adam.

Tuan Adam melajukan lagi keretanya apabila kelihatan kereta polis dibelakang semakin menghampiri. Sedaya upaya dia mengelak kereta-kereta dihadapannya.

Dia gelisah. Rancangnya untuk membawa Puan Sarimah melarikan diri. Dia tahu pasti Zaidan dan pihak polis akan memburunya.

Tetapi nasibnya malang apabila keretanya sekarang di kejar oleh pihak polis. Ditambah pula dengan Puan Sarimah yang bertanya tidak henti-henti.

Membuatkan dia semakin serabut dan gelabah!

"Berhentikan kenderaan anda! Ini amaran terakhir!"

Tuan Adam langsung tidak menghiraukan amaran dari kereta polis dibelakang. Ketika dia ralit memandang cermin sisi, terdapat sebuah kereta datang dari arah bertentangan dengan mengejut.

Dan terus meluncur laju kearah kereta mereka.

Dan...

BOOMMMMMM.....

Berpusing-pusing kereta Tuan Adam akibat dilanggar kuat dari arah depan. Kereta mereka terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Tuan Adam melihat Puan Sarimah disebelah yang sudah tidak sedarkan diri.

"Mah..." panggil Tuan Adam dengan lemah. Dia juga mengalami pendarahan dibahagian kepala akibat terhantuk di stereng.

Pihak polis dan orang awam segara membantu untuk mengeluarkan Puan Sarimah dan juga Tuan Adam. Salah seorang pegawai polis tersebut memeriksa nadi Puan Sarimah yang tidak sedarkan diri.

Dia memandang rakannya dan menggeleng perlahan. "Mangsa sudah menghembus nafas yang terakhir.." katanya. 

"No! Isteri aku tak mati lagi!" jerit Tuan Adam yang sedang digari.

"Mah! Jangan tinggal abang, Mah! Abang minta maaf. Abang salah! Abang berdosa dengan Mah! Abang berdosa dengan Pia!"

Dua orang pihak polis menahan kuat badan Tuan Adam yang meronta dengan tangisan yang hebat. Dia semakin meronta apabila melihat badan isterinya ditutupi dengan kain putih.

'Abang minta maaf Mah!' jerit hati Tuan Adam. Dia kemudiannya dirawat setelah ambulans tiba dan dibawa ke balai polis. Manakala jenazah Puan Sarimah pula dibawa ke hospital.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Mama! Jangan tinggal Pia mama! Pia sayang mama!" jerit Safiyya dalam tidur. Tangannya terkapai-kapai seperti ingin mencapai sesuatu.

Terjaga Zaidan daripada tidur. Dia terus bangun dan memegang tangan Safiyya. "Baby, hey what's wrong?"

"Mama..." mendayu suara Safiyya memanggil bayangan Puan Sarimah.

Zaidan menepuk perlahan pipi Safiyya sambil memanggil nama isterinya.

"Dara sayang, bangun. Abang dekat sini. Your husband is here baby" lembut Zaidan memanggil.

Dengan perlahan, Safiyya membuka matanya. Terkenyit-kenyit mata Safiyya menghilangkan sisa kantuknya.

"Ab..bang?"

"Yes baby, its me. Your Han's"

Terus Safiyya menarik leher Zaidan dan memeluknya dengan erat. Mengalir laju airmatanya.

"Abang jangan tinggal Dara lagi. Dara takut. Papa pukul Dara abang hikss. Dara sakit.." tersekat-sekat suara Safiyya mengadu.

Zaidan mengusap lembut belakang badan Safiyya. "Shh shh, i'm here with you. No one can harm you, baby" pujuknya dengan lembut.

Dia tahu Safiyya masih trauma dengan apa yang terjadi. Tetapi ada satu lagi perkara yang merusuhkan fikiran Zaidan.

Bagaimana dia hendak memberitahu Safiyya tentang kemalangan maut yang melibatkan Puan Sarimah semalam.

Zaidan mencium lama puncak kepala Safiyya. Dalam masa yang sama dia sangat bersyukur. Syukur kerana Safiyya sudah sedar dan kembali ke dalam pangkuannya.

"Abang, little boo selamat kan? Anak kita selamat kan abang?" soal Safiyya dengan cemas. Dia memegang perutnya.

Zaidan senyum dan mengangguk kepala. "Our little boo selamat sayang. Dia kuat macam mama" balas Zaidan.

Safiyya menghembus nafas lega. Tersenyum nipis Safiyya sebelum mendesis sakit. Dengan perlahan jarinya menyentuh luka di pinggir bibir.

"Jangan sentuh, baby. Nanti makin sakit" Zaidan menurunkan tangan Safiyya.

Zaidan merapatkan bibir ke pinggir bibir Safiyya. Dia mencium lembut luka itu.

"Ya Allah, kau angkatlah segala kesakitan yang isteriku alami. Kau pindahkanlah sakit itu kepadaku. Aku sanggup untuk mengganti tempatnya" bisik Zaidan.

Terharu Safiyya mendengar doa Zaidan sebentar tadi. Zaidan menekup pipi Safiyya. Dia mengusap pipi mulus isterinya.

"Baby, abang ada sesuatu nak bagitahu. Abang harap baby kuat ye sayang?". Safiyya mengangguk sahaja.

Zaidan menghembus nafas. "Mama sayang dah takda. Mama dah hembuskan nafas terakhir semalam" kata Zaidan. Dia menahan sebak melihat perubahan di wajah Safiyya.

"Apa abang cakap? Mama dah takda? Abang tipu kan? Abang saja nak bergurau dengan Dara kan?"

Zaidan menggeleng. "Tak sayang, abang tak bergurau. Mama dengan papa kemalangan. Mama meninggal dekat tempat kejadian, sayang"

Terus dia menolak tangan Zaidan yang berada dipipinya. Bibirnya semakin mencebik kebawah.

"Jadi mimpi Dara tadi tu betul? Mama betul-betul tinggalkan Dara hikss" menangis Safiyya.

Terus dia menarik Safiyya masuk kedalam pelukannya. Dia mengeratkan lagi pelukan bila tangisan Safiyya semakin teresak.

"Mamaaa!! Jangan tinggal Pia mama! Pia taksempat minta maaf dengan mama!.." merintih Safiyya di dada bidang Zaidan.

"Pia nak ikut mama! Kenapa mama tinggalkan Pia! Pia tak sempat cium mama buat kali terakhir..." sambung Safiyya lagi.

'Ya Allah, apa lagi dugaan yang harus isteri aku hadapi. Aku tak kuat melihat dia rapuh sebegini' kata hati Zaidan.

"Shhh baby jangan macam ni. Nanti mama tak tenang dekat sana. Kita kena redha dengan pemergian mama" pujuk Zaidan lagi.

Dia membiarkan sahaja dadanya basah dengan airmata Safiyya. Dia tahu Safiyya sedang berduka. Dan dia sebagai suami akan sentiasa berada disisi dan menenangkan isterinya.

Tak henti-henti bibir Zaidan berselawat di telinga Safiyya bagi menenangkan isterinya. Dia juga merasa kehilangan kerana Puan Sarimah adalah ibu yang baik. Puan Sarimah kuat menghadapi dugaan berkahwin dengan Tuan Adam yang sangat pentingkan diri.

'Zaidan janji dengan mama. Zaidan akan bahagiakan anak mama hingga akhir hayat Zaidan. Mama tenang lah disana..'

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now