Bab 15 🕊️

1.4K 97 0
                                    


Pagi Safiyya terasa tenang dan berbunga-bunga apabila tidurnya ditemani mimpi yang indah. Dia mengeliat kecil dan meregangkan badannya.

Dia menyelak selimut sebelum membelek kakinya yang masih berbalut. Tersenyum Safiyya apabila mengingati Zaidan yang sangat gentlemen baginya.

Safiyya bernasib baik kerana tertidur awal dan mengunci pintu biliknya semalam. Kalau tidak, pasti papa akan masuk dan memarahinya.

Mengeluh kecil Safiyya apabila memikirkan cadangan yang mama berikan kepada Sofia dan Zaidan.

"Kenapa aku rasa berdebar eh bila mama cakap macam tu? Aku dengan dia takda apa-apa pun" kata Safiyya sendirian.

Tersentak Safiyya apabila pintu bilinya diketuk. Dengan susah payah Safiyya turun daripada katil. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik dan membukanya.

"Pia, dah bangun?"

Tegur Puan Sarimah sambil memegang dulang berisi mangkuk bubur dan air kosong. Safiyya mengangguk dan memberi ruang untuk mamanya masuk.

Puan Sarimah meletakkan dulang tersebut di atas meja bersebelahan katil Safiyya. Dia membantu Safiyya untuk duduk di atas katil semula.

Safiyya tersenyum manis apabila mama seakan mengambil berat tentangnya. Dia terharu. Jarang sekali dia mendapat layanan sebegini.

"Pia makan tau, lepastu makan ubat tu. Sofi belikan ubat tahan sakit untuk Pia" kata Puan Sarimah dengan lembut.

Safiyya mengangguk. "Mama, boleh tak Pia nak cerita sikit?"

"Boleh sayang, banyak pun boleh" balas mama.

"Pia tak pernah bercinta jadi Pia tak tahu perasaan Pia sekarang ni" kata Safiyya.

Puan Sarimah mengusap rambut ikal mayang anaknya.

"Anak mama ada suka dekat sesiapa ke hm?" soal Puan Sarimah dengan lembut.

"Pia taktahu mama. Pia selesa dengan dia walaupun baru sehari Pia kenal dia. Pia tak rasa gementar sangat bila dengan dia. Pia rasa tenang dan selamat je" luah Safiyya tentang perasaannya.

Tersenyum Puan Sarimah mendengar luahan Safiyya. Anaknya ini jarang sekali meluah tentang perasaan atau masalah dengannya. Ini kali pertama, kerana itu membuatkan dia merasa terharu dan sebak.

"Itu bermakna anak mama ni dah mula sukakan dia. Pia rasa selamat sebab Pia tahu dia tak akan buat perkara tak elok dekat Pia. Pia selesa mungkin sebab dia tak ada melampaui batas bila bersama Pia"

Memerah wajah Safiyya apabila mengingat kembali saat Zaidan meminta izin terlebih dahulu sebelum memegang kakinya.

"Lelaki mana yang buatkan anak mama blushing macam ni hm?" usik Puan Sarimah sambil mencuit hidung Safiyya.

Terlepas tawa kecil Safiyya mendengar usikan daripada mama. Dia mengemam bibir menahan malu. Pasti wajahnya sudah seperti buah tomato.

"Tapi kan mama, Pia rasa Pia tak layak untuk dia" luah Safiyya.

"Belum cuba belum tahu sayang. Mama tahu anak-anak mama ni pandai mengambil hati kan. Mama doakan Pia dapat pikat hati si dia hehe" sokong Puan Sarimah.

Tergelak besar mereka berdua apabila Puan Sarimah begitu semangat memberi tips kepada Safiyya.

Tersenyum Sofia di sebalik pintu bilik Safiyya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Safiyya.

Berdasarkan daripada cerita Safiyya sahaja Sofia sudah tahu siapakah gerangan yang sudah berjaya mencuri hati lembut Andara Safiyya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Zaidan mengangkat sebelah kening memandang Sofia yang tersengih-sengih dihadapannya sekarang ni.

Yang ni baru betul Sofia.

"Tuan.." meleret suara Sofia.

Zaidan mengumam sahaja sambil menyisip air kopi ditangan. Seperti biasa, tidak kena dengan citarasanya tetapi dia minum je.

"Tuan tak tolak gaji saya kan bulan ni? Saya minta maaf la tuan. Janji lepas ni tak buat lagi" kata Sofia dengan sengihan.

Zaidan menjeling sekilas sebelum menggeleng.

'Disebabkan kembar kau dah buat jantung aku macam nak pecah, aku boleh maafkan kau. Dapat juga aku jumpa bidadari semalam' bisik hati kecil Zaidan.

"Tuan dah ada calon ke?" soal Sofia dengan secara tiba-tiba.

Tersedak Zaidan dibuatnya. Dia menepuk dada sambil terbatuk kecil.

"Kau ni, agak-agak lah soalan pun. Terkejut jantung aku pagi-pagi ni tahu tak?" marah Zaidan. Dia mengelap sedikit kopi yang tertumpah di atas mejanya.

"Alah tuan ni, jawab jelah soalan saya tu" gesa Sofia.

"Tak ada Sofia. Puas hati? Kenapa? Kau minat dekat aku eh?" balas Zaidan dengan senyuman senget mengusik Sofia.

Sofia menggerakkan badannya seakan-akan geli dengan usikan Zaidan. Ei tolonglah, kita dah ada seseorang dalam hati ni tau.

"Eii bukan saya yang minat dekat tuan, tapi orang lain" balas Sofia.

Zaidan menyandarkan badan sambil memandang Sofia dengan pandangan penuh tanda tanya. Orang lain? Siapa?

"Who is she?" soal Zaidan.

"My twins. I think she's fall in love with you sir"

Terpaku, terkelu, terkedu, terkaku dan semuanya lah Zaidan rasai sekarang ini. Kenapa dia merasa berdebar sangat ni.

"Kau ni ada-ada jelah. Perasaan kau je tu" Zaidan berdehem mengawal debaran di dadanya.

Sofia terus melabuhkan punggung di kerusi. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

"Saya tak pernah tengok Pia senyum lebar macam semalam tau. Pagi tadi pun, dia senyum je sepanjang masa. Lepas daripada jumpa tuan, terus dia macam tu"

Zaidan menggosok telinga yang tiba-tiba terasa panas. Panas kerana malu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berdebar dan malu begini.

"Kenapa telinga tuan merah? Tuan malu eh..." usik Sofia sambil tertawa melihat bos yang selama ini bermulut pedas dan garang berubah menjadi pemalu.

"Shut up Andara Safiyya" tersasul Zaidan sebelum dia menepuk kecil mulutnya.

Ketawa kuat Sofia apabila Zaidan tersasul memanggilnya dengan nama Safiyya. Dia ketawa sambil menepuk-nepuk perutnya.

"Tuan ni dah angau sangat ke dengan Pia? Hahahaha ini kena bagitahu Pia ni"

Zaidan hanya menjeling sahaja Sofia yang sedang menghabiskan sisa tawanya. Baik aku sambung kerja daripada layan si mulut murai ni. Malu pun ada sebab tersasul. Kantoi lah tengah fikirkan Safiyya.

Zaidan fall in love too? Omooooo.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now