Bab 7 🕊️

1.3K 89 4
                                    


"Tuan Zaidan, macam mana dengan perbincangan kita sebentar tadi?"

Soalan daripada Encik Helmi selaku klien mereka hari ini dibiar sepi tanpa jawapan.

Sofia dan Encik Helmi saling berpandangan apabila melihat CEO muda ini sedang tersenyum sendiri.

Sofia sengaja berdehem untuk mengejutkan tuan mudanya. Tengah mesyuarat ni boleh pula encik bos ni mengelamun.

Zaidan yang tersedar dek kerana deheman daripada Sofia terus membetulkan posisi duduknya. Dia membetulkan sedikit tali leher sebelum berdehem.

"Yes, any questions?" soal Zaidan menutup malunya.
Boleh pulak aku termengelamun teringatkan gadis vespa tadi haih.

"Saya tanya, apa pendapat tuan Zaidan tentang perbincangan kita sebentar tadi" ulang Encik Helmi.

Zaidan mengangguk sekilas sebelum menyemak fail berkaitan mesyuarat mereka hari ini. Projek pembinaan hotel terbaru di Sabah.

"For me, tempat ni kurang strategik. Tempat yang Encik Helmi pilih ni agak terpencil dan tidak ramai pengunjung ke sana" jelas Zaidan.

Masing-masing yang menghadiri mesyuarat tersebut mencatat setiap cadangan dan arahan daripada Zaidan. Sofia juga tidak ketinggalan untuk menyemak kembali fail cadangan daripada pihak klien.

"So, encik Helmi jelas kan dengan apa yang saya sampaikan tadi? Saya senang hati jika dapat bekerjasama dengan syarikat encik. Tetapi saya minta untuk encik Helmi semak semula fail cadangan ni dan kembalikan kepada saya jika encik yakin dengan perubahan yang encik lakukan"

"Baiklah tuan Zaidan, saya dan pekerja saya akan memperbaiki balik cadangan ini. Saya juga berharap supaya saya dapat peluang untuk bekerjasama dengan syarikat tuan" balas Helmi sambil berjabat tangan bersama Zaidan.

Helmi menghulur tangan kepada Sofia untuk bersalaman. Zaidan terus berdehem sambil memandang tepat kearah Helmi.

"Maaf encik Helmi, pekerja perempuan saya semuanya menjaga batas. Saya rasa encik pun tahu kan tentang itu" tegur Zaidan.

Helmi menarik kembali tangan dan mengambil briefcase sebelum meminta izin untuk bersurai.

Zaidan hanya menggeleng kepala sahaja melihat belakang Helmi. Dah tua pun gatal lagi.

"Boek lah tuan back-up saya tadi" gurau Sofia.

"Ingat aku back-up free? Belanja aku lunch nanti" balas Zaidan lalu terus keluar daripada bilik mesyuarat.

Sofia mengemas barang di atas meja sambil berdecit halus. Tak ikhlas betul nak tolong kita. Ada motif rupanya.

Zaidan melabuhkan punggung di kerusi empuk biliknya sebelum kembali teringatkan gadis tadi.

'Kenapa aku asyik teringatkan dia? Muka dia pun aku tak nampak tadi. Tapi hati aku ni macam terusik pulak, kacau macam ni' bentak hati Zaidan.

Dia memejam mata sambil bersandar. Dia menenangkan fikiran yang serabut dengan masalah syarikat. Ditambah pula dengan mama yang mengasaknya untuk berkahwin secepat mungkin.

Akhirnya Zaidan terlelap seketika dengan mimpi yang indah. Mimpi si gadis cantik menaiki vespa putih.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Kila, tempahan bunga atas nama datin Athifa tu dah siap ke?"

Soal Safiyya yang sedang menggubah bunga mengikut citarasa pelanggannya. Mereka mengambil tempahan bunga yang siap digubah untuk dijadikan hiasan dan juga hadiah.

"Belum cik Pia, saya dah nak balik ni, esok lah saya siapkan" balas Kila sebelum dengan selamba keluar dari kedai mereka.

Safiyya hanya menggeleng kepala sahaja melihat pekerja kepada kembarnya itu. Dia tidak seperti Sofia yang tegas dan garang. Dia lebih kepada diam dan ikutkan sahaja.

Kerana sikap pendiamnya ini membuatkan dia sering dibuli di sekolah. Sofia lah yang sentiasa menjadi penyelamat jika Safiyya dibuli.

Safiyya melirik mata memandang jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 5 petang. Dia mengeluh sebelum menyambung kembali kerjanya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Ralit Safiyya menggubah flower bouquet, sehingga dia tidak sedar hari sudah pun gelap. Dia meregangkan sedikit leher dan pinggangnya setelah menyiapkan tempahan daripada pelanggan-pelanggannya.

Terbeliak mata Safiyya apabila baru sedar diluar sudah gelap. Dia melihat jam dinding.

"Pukul 8 malam?!" kelam kabut Safiyya bangun dan mengemas semua barang yang digunakan. Dia mengemas dengan secepat mungkin.

Setelah memastikan kedainya bersih, terus Safiyya mencapai helmet dan beg silangnya. Dia terus keluar daripada kedai dan mengunci pintu.

Dia memakai helmet dan menghidupkan motornya. Lega hatinya apabila motor kesayangannya tidak membuat hal hari ini.

Dengan lafaz bismillah, Safiyya bergerak pulang dengan pemanduan yang santai. Seperti biasa, Safiyya akan melayan angin malam jika menaiki motor.

Satu sahaja yang mendebarkan dada Safiyya sekarang ini. Dia takut jika Tuan Adam memarahinya lagi.

Tuan Adam sudah memberi amaran supaya pulang ke rumah awal sebelum matahari terbenam. Dia dan Sofia tidak pernah pulang lewat apatah lagi keluar di malam hari.

Dia melajukan sedikit pemanduannya menuju terus kerumah. Setelah 15 minit, Safiyya sampai di rumah.

Berkerut kening Safiyya apabila melihat beberapa buah kereta yang berada dihadapan rumahnya. Dia meletakkan motor ditempat biasa bersebelahan kereta milik Sofia.

Belum sempat Safiyya menanggalkan kasut, terus tangannya ditarik ke belakang rumah.

"Papa, sakit.." rintih Safiyya. Sakit tangannya apabila dicengkam kuat oleh Tuan Adam.

Tuan Adam tidak mengendahkan rintihan Safiyya. Dia membuka pintu stor di belakang rumah dan menolak Safiyya masuk kedalam.

"Papa...kenapa ni. Pia taknak, Pia takut gelap pa" Safiyya mengeraskan badan agar tidak masuk kedalam stor gelap itu.

"Masuk! Kau jangan keluar selagi aku tak bukakan pintu ni. Aku taknak kau malukan aku depan kawan-kawan aku!" marah Tuan Adam.

Dia terus melangkah keluar daripada stor tersebut dan mengunci Safiyya daripada luar.

"Papa!!! Pia takut pa! Jangan buat Pia macam ni hikss..." Safiyya mengetuk pintu sambil menangis teresak.

Sofia dan Puan Sarimah hanya melihat sahaja nasib Safiyya yang dikurung oleh Tuan Adam. Mereka menundukkan wajah apabila Tuan Adam mendekat.

"Sofi dengan mama jangan memandai nak buka pintu stor tu, faham!" pesannya.

Mereka hanya mengangguk sahaja. Puan Sarimah mengikut Tuan Adam masuk ke ruang tamu di mana rakan-rakan mereka berada.

Sofia memandang sayu ke arah stor di mana Safiyya dikurung. Sedih hatinya melihat nasib kembarnya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa.

'Sofi minta maaf Pia, Sofi takboleh nak tolong Pia. Sofi takut dengan papa' bisik hati Sofia.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now