Bab 45 🕊️

1.2K 126 4
                                    


"Berapa lama abang pergi outstation ni abang?"

Soal Safiyya sambil melihat Zaidan memasukan beg pakaian kedalam kereta. Dia menempel sahaja disebelah Zaidan.

Zaidan memuncungkan bibir dengan riak wajah yang tercebik. "Seminggu baby. Kalau abang tak pergi boleh tak? Nanti abang rindu baby, macam mana?"

Safiyya menepuk lembut dada tegap Zaidan. "Mengadalah abang ni. Kan abang dah janji nak pergi sama-sama dengan tuan Aayden. Kena lah pergi" pujuk Safiyya.

Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan. Fuhhhhh

"Okeylah kalau macam tu, abang pergi dulu ye?" kata Zaidan sambil mengusap kepala Safiyya. Dia senyum manis menutup kegusaran dihatinya.

"Baby jaga diri, jangan buat kerja-kerja berat. Abang dah bagitahu mama. Mama akan cuba datang setiap hari okey?" pesan Zaidan.

Sesungguhnya dia berasa berat hati untuk meninggalkan Safiyya sendirian. Niatnya ingin menghantar Safiyya ke rumah mama dan papanya. Tetapi Safiyya lebih memilih untuk tinggal di rumah mereka.

Puan Zalikha dan Tuan Hanif juga sudah bersetuju untuk datang melawat Safiyya setiap hari.

Safiyya mengangguk kepala berkali-kali. "Ye abang, Dara dengar. Abang janganlah risau sangat. Abang tu jaga diri, jaga mata dan jaga hati untuk Dara dan little boo okey?"

Zaidan membengkokkan kaki dan turun melutut di hadapan perut Safiyya. Dia mengusap lembut perut Safiyya yang masih kempis.

"Little boo, babah pergi kerja sekejap ye? Awak jaga mama tau. Kalau mama buat kerja berat, awak bagitahu dalam hati babah ye. Babah sayang little boo dan mama"

Cakap Zaidan sendirian sambil mengusap perut Safiyya. Baju Safiyya diselak sedikit keatas. Dia mengucup lembut perut Safiyya.

Zaidan kembali bangun dan berdiri di hadapan Safiyya. Pipi Safiyya ditekup dan dahi isterinya dicium lama. Bagai tidak mahu melepaskan ciuman itu.

"Abang, kalau papa datang kacau Dara lagi, apa abang akan buat?" soal Safiyya dengan tiba-tiba.

Terkedu Zaidan dengan soalan yang Safiyya kemukakan. "Abang pastikan haritu ialah hari terakhir dia bernafas dekat dunia ni" balas Zaidan dengan yakin.

"Cause no one can touch mine, baby" sambung Zaidan.

Safiyya mengusap lembut lengan Zaidan yang sedang menekup pipinya. Tersenyum manis Safiyya mendengar kata-kata Zaidan. Baginya Zaidan seorang yang sangat protektif.

"Abang dah lambat.." kata Safiyya.

Zaidan melepaskan ciuman. "Abang sayang baby sangat-sangat. Tunggu abang balik ye Han's Baby" bibir mungil Safiyya dicium sekilas.

"I love you too, my Han"

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sofia menyimpan kembali Iphone kedalam beg tangan. Dia berlalu masuk kedalam dapur cafe suaminya.

"Abang.."

Arash menoleh kebelakang. "Yes, my lady. Why? Are you hungry?"

Sebelah tangannya laju memeluk pinggang Sofia. Manakala sebelah lagi sibuk menggaul nasi goreng didalam kuali.

Sofia tidak akan makan jika chef lain yang masakkan. Dia hanya berselera jika makan air tangan suaminya sendiri.

Dia menggeleng bagi membalas pertanyaan Arash. "Abang, Pia cakap Zaidan pergi outstation dengan Aayden" ujar Sofia.

Arash mengangguk sambil menutup api. "Abang tahu. Diaorang ada bagitahu dalam group sembang kita orang. Minta yang lain tolong jagakan Camelia dan Safiyya"

"Pia mengidam pistachio ribbon croissant" terkedip-kedip mata Sofia memandang Arash. Terjongket sebelah kening Arash ke atas.

"Then? Sayang nak abang buatkan ke? Dekat cafe kita belum ada lagi. Ada croissant biasa je"

Dengan laju Sofia mengangguk. Tersengih lebar dia. "Nak! Abang buat 3 tau! 2 untuk Pia, 1 untuk sayang hehe.."

Hidung mancung Sofia dicuit lembut. "Isteri abang pun mengidam jugak ke ni hm?"

"Sudah semestinya. Untung sayang ada suami yang pandai masak" puji Sofia dengan senyuman lebar.

Arash mengeluarkan barang-barang untuk membuat pistachio ribbon croissant. "Salah tu. Untung sayang ada suami hensem macam abang. Baru betul"

Sofia berjalan kearah Arash dan berdiri dihadapan lelaki itu. Dia menyengetkan sedikit kepala. Bibirnya mula dihiasi dengan senyuman manis.

Senyuman yang pastinya membuat Arash terpegun dan terpesona. Arash terus menggeleng kepala.

"Sayang jangan nak senyum macam tu. Karang croissant kemana, abang dengan sayang pulak kemana. Ada yang abang terkam dekat dapur ni karang"

Bebel Arash. Cuba mengawal perasaan gugup setiap kali Sofia cuba menggodanya.

Tercetus tawa besar Sofia melihat pipi suaminya yang sudah memerah. "Usik sikit pun dah goyang" sindir Sofia.

Dia terus keluar daripada dapur. Tidak mahu mengganggu suaminya. Karang tak dapat makan croissant.

"Mahu tak goyang, dia taktahu iman suami dia ni senipis kulit bawang" bebel Arash sendirian.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

1 Jam kemudan

Safiyya duduk di sofa bersebelahan kolam sambil mengusap perut. Hobi terbaru Safiyya, bercakap dengan perutnya.

Dia akan bercerita kepada anaknya setiap kali sebelum melelapkan mata.

"Little boo, aunty Sofi cakap nak datang bawakan croissant yang mama mengidam tu. Mama tak sabarlah nak rasa"

Kecur liur Safiyya apabila terbayang dia sedang menggigit ribbon croissant itu.

"Aunty Sofi cakap tadi dah on the way datang sini. Tapi dah sejam lebih pun belum sampai"

Kata Safiyya sendirian. Daripada tadi dia menunggu Sofia. Setahu Safiyya, jarak daripada cafe ke rumah mereka mengambil masa 45 minit sahaja.

Dia cuba memikir positif yang Sofia tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Tetapi dia merasa sedikit berdebar secara tiba-tiba.

Safiyya memegang dadanya yang merasa sakit. "Kenapa ni, Ya Allah". Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.

Tersentak Safiyya apabila Iphonenya berdering. Dia mengambil dan melihat nama pemanggil yang tertera.

'Arash?' baca Safiyya dalam hati.

Dia terus menjawab panggilan itu. "He..llo Arash"

"Pia, aku nak bagitahu ni. Kitaorang tak sempat nak hantar croissant kau. Kitaorang terlibat dalam kemalangan" ujar Arash yang masih dalam keadaan cemas.

Terus terbangun Safiyya. "Allahuakbar! Sofi macam mana Rash?!" menggigil tangan Safiyya yang sedang memegang telefon.

"Sofi okey. Cuma dia terkejut sedikit. Aku letak dulu ye. Kau jangan banyak fikir pulak. Sofi dengan baby okey" kata Arash sebelum menamatkan panggilan mereka.

Safiyya diselubung rasa bersalah. Kalau tidak kerana hendak menghantar makanan kepadanya, mesti Sofia baik-baik sahaja.

'Sofi, aku minta maaf!'

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now