Bab 21 🕊️

1.5K 104 7
                                    


"Alah, tak akan dapat punya. Mesti sama je macam sebelum-sebelum ni. Kalau tak pergi pun takpa, membazir duit minyak je"

Berkecai hati Safiyya mendengar kata-kata hinaan daripada Tuan Adam. Dia menggenggam erat tali beg tangan.

"Pia, meh makan dulu. Mama masak nasi goreng kegemaran Pia. Nasi goreng ayam"

Pelawa Puan Sarimah sambil mengusap lembut lengan Safiyya. Dia dengar semuanya dan dia tahu pasti anaknya sedang memendam rasa.

Safiyya senyum kelat. Dia menolak perlahan tangan Puan Sarimah dengan lembut. "Pia dah lambat, Pia pergi dulu. Assalamualaikum"

Terus Safiyya keluar daripada rumah tanpa berkata apa-apa kepada Tuan Adam dan Puan Sarimah. Lebih baik dia pergi sekarang sebelum makin sakit hatinya.

"Pia, jangan nangis nanti rosak makeup kau. Ingat, kau kena buktikan yang kau pun boleh berjaya. Semangat Pia!"

Safiyya memberi semangat kepada diri sendiri agar tidak mudah jatuh seperti dulu. Dia harus bangkit dan terus berjuang.

"Oi mak kau jatuh"

Termelatah Safiyya mendengar hon daripada kereta dihadapan rumah. Dia mengecilkan mata memandang kereta mewah itu.

'Wuu Audi R8, kereta siapa ni? Salah rumah ke?' bisik hati Safiyya.

Dengan perlahan dia bergerak menuju ke kereta tersebut.

Manalah tahu mungkin nak tanya jalan ke kan.

Dia cuba mengintai ke bahagian dalam daripada cermin tingkap. "Mak ai, bapak gelap"

Sedang Safiyya mengintai, Zaidan menurunkan cermin tingkap dengan selamba. Terkejut beruk Safiyya melihat pemilik kereta itu.

"Ya Allah, tuan Han! Terkejut saya tau tak!" marah Safiyya sambil mengusap dada. Kus semangat.

Tiada reaksi daripada wajah Zaidan. Dia hanya memandang kosong kearah Safiyya.

"Get in"

Safiyya mengerutkan dahi. "Get in apa?"

"Get in tu masuk. Masuk sekarang sebelum aku turun dukung kau" kedengaran garang suara Zaidan.

Safiyya mengecilkan mata. Lebih kepada nak menggarangkan matanya. "Kalau saya taknak jugak, tuan nak buat apa?"

Safiyya mengangkat kening berkali-kali seakan mencabar kesabaran Zaidan. Dia tidak tahu, kesabaran seorang Zaidan itu senipis kulit bawang.

Zaidan mengangguk sekali. Dia membuka tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta.

"Aku tak kisah, kau yang paksa kan" terus dia keluar daripada kereta dan mengangkat Safiyya secara tiba-tiba.

Terjerit kecil Safiyya dek kerana terkejut dengan tindakan berani Zaidan. Dia menepuk bahu Zaidan berkali-kali.

Zaidan tidak menghirau tepukan dibahunya. Dia membuka pintu di bahagian penumpang dan memasukkan Safiyya.

Kedebuk....

"Awww sakitlah!" terjerit Safiyya apabila kepala terhantuk dengan pintu kereta. Ganas betul dia ni ish!

Zaidan meletak Safiyya diatas seat kereta. Dia menggosok perlahan kepala Safiyya yang terhantuk.

"Kesian kereta aku, mesti dia sakit" katanya selamba sebelum menutup pintu.

"What? Kereta yang dia risaukan? Haih sabar orang cantik tak boleh marah" Safiyya mengusap dada.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now