"WHAT?!!"Aayden yang sedang menyedut air turut sama terkejut. Dia mengerut kening melihat wajah tegang Zaidan.
"Jaga isteri aku!"
"Aku balik sekarang!" terus Zaidan mematikan panggilan mereka.
"Asal tegang semacam ni? Apa yang berlaku?" soal Aayden.
"Safiyya dekat hospital sekarang. Aku kena balik, Den. Bini aku!" dengan laju Zaidan bangun dan berlari meninggalkan kawasan cafe.
Tinggal Aayden yang terpinga-pinga sendirian.
Zaidan terus masuk kedalam bilik dan mengemas pakaiannya dengan secepat yang mungkin. Menggigil tangannya menahan amarah yang menggunung.
'Sayang tunggu abang. Abang balik sekarang'
Dia menggalas beg pakaian dan terus berlari keluar. Aayden yang baru sahaja masuk kedalam kawasan lobi terus melempar kunci keretanya kepada Zaidan.
Sambut Zaidan dengan serta-merta.
"Bawa kereta aku. Cepat sikit kau sampai Kuala Lumpur. Hal dekat sini aku uruskan" kata Aayden.
"Thanks Den!" laung Zaidan.
Dia masuk kedalam kereta dan terus memecut laju.
Dia memakai earbud di telinga. Tangannya mendail nombor Puan Zalikha di skrin telefon.Tidak sampai beberapa saat, panggilannya dijawab.
"Yes Adan? Mama dah tidur ni" kedengaran serak suara Puan Zalikha.
"Mama, Dara dekat hospital. Tolong tengokkan isteri Adan, ma. Adan dalam perjalanan balik" ujar Zaidan dengan suara yang sedikit bergetar.
Sesungguhnya dia sangat merisaukan isteri dan anak dalam kandungan itu. Dia menggenggam kuat stereng kereta.
"Ya Allah, apa yang berlaku Adan?!"
"Nanti Adan cerita. Mama pergi hospital tengok Dara ye" balas Zaidan sebelum mematikan panggilan.
Dia terus menekan rapat pedal minyak. Nasib sangat menyebelahinya apabila lebuh raya lengang tiada kenderaan.
'Aku dah cakap, sekali kau sentuh isteri aku. Mati kau aku kerjakan. Kau cabar aku, Tuan Adam!'
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Zaidan memberhentikan kereta di lobi hospital sahaja. Dengan laju dia keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin terlebih dahulu.
"Kael! Alihkan kereta Zico!" laung Zaidan apabila melihat bayangan Khalif daripada jauh. Dia terus berlari ke kaunter.
"Baik tuan!" balas Khalif.
"Nurse, Andara Safiyya bilik berapa?"
"Sebentar ye encik, saya semak dulu. Encik ni siapa ye?" soal jururawat perempuan tersebut.
Bengang Zaidan yang sedang kerisauan itu.
"Aku suami dialah! Susah sangat ke nak bagitahu?!" jerkah Zaidan. Dia langsung tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling yang berada di lobi hospital.
Terhinjut bahu beberapa orang jururawat disitu. Kelam kabut dia menyemak nama pesakit yang dicari.
"Bilik Vip tuan. Tingkat 4, bilik VIP 03" bergetar suaranya memberitahu.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomansaHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...