Bab 23 🕊️

1.6K 115 9
                                    


"Tuan Han?"

Terkebil-kebil mata Safiyya sambil matanya terbuntang luas. Apakah ini?

Aayden menepuk dahi apabila Zaidan sendiri keluar dari tempat persembunyiannya. Kang cakap bodoh marah pula. Kurang bijak lah dia ni.

"Tuan buat apa dekat situ? Tadi tuan cakap ada kerja sikit" soal Safiyya. Matanya tidak lari daripada memandang Zaidan.

Zaidan membetulkan sedikit coat sambil berdehem. Shit! Malunya aku.

Dia berjalan menuju kearah Safiyya dan Aayden. Dia menyandarkan punggung di meja. Bersebelahan dengan kerusi yang Safiyya duduk.

"Ni lah kerja aku. Aku kena pantau cara Aayden temuduga pekerja-pekerja dia" tipu Zaidan.

Aayden menghembus nafas kasar. Dia menjuling mata keatas.

"So macam mana dengan temuduga aku tadi? Bagus ke tak?" soal Aayden menyokong Zaidan.

Ini kalau tak ada upah, memang makan peluru si Zaidan ni. Tak pasal-pasal dapat dosa menipu.

'Manja, abang minta maaf. Abang nak tolong Zaidan je. Kesian dia single' bisik hati Aayden apabila bayangan Camelia muncul difikirannya.

"Oh berkenaan dengan temuduga kau tadi. Bagus, aku suka. Kau menilai pengalaman seseorang melalui fail resume mereka. Good job bestie"

Zaidan mengenyit sebelah mata kearah Aayden. Tanda terima kasih kerana membantunya. Nasib ada kawan baik yang berguna macam si beku ni.

Aayden hanya mencebik bibir. Menyampah aku.

"Jadi saya diterima kerja dekat sini?" soal Safiyya inginkan kepastian.

Aayden mengangguk sekilas. "Esok lapor diri pukul 9 pagi dekat Diana. Dia akan tunjukkan meja kau dan perkenalkan kau dengan semua staff dekat sini"

Safiyya tidak dapat menahan diri daripada tersenyum lebar. Dia menepuk tangan kegembiraan. Tidak sabar rasanya hendak pulang.

'Pasti papa bangga dengan aku!'

"Both of you, can get out from my office. Thank you" halau Aayden. Sekarang tiba waktu untuk dia menelefon kekasih hati di rumah.

Zaidan mencebik bibir. Nak telefon bini lah tu. "Okeylah, aku gerak dulu. Jumpa lagi nanti"

Aayden bangun dan berjabat salam sebelum melagakan bahu dengan Zaidan. Biasalah salam lelaki memang macam tu.

"Terima kasih tuan Aayden kerana terima saya kerja dekat sini. Saya janji akan jadi pekerja yang terbaik untuk tuan" ucap Safiyya.

Dia bersyukur sangat-sangat sekarang ni. Tidak tahu bagaimana mahu mengungkapnya.

Zaidan membawa Safiyya keluar daripada office Aayden. Mereka berjalan seiringan ke lift di tingkat itu.

Apabila lift terbuka, terus mereka melangkah masuk kedalam. Zaidan hanya santai sambil tangannya didalam poket.

Safiyya mengemam bibir sebelum dengan laju dia memeluk Zaidan. Dia menyembam wajahnya ke dada Zaidan.

Zaidan yang tidak bersedia terus terkaku dengan tindakan drastik Safiyya. Keras kejung badannya. Mama tolong Adan!

"Terima kasih tuan Han sebab banyak tolong saya. Saya gembira sangat diterima kerja dekat sini" kata Safiyya dengan perasaan gembira.

Zaidan berdehem kecil. Jantungnya macam dah nak pecah ni. Buat pasal betul budak kecil ni.

Safiyya yang tersedar bahawa dia sedang memeluk Zaidan terus melepaskan pelukan. Dia mengundur ke belakang menjarakkan diri. Merah pipinya apabila dia terlaku lepas. 

"Er saya minta maaf tuan. Saya tak sengaja" dia menundukkan wajahnya. Malu campur takut dimarahi Zaidan kerana sembarangan memeluk lelaki itu.

Zaidan senyum kecil. Dia menolak satu jari dibawah dagu Safiyya bagi mendongakkan wajah cantik itu.

"Kau takut aku marah hm?" lembut suara Zaidan.

Safiyya memandang tepat ke mata Zaidan. Dia mengangguk kecil. Zaidan juga memandang kedalam mata hazel Safiyya.

'Her shining eyes make me crazy!' bisik hati Zaidan.

Semakin lama, wajah mereka semakin rapat. Tersentak Zaidan apabila bunyi ting menandakan lift sampai di tingkat bawah.

Dia berdehem kecil lalu menjauhkan wajah mereka kembali. Safiyya juga berpura-pura membetulkan rambutnya.

Haih pantang lalai dua ketul ni. Nak kena babap ke?

Pintu lift terbuka luas. Zaidan terus mengenggam tangan kecil Safiyya dan keluar dari lift.

Safiyya yang terkebil-kebil hanya mengikut sahaja langkah besar Zaidan. Aku ni dahlah pendek, dia jalan laju pula tu.

Zaidan membuka pintu kereta untuk Safiyya. "Masuk Dara" jemput Zaidan.

Safiyya dengan secara tiba-tiba menjungkit senyum manis. Senyuman yang membuat Zaidan angau sendirian.

Dia menutup pintu setelah memastikan Safiyya masuk sepenuhnya. Risau kang terkepit kaki anak dara orang.

Dia berlari anak masuk kedalam kereta. Dia menghidupkan enjin. Mengaum kuat bunyi kereta Zaidan.

Masing-masing yang berada di lobi terus mengalihkan pandangan memandang kereta mewah itu. Mereka tahu Zaidan adalah rakan baik Aayden dan juga pemilik syarikat perhotelan terkenal.

Zaidan menurunkan brek tangan dan memasukkan gear. Dia bergerak keluar daripada parkir dan terus meluncur laju membelah jalan.

"Tuan.." panggil Safiyya dengan lembut.

"Yes Dara"

"Kenapa tuan panggil saya Dara? Yang lain semua panggil saya Safiyya, takpun Pia" soal Safiyya. Beberapa hari dia memikirkan soal ini.

"Itu mereka, bukan aku. Aku nak jadi orang pertama dan terakhir yang panggil kau Dara. Lebih tepat, jadi satu-satunya lelaki yang panggil kau Dara" jelas Zaidan.

Dia bersedia. Bersedia untuk mengungkapkan yang dia sudah mencintai gadis ini. Dia sudah mengerjakan solat istikharah dan meminta petunjuk kepada Allah SWT.

Dan dia yakin petunjuk yang diberikan betul-betul menunjukkan yang dia sudah menyayangi dan mencintai Andara Safiyya.

"Ohhh, sweet lah tuan Han ni" senyum manis Safiyya.

'I fall in love with him' bisik hati Safiyya.

"Dara" panggil Zaidan.

"Yes?"

"Kalau aku cakap aku hadiahkan diri aku untuk kau, kau nak?" soal Zaidan dengan gementar. Takut jika Safiyya menolak cintanya. Dia tidak sanggup sakit buat kali pertama.

Terpinga Safiyya. Terkebil-kebil matanya memandang Zaidan yang sedang memandu. Zaidan suka aku?

"Tapi.."

"Takpe kalau kau dah berpunya atau kau tak suka lelaki macam aku. Aku faham. Maaf kalau kau kurang..." terhenti percakapan Zaidan apabila Safiyya menutup mulutnya.

Safiyya mengecilkan mata. "Cakap macam machine gun kenapa tuan ni? Bagi saya habis cakap dulu boleh?"

Zaidan mengangguk sahaja. Garang rawrrr.

"Saya bukan tak nak terima tuan. Tuan boleh ke terima papa saya? Saya rasa tuan tahu kan papa saya macam mana?" jelas Safiyya.

Zaidan menurunkan tangan Safiyya dibibirnya. Tak bernafas aku dibuatnya.

"Aku nak kahwin dengan kau. Bukan dengan papa kau. Aku akan dapatkan apa yang aku nak!" tegas Zaidan.

Safiyya senyum lega. Dia yakin Zaidan adalah lelaki kiriman tuhan untuknya. Untuk menjadi pelindungnya.

"Then the answer is yes. I'm yours right now" balas Safiyya.

Tersenyum lebar Zaidan. Dia merasakan seperti dia lelaki paling bahagia sekarang. Dia akan memastikan Safiyya sentiasa bahagia dan ceria bersamanya.

2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now