ENJIN kereta dimatikan sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya itu. Sudah pukul 6 petang sekarang ni. Hanya bersisa 1 jam lagi sebelum tamatnya waktu melawat. Mereka kembali ke sini pun hanya untuk menjemput Puan Hayati dan Trisya pulang ke rumah. Tak sempat ikut Sofea dan Ikhwan balik sebab sedap melantak dekat kantin hospital katanya.
Dengar-dengar, hanya Puan Nisa yang akan berjaga di hospital untuk menemani Tok Man. Sampai bila Tok Man akan dirawat disini? Mereka pun tidak tahu. Harap semuanya baik-baik sahaja.
Afina dan Adrean berjalan seiringan menuju ke ward. Dari jauh mereka boleh dengar suara-suara orang yang sedang berbual kencang. Masih adakah yang datang melawat waktu-waktu sebegini?
"Saya rasa tak sedap hati."
Afina menoleh ke sebelah, memandang pelik ke arah Adrean yang sudah berhenti melangkah. Statik dia berdiri di tengah-tengah koridor itu. Ada apa dengan dia? Tak sedap hati kenapa?
"Afina—"
"Itu pun dia. Panjang umur."
Mereka berdua menoleh ke arah sumber suara. Puan Imah dan anaknya, Dayana menjadi tatapan mata. Turut kelihatan Puan Huda yang duduk disebelah Akhmal. Akhmal pun tak balik lagi? Tunggu Afina ke?
"Pergilah. Saya tunggu sini," tutur Adrean. Dia sudah pun mahu berpaling sebelum Afina menghalang pergerakannya.
"Teman saya?" pinta Afina. Meski dia tahu Adrean tak mampu berbuat apa-apa, sekurang-kurangnya ada yang meneman di sisi. Selama Adrean ada dengan dia, dia pasti dia akan berasa sedikit tenang.
Bila lihat Akhmal ada disini, Afina gusar jika Dayana tidak tepati janji mereka. Gadis itu sangat sukar untuk dijangka. Bibirnya boleh mengukir senyuman manis, tetapi dalam otaknya pasti sudah tersusun rapi pelbagai rancangan untuk jatuhkan Afina.
"Jom."
Mereka kembali mengatur langkah. Nafas ditarik dalam-dalam, dan dihembus dengan tenang. Tak apa. Kau dah selalu hadap semua ni kan, Afina?
"Makcik..." Sapa Adrean dengan senyuman dibibir. Badannya dibongkok sedikit, tanda hormat.
"Dari mana?" Soal Puan Huda. Roti jagung yang dipegangnya disuap sedikit demi sedikit ke dalam mulut.
"Dari... kedai kopi. Minum petang sekejap."
"Seronok jadi kau kan, Afina? Sudah bawa bala pun masih boleh lagi santai mengopi. Kau sedar ke tak yang atuk kau tu tengah bertarung nyawa disebabkan kau?" Bergema suara Puan Imah di koridor itu. Orang yang lalu lalang sudah mula memberi tumpuan ke arah mereka sekeluarga.
"Maklong... Fina bosanlah dengar benda sama. Tak boleh ke Maklong doa aje yang baik-baik?"
"Aku dah puas doa, Afina. Doa biar kau saja yang mati daripada nyawa orang lain yang melayang."
YOU ARE READING
Angkara Afina [OG]
Romance↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia leb...