"AQEEL jangan laju-laju!" jerit Afina dari tempat duduknya. Dari tadi dia hanya memerhati Aqeel yang seronok bermain buaian itu. Sofea kata mereka jarang-jarang bawa Aqeel keluar bermain sebab Ikhwan yang balik kerja lewat.
Nampaknya dia kena buli dengan Aqeel lah lepasni.
Budak tu pula tak padan dengan kena gigit anjing. Lasak betul padahal luka pun tak elok lagi. Haritu bukan main beria menangis.
Jam tangan dikerling sekilas. 6:37 p.m.
"Dah puas main ke, Aqeel? Dah nak maghrib ni," tanya Afina yang sudah bercekak pinggang. Botak kepala dia nak layan perangai manja si Aqeel ni.
"Kejap lah, Kakak Fina."
"Nanti mummy Fea cari macam mana?"
"Kita tunggu Uncle Rean datang lah, Kakak Fina."
Terjongket kening Afina. Adrean? Dah kenapa nak kena tunggu dia pula?
"Kenapa nak tunggu Uncle Rean pula?" tanya Afina pelik.
"Uncle Rean kan nak bawa kita jalan-jalan. Ha! Tu Uncle Rean!" Aqeel menunjuk ke arah kereta Mercedes hitam yang baru sahaja berhenti di sebelah taman permainan. Terus Aqeel berlari mendapatkan Adrean yang baru keluar dari perut kereta.
Rasa macam Adrean dah balik Johor pagi tadi. Kenapa dia datang sini lagi? Tak kerja ke?
"Kakak Fina! Sini lah!" panggil Aqeel membuatkan Afina tersentak dari lamunannya.
"Aqeel pergi lah dengan Uncle Rean tu. Kakak nak balik." Laju Afina bersuara. Tak mahu dia hadap Adrean dengan apa yang dah jadi semalam. Sudahlah dia tiba-tiba menangis bila Adrean tinggalkan dia. Padahal dia yang tak nak Adrean teman.
Dia sendiri tak tahu apa yang dia nak.
Berkerut dahi Afina tatkala melihat Aqeel berbisik-bisik dengan Adrean. Lelaki tu pula hanya mendengar sambil mata memandang ke arah Afina. Apa pulak yang budak kecik tu nak cakap?
"Really?" Dapat Afina dengar suara Adrean itu.
Aqeel mengangguk-angguk dengan senyuman lebar dibibir. Sukar untuk Afina teka apa yang mereka bualkan.
Tak lama lepas tu, Adrean berjalan merapati Afina. Afina membetulkan jaket milik Adrean. Tak malu betul pakai baju orang. Ah! Tak kesah lah!
"Apa yang Aqeel mengumpat pasal saya?" Afina bersuara sebelum Adrean sempat membuka mulut. Buatnya si Aqeel tu mengadu yang aku menangis malam semalam, tak malu dia?
"Nothing. Hal lelaki."
Afina pandang Adrean tidak percaya. Seriously? Budak tu pun kecik lagi, apa yang hal lelaki nya?
Adrean gelak menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Tak ada lah. Aqeel mengadu dekat saya yang Fina asyik merungut cakap sakit kaki tadi. Dia suruh saya tolong dukung Fina. Fina nak?"
YOU ARE READING
Angkara Afina [OG]
Romance↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia leb...