SUDAH masuk hari keempat Afina mengalami batuk yang teruk. Sakit dibahagian kepala pula semakin melarat. Pergerakan kakinya adakala tidak seimbang. Meski sudah diajak ke klinik berkali-kali oleh Dania, dia tetap menolak dengan sangkaan dia bakal sihat dalam masa terdekat.
Dia lebih tahu kondisi tubuh badan sendiri. Memang setiap kali demam, dia tidak pernah pergi mendapatkan rawatan di klinik. Hanya ditelan beberapa biji panadol dan berehat, dia akan kembali pulih seperti sedia kala.
Tetapi lain pula kali ini.
"Adrean dah sampai. Kau nak bawa apa-apa tak? Aku tolong kemaskan."
Mata yang tadinya terasa berat untuk dibuka, langsung berubah segar saat mendengar nama Adrean disebut. Sudah lama mereka tidak berhubung. Bukan lelaki itu tidak pernah mencari, tetapi Afina sendiri yang tidak mahu diganggu. Dan dia yakin Adrean pasti tahu apa sebabnya.
"Kenapa kau suruh dia datang? Aku okay aje lah."
"Aku ni risau. Kau duduk dekat sini, semua benda tak jalan. Makan pun tak nak, pergi klinik apatah lagi. Terpaksalah aku serahkan dekat Maklang kau."
Afina menggeleng kecil seraya menarik selimut, membalut seluruh tubuhnya yang kesejukan. "Kau suruhlah dia balik. Esok lusa aku okay lah ni," katanya sebelum kembali menutup kelopak mata.
"Ayat tu kau dah cakap sejak 2 hari yang lepas. Tapi masih tak sembuh-sembuh juga. Ini kalau Marsya ada dekat sini, cair tahi telinga kau dengar dia membebel, tahu?" Dania sudah bengang. Tahu yang Afina memang keras kepala.
Kalau Afina sudah kata merah, merah lah jawapannya. Tapi dia sebagai kawan, mesti ambil langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Siapa tahu kalau Afina terkena apa-apa jangkitan? Tidak kah itu bahaya?
"Aku susahkan kau ke, Dania?"
"Bukan macam tu maksud aku." Keluhan berat dilepaskan. Gadis itu kemudiannya duduk di birai katil Afina.
"Aku risaukan kau. Tak pernah kau sakit sampai berhari-hari macam ni. Aku ajak pergi klinik pun kau tak nak. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?"
"Aku cuma tak cukup rehat. Tak ada apa lah.."
"Tak kisah lah apa pun alasan kau, aku nak kau ikut Adrean pergi klinik sekarang."
Dum!
"Penatnya hari ni!"
Terasa macam nak roboh katil Afina bila Marsya turut menghempaskan badannya ke atas katil. Buku-bukunya pula sudah dihempas ke sebelah. Langsung tubuh Afina dipeluk erat. Hanya untuk beberapa saat sebelum pelukan dileraikan.
"Harini tak panas pula badan kau. Dah sihat ke?"
"Kan aku dah kata aku okay."
"Tiba-tiba okay sebab dapat jumpa buah hati jantung pengarang kau tu ke?"
YOU ARE READING
Angkara Afina [OG]
Romance↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia leb...