Bab 5

1K 76 3
                                    

DARI subuh tadi, suasana rumah itu sudah riuh dengan karenah masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARI subuh tadi, suasana rumah itu sudah riuh dengan karenah masing-masing. Semua orang sibuk membuat apa yang patut memandangkan majlis perkahwinan Trisya bakal berlangsung tengah hari nanti.

Termasuk kalini, sudah kali ke-empat Afina menguap. Sejujurnya, dia bukanlah morning person. Lepas subuh, mesti kena tidur. Kalau tak, macam ni lah dia. Macam mayat hidup. Serius tak productive.

"Trisya, MUA kau dah sampai. Kau nak apa-apa tak? Air ke?" tanya Afina seraya bangkit dari katil Trisya.

"Boleh jugak. Buat 2," ujar Trisya. Afina hanya mengangguk sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Langkah diatur menuju ke dapur. Kelihatan banyak lauk-lauk yang tidak bertutup di atas meja. Tugas dia lah untuk tutup lauk-lauk tu. Kalau tidak, sekejap lagi ada yang kena telur lalat.

Sedang ralit Afina membuat air, datang pula Aqeel bersama telefon di tangan. Dari jauh lagi dah boleh dengar channel kanak-kanak Indonesia yang ditonton Aqeel akibat volumenya yang kuat itu. Macam nak bagi semua orang dengar.

"Kakak Fina buat air apa tu?" tegur Aqeel. Dia berdiri di atas kerusi, ingin melihat gerak-geri Afina.

"Buat air untuk Kakak Trisya. Aqeel nak juga ke?"

"Nak."

Laju Afina pandang Aqeel. Ni bukan suara Aqeel...

Adrean berjalan ke arah Afina. "Nak jugak," kata Adrean lagi. Kot-kot yang tadi kurang jelas.

Satu jelingan tajam Afina beri kepada Adrean. "Buat sendiri."

"Kalau buat sendiri, tak sedap lah. Betul tak Aqeel?"

"Betul betul betul!"

Mengecil mata Afina pandang Adrean. Kau tanya budak ni, memang semua dia iya kan.

"Ye, Fina buatkan. Pergi tunggu dekat meja sana," arah Afina. Tak selesa pula bila Adrean asyik berdiri memerhati dia.

"Taknak lah. Kot-kot Fina letak racun dalam air saya macam mana?"

"Padan lah muka."

Adrean tergelak kecil. Sekali dia bergurau, sekali juga Afina bagi. Memang taknak kalah ni.

"Nah." Segelas cawan dihulur ke arah Adrean. Segelas lagi dibawa ke arah Aqeel yang sudah meniarap di atas lantai. Dah kalau dengan telefon, memang dia rasa dia dalam dunia dia.

"Emphh..." Adrean hirup air itu. "Sedaplah," ujar Adrean. Tetapi Afina tidak menghiraukan kata-kata Adrean. Dia tu sengaja je nak kacau aku.

Afina kembali ke sebelah Adrean untuk mengambil air Trisya. Baru sahaja nak berjalan melepasi Adrean, lelaki itu bersuara.

"Majlis nanti pakai tudung lagi tau. Nampak cantik."

Membahang muka Afina. Dia tak salah dengar, kan? Adrean cakap dia cantik, kan?

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now