Bab 15

858 75 0
                                    

MEJA dilap dengan kain basah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEJA dilap dengan kain basah. Kenyang sudah perutnya dengan air tangan Puan Hayati. Akhirnya, dapat juga dia makan ayam. Oh ayam, lama sungguh kau menghilang dari pandangan mata...

"Biar je lah meja tu, Fina. Biar aunty kemas," tegur Puan Hayati.

"Tak apa lah, aunty. Bukan kerja berat pun."

Puan Hayati tersenyum kecil memandang ke arah Afina. Gadis itu benar-benar sopan dimatanya. Cantik luar dalam.

"Fina datang ni... ada juga lah kawan aunty dekat rumah ni."

"Adrith tak balik ke?" tanya Afina yang masih ralit mengemas pinggan mangkuk di atas meja. Harini kan hari Ahad, boleh outing.

"Dah nak dekat SPM ni, Uncle kamu tak bagi dia keluar. Dia suruh budak tu belajar aje dekat asrama."

"Oh... baguslah."

Mula-mula macam tak percaya juga Adrith tu budak MRSM. Sebab apa? Sebab gaya dia tak nampak macam budak-budak belajar. Kalau sebut pasal MRSM, mesti orang bayangkan muka budak-budak baik yang pakai spek mata dan hadap buku 24 jam. Tapi bila tengok Adrith ni, macam badboy sekolah yang kerjanya ponteng kelas selalu.

Tak percaya? Kena percaya juga.

Dum!

Terhinjut bahu Afina tatkala mendengar bunyi pintu rumah yang dihempas kuat. Afina menoleh sebelum anak matanya menangkap sosok tubuh Adrean yang tegap itu.

Adrean?

"Ya Allah, Adrean! Apa hempas-hempas pintu macam tu? Tercabut pintu tu nanti." Puan Hayati sudah berjalan ke arah Adrean yang kelihatan bengis. Afina juga turut mengikuti langkah Puan Hayati, tak mahu ditinggalkan.

"Uncle—"

"Eh!!" Laju Afina menarik tangan Aqeel yang sudah ingin berlari mendapatkan Adrean. No, Aqeel! This is not the right time!

"Tu. Mummy pergi tanya anak jantan mummy tu." Kasar nada Adrean bersuara. Kunci keretanya diletakkan ke atas meja.

"Ha?"

Adrith masuk ke dalam rumah dengan wajah yang tegang. Matanya tak lepas merenung tajam ke arah Adrean. Eh? Baru je cakap pasal dia tadi—

"Ya Allah, Adrith!" Wajah Adrith dibelek kasar oleh Puan Hayati. "Ni kenapa sampai lebam-lebam ni?! Siapa pukul Adrith?!"

"Tak ada apa lah, mummy..."

"Adrean, kenapa dengan Adrith ni? Bagitahu mummy."

Adrean meregangkan tali lehernya. Lengan baju kemejanya sudah disingkap sehingga ke siku. "Apa lagi, mummy? Bergaduh je lah kerja dia," ujar Adrean dengan nada yang sedikit tinggi. Dia membalas pandangan tajam adiknya itu.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now