Bab 9

921 77 4
                                    

TANGAN ralit membelek-belek ikan yang ada di pasar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN ralit membelek-belek ikan yang ada di pasar itu. Sejujurnya Afina tak makan ikan. Tapi disebabkan orang-orang dekat rumah semua makan ikan, dia kena lah ikut selera tuan rumah. Mengada pula kalau dia demand nak makan ayam je.

Satu persatu ikan Cencaru yang dipilih dimasukkan ke dalam plastik. Walaupun dia tak reti masak, tapi dia reti lah jugak nak pilih ikan yang segar-segar. Malu lah kalau semua benda tak reti. Belajar tinggi-tinggi tapi nak masuk dapur tak reti. Kan aib tu.

"Dah siap dah, Fina?" tanya Puan Hayati yang baru tiba.

"Banyak ni cukup ke aunty?" tanya Afina sambil menunjuk beg plastik yang dipegangnya. Dia tak tahu nak agak berapa banyak ikan yang kena beli.

"Si Nisa suruh beli ke?"

Afina angguk.

"Tambah lagi 3 ke 4 ekor. Dia suka simpan stok dalam peti sejuk tu," arah Puan Hayati. Afina hanya akur. Dia kena catat semua benda lepasni.

Eh? Macam nak tinggal selamanya pula dekat sini.

"Aunty punya ikan tu dah timbang ke? Meh Fina timbangkan sekali."

Plastik bertukar tangan.

"Aunty pergi cari sayur dekat sana tau?"

Afina angguk sebelum mereka masing-masing berlalu pergi. Selesai menimbang ikan, Afina berjalan ke arah peti sejuk dimana terletaknya pelbagai minuman. Rasa macam nak beli susu. Susu apa yang sesuai untuk tambah berat badan eh?

Berat badan dia sekarang 42kg dengan ketinggian 162cm. Kalau kira BMI, memang underweight. Rasa macam kena beli ubat cacing lah.

"Eh Afina?" sapa seseorang. Afina menoleh memandang seorang lelaki yang berdiri disebelahnya.

"Sorry?" balas Afina. Macam mana dia boleh tahu nama aku?

Lelaki itu tersenyum kelat. "Haziq. Kita pernah join event sama-sama waktu dekat matriks dulu." Haziq memperkenalkan dirinya apabila melihat Afina yang tertanya-tanya.

"Tak ingat sangat lah," kata Afina dengan senyuman kekok.

"It's okay. By the way... awak sorang je ke?"

"Em.. tak. Dengan makcik."

"I see. Actually saya dah lama cari social media awak. Ingat nak berkenalan tapi tak jumpa pula. Alang-alang dah jumpa ni... bila awak free? Boleh kita keluar sama-sama?"

Terkebil-kebil Afina dibuatnya. Sudahlah dia tak ingat Haziq ni siapa. Terus dia approach aku macam dah kenal lama pula. Aku ni bercakap dengan lelaki pun jarang-jarang.

Bagi tips please.

"Bila-bila pun boleh," jawab Afina.

"Sure? Kalau macam tu, sekarang lah."

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now