Bab 36

812 42 6
                                    

AFINA terduduk keletihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AFINA terduduk keletihan. Dari pagi tadi dia tak dapat nak duduk diam. Awal-awal lagi dah kena pergi pasar. Balik-balik, sambung masak pula. Ini semua ibu punya pasal lah.

Adrean tu tetamu, katanya. Jadi, macam-macam ibu nak buat untuk si Adrean. Padahal Adrean pun manusia biasa. Dia siapkan itu ini macam Adrean tu anak Raja pula. Tak menang tangan jadinya.

"Masak banyak-banyak ni kalau dia tak habiskan, siaplah," omel Afina sendirian. Sekarang sudah pukul 9:27 pagi. Tapi kelibat Akhmal dengan Adrean masih lagi belum kelihatan. Entah-entah mereka berdua masih sedap dibuai mimpi.

Semalam bukan main Adrean kata dia bukan gay. Tapi sudah nya, dia suruh Akhmal teman tidur dekat hotel pula. Ini mesti Adrean banyak baca kisah seram pasal hotel dekat PD. Itu yang dia tiba-tiba ajak Akhmal teman. Logik juga, kan?

Bila teringat pasal semalam, banyak pula persoalan yang bermain di minda. Sedikit sebanyak dia mula ingat tentang apa yang jadi. Cuma masih lagi keliru, bila semua peristiwa itu berlaku. Agaknya, kena ada bantuan kalendar dulu baru otak boleh proses. Tapi benda dah lepas, malas dia nak ambil tahu.

Cuma, Dayana...

"Afina, yang ni pergi hantar dekat acik Zura."

Kelopak mata yang baru sahaja terkatup rapat, dipaksa untuk dibuka kembali. Satu bekas tupperware menjadi tatapan mata. Betul-betul dihala tepat depan muka.

"Anak lelaki dia ada ke tak?"

"Tak tahu lah, Fina. Alah, hantar sekejap aje lepastu balik lah."

"Ibu cakap senang lah. Yang nak kena layan perangai gatal anak dia tu, Fina," rungut Afina sebelum lambat-lambat dia menyambut huluran Puan Ida. Paling malas bila kena tayang muka dekat rumah Makcik Zura.

Bukan apa, malas nak bertembung dengan anak bujang dia yang miang tak bertempat tu je.

Tepat sahaja Afina sarung selipar, kereta Mercedes Adrean sudah elok berhenti di hadapan rumah. Akhmal dan Adrean masing-masing keluar dari kereta dengan wajah yang tak bermaya. Rambut pun serabai. Entah dah mandi ke belum tu.

"Nak pergi mana?"

"Rumah acik Zura," balas Afina mendatar sambil memandang Akhmal dan Adrean bersilih ganti.

Bahu Adrean langsung ditepuk Akhmal. "Kau pergi tengok-tengokkan Fina. Aku sumpah dah hujung-hujung ni," katanya sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah. Adrean pula tak membalas, sebaliknya mengatur langkah merapati Afina yang masih berdiri tegak.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now