Bab 31

730 49 4
                                    

USAI menunaikan solat fardhu Maghrib, Adrean duduk bersila di atas sejadahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI menunaikan solat fardhu Maghrib, Adrean duduk bersila di atas sejadahnya. Masa yang ada digunakan untuk tenangkan diri. Sejak akhir-akhir ini, otaknya hanya penuh dengan gadis bernama Afina Saffiyah. Jasadnya seolah-olah telah ditakluki dengan kehadiran gadis itu.

"Ya Allah, adakah dia jawapan daripada doa-doa aku selama ini?" gumam Adrean sendirian. Nama-nama Allah SWT yang tertampal elok di dinding bilik solat itu dipandang lama, seolah-olah menanti jawapan daripada yang Maha Esa.

Dia pernah dikecewakan. Cinta pertama yang diperjuangkan mati-matian pergi begitu sahaja. Tak pernah dilupakan kekasihnya itu, sehingga detik ini. Ujian dia terlalu berat. Bagaimana kalau kisah itu berulang kembali, dan kali ini dengan Afina?

Layakkah dia bahagia untuk sekali lagi?

Bahunya yang ditepuk dari belakang membuatkan Adrean berpaling. Kelibat Qalish yang sudah lengkap berkain pelikat dipandang sekilas sebelum Adrean kembali memandang ke hadapan.

"Dah solat ke? Kalau belum, imamkan aku."

Adrean bingkas bangun. Songkok yang dipakai langsung dibuka lalu diletakkan ke atas meja. "Dah." Sepatah dia menjawab sebelum berjalan melepasi Qalish.

"Girlfriend kau dah okay ke?"

"None of your business."

"I'm just trying to be nice."

Adrean berhenti daripada melangkah. Giginya diketap kuat sebelum kembali berpaling menghadap Qalish.

"Bila kau nak pergi dari sini?"

✧༺♥༻✧

ADREAN melangkah masuk dengan tangan yang membawa satu beg plastik berisi onigiri. Sebelum pergi ke hospital, dia sempat singgah dahulu di kedai serbaneka. Adrean ada terdengar perbualan Afina dan Akhmal petang tadi. Gadis itu teringin mahu makan onigiri kerana makanan di hospital tak sedap katanya.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Mata Adrean tak berkelip melihat Afina yang masih leka menepuk belakang badan Aqeel. Kanak-kanak lelaki itu pula sudah lena dalam dakapannya. Pemandangan yang sangat indah. Tanpa sedar, bibir menguntum senyuman kecil.

"Eh.. bila awak sampai?" Soal Afina yang baru mencelikkan mata. Perlahan-lahan dia duduk dari baringannya, tak mahu mengejutkan Aqeel yang sudah lena. Ikutkan, dia juga sudah hampir dibuai mimpi.

"Baru je.."

Afina angguk faham. Selimut yang menutupi badan kecil Aqeel dibetulkan sedikit. Sejuk sangat suhu bilik ni, tak tahu macam mana Aqeel boleh tahan dengan keadaan dia yang demam sekarang.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now