TAK sempat Adrean naik ke tingkat atas, Puan Hayati sudah heret dia ke ruang tamu. Adrean pula hanya menurut dengan langkah yang berat. Apa lagi yang mampu dia buat melainkan diam dan tadah telinga. Majlis tahlil tadi pun sudah tak berupa tahlil disebabkan tindakan melulu dia. Sekarang, terpaksa lah dia terima padahnya.
"Apa lah yang kamu fikir ni, Adrean? Kenapa tak bincang dengan mummy dan daddy dulu?" Puan Hayati mengeluh panjang. Tangan sudah naik memegang tepi kepala. Kalau macam ni, bila-bila masa sahaja dia boleh pengsan disebabkan perangai anak sendiri.
"Rean tak sedar.."
"Tak sedar apa nya, Adrean? Sekarang ni, kata-kata kamu tu dah tak boleh nak tarik balik dah."
"Kalau tak boleh tarik balik pun tak apa lah, mummy."
"Habistu, macam mana sekarang ni?" Soal Puan Hayati dengan nada yang semakin tinggi. Geram betul tengok reaksi selamba anak teruna dia yang satu ini. Dalam keadaan genting macam ni pun, masih lagi tenang sedangkan semua ini berkaitan masa depan dia. Tapi lagak macam tak berperasaan langsung!
Datuk Tarmizi yang sedari tadi memerhati hanya mampu geleng kepala. Nak kata terkejut, memang terkejut. Tiba-tiba sahaja anaknya itu kemukakan hasrat mahu menikah dengan Afina. Di depan semua orang pula tu.
"Kahwin aje lah. Senang. Nak kahwin sekarang pun tak ada masalah."
"Kamu ni, Adrean. Cuba beringat sikit pasal orang sekeliling. Nak kahwin cepat-cepat, tak takut orang kata yang bukan-bukan ke? Tadi pun banyak kali mummy dengar orang bercakap pasal budak Afina tu, tahu?" Bersungguh Puan Hayati memberi tahu.
Entah bagaimana berita tentang detik hitam yang hampir menimpa Afina dahulu tersebar luas. Nasib baik Afina sudah pulang ke rumah Puan Nisa terlebih dahulu kerana kurang sihat. Kalau tidak, pasti hancur hati gadis itu saat mendengar orang-orang berkata buruk tentang dia.
"Nak fikir pasal mulut orang, sampai bila-bila pun tak akan habis, mummy."
"Memanglah. Tapi nanti orang ingat kamu tu pak sanggup. Kamu tak malu ke?"
"Terserah lah, mummy. Sekurang-kurangnya Rean tahu yang Afina masih lagi dara." Adrean mengurut kepalanya perlahan. Kalau betul dia bakal dituduh sedemikian, anggap sahaja tuduhan itu sebagai pahala yang mengalir. Mulut orang, kita tak boleh tutup.
Terbayangkan wajah Afina yang penuh dengan air mata, hati lelakinya serasa mahu turut menangis sama. Apa agaknya khilaf gadis itu sampai dilayan teruk oleh darah daging sendiri? Sungguh, hati ini tidak rela.
YOU ARE READING
Angkara Afina [OG]
Romance↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia leb...