Bab 7

998 75 1
                                    

AFINA menikmati pemandangan pada waktu malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AFINA menikmati pemandangan pada waktu malam itu. Kepala dongak memandang langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya saat itu.

"Siapa Edlina ni, aunty?" Afina memberanikan diri, bertanya kepada Puan Hayati yang sedang melipat baju-baju yang dikatakan baju arwah Edlina.

"Edlina tu menantu aunty. Isteri Qalish, abang tiri Adrean."

Afina cuba menghadam apa yang dikatakan Puan Hayati. Maknanya...

"Aunty ni isteri kedua ayah Qalish. Mak Qalish meninggal lepas lahirkan Qalish. Fina faham kan?" sambungnya lagi.

Otak masih lagi cuba memproses. Ya Allah, kenapa lembab sangat ni? Dugro mana dugro!?

"Oh macam tu..." Itu sahaja jawapan yang dia rasa valid. Tak tahu nak bagi reaction macam mana.

"Boleh Fina tahu... arwah Edlina meninggal sebab apa?"

Puan Hayati tarik nafas dalam. Wajah Afina yang jelas tertanya-tanya itu ditatapnya lama.

"Sebab Qalish."

"Afina? Dengar tak?"

Terhinjut bahu Afina. Bagaikan baru tersedar, dia pandang Adrean yang sudah elok duduk disebelahnya.

"Sejak bila ada kat sini?" tanya Afina dengan wajah yang keliru.

"Lama dah. Dia yang tak sedar. Termenung apa?"

"Tak ada apa," jawab Afina sebelum kembali dongak memandang langit.

Baru beberapa hari dia tinggal di kampung, dia rasa jiwa dia sangat selesa dengan suasana di sini. Tak sama dengan kehidupan biasanya yang hanya tinggal di asrama UKM. Kurang bergaul, tak ramai kawan, tak banyak ambil tahu pasal orang dan tak nak ambil tahu pun pasal orang. Apa yang dia buat hanya belajar.

Mungkin itu saja cara untuk dia lari dari realiti.

"Dah pilih ke baju-baju yang mummy bagi?"

"Dah."

"Lepasni pakai, tau?"

Afina buat tak endah. Baju arwah Edlina semuanya baju yang sesuai untuk menutup aurat. Jap. Dia tak cakap bahawa baju-baju dia yang sedia ada ni semua tak tutup aurat. Memang lah dia tak tutup aurat tapi baju dia tak ada lah terbuka sini sana. Ha, faham tak?

Susah lah nak cakap, kena lukis.

"Kenapa Abang Rean kesah sangat eh kalau Fina pakai tudung ke tak? Haritu suruh Trisya pakaikan tudung labuh-labuh, sekarang suruh pakai baju arwah Edlina yang bertutup-litup tu pula," tanya Afina. Memang betul pun. Kenapa Adrean nak kesah dengan apa yang dia pakai? Keluarga dia sendiri pun tak ada yang menyuruhnya memakai pakaian-pakaian yang sopan. Adrean siapa?

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now