Bab 1

3.8K 115 8
                                    

PEMANDANGAN luar tingkap tampak sangat indah dengan tumbuh-tumbuhan yang kian menghijau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PEMANDANGAN luar tingkap tampak sangat indah dengan tumbuh-tumbuhan yang kian menghijau. Ditambah pula dengan alunan lagu yang memenuhi segenap ruang kereta. Cukup untuk menggambarkan suasana riang saat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Jap. Kampung?

Sejujurnya, dia pun tak pasti destinasi yang dituju sekarang ini sebenarnya kampung atau bukan. Sebab kampung yang disebutkan ini terletak di Kuala Lumpur. Nak ikut logik, Kuala Lumpur adalah bandar. Bukan kampung. Jadi, kampung dia adalah bandar.

Pandai-pandai lah fahamkan.

"Termenung apa, Fina?" tegur Akhmal. Afina mengalihkan muka, membalas pandangan abangnya disebelah.

"Nothing," ringkas sahaja jawapan yang keluar daripada mulut gadis itu.

Akhmal mula berdecit perlahan. "Dah sampai sana nanti jangan-"

"I know," potong Afina laju. Sudah tahu apa yang bakal keluar daripada mulut lelaki itu.

Afina Saffiyah. Nama indah yang diberi oleh ibu dan ayah. Tapi kehidupan Afina tidaklah seindah namanya. Dari sini, bermulalah kisah hidup Afina, seorang gadis berusia 20 tahun yang masih tidak tahu arah tujuan hidupnya, selepas kehilangan peran seorang ayah.

Afina kembali menyumbat earphone ke dalam telinga seraya menutup kelopak matanya. Kira-kira dalam setengah jam lagi mereka bakal sampai ke destinasi. Tak pasti dia patut teruja atau sebaliknya. Kalau boleh, dia memang tak nak balik langsung ke kampung.

Bukan tak nak balik. Tapi dia cuma tidak mahu memori lamanya di kampung itu terimbau kembali. Lagi-lagi tentang arwah ayahnya. Dia... tak kuat.

Lebih kurang setengah jam melelapkan mata, Afina dikejutkan dengan rasa panas yang membahang. Dia menggeliat kecil sambil menggosok-gosok matanya yang masih terasa kuyup. Pintu kereta dibuka perlahan-lahan sebelum kelibat Akhmal yang sedang mengangkat beg pakaian miliknya menjadi tatapan pertama.

"Kenapa abang tak kejut?" tanya Afina mendatar seraya meregangkan badannya yang terasa sedikit lenguh.

"Baru je sampai. Tak sempat kejut pun lagi."

Beg pakaian dihulur ke arah Afina.

"Pergi dulu. Abang nak pergi parking kereta," sambung Akhmal lagi.

Afina mengeluh dalam diam. Satu perkara yang dibenci Afina; berjalan daripada hujung lorong untuk pergi ke rumah makciknya sambil diperhatikan oleh penduduk setempat. Tak boleh nak parking kereta dekat depan rumah sebab meja dan kerusi sudah siap disusun di bawah khemah. Terpaksalah dia berjalan.

Terpaksa.

Untuk mengelakkan dia dengar bunyi tikus miang sepanjang jalan, Afina menguatkan volume lagu pada earphone nya. Tak asing lagi dengan perangai anak-anak teruna dekat sini. Melepak atas motor ramai-ramai sambil usha orang lalu-lalang. Mungkin mereka berfikiran bahawa mereka nampak cool, tapi sebenarnya nampak bodoh dan annoying nak mampus.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now