Bab 30

710 48 0
                                    

MATA dipaksa untuk celik perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA dipaksa untuk celik perlahan-lahan. Cahaya daripada lampu bilik itu menyilaukan mata, terpaksa dihalang menggunakan tangan yang elok dicucuk branula. Seketika otak cuba mengenal pasti dimana keberadaannya di kala ini.

Bunyi pintu bilik yang dibuka dari luar mendapat perhatiannya. Kelibat Akhmal dan Adrean yang berjalan masuk membuatkan Afina perlahan-lahan dihuni rasa keliru. Macam mana dia boleh terlantar di katil hospital ini?

"Serabut lah kepala aku, Rean. Apa je yang aku boleh buat?"

"Sekurang-kurangnya kau percaya lah adik kau."

Sipi-sipi Afina mendengar perbualan mereka yang semakin menghampiri katilnya. Masing-masing masih belum sedar yang Afina memerhati mereka sedari tadi. Rambut dan baju mereka kelihatan sedikit basah, mungkin baru selesai solat. Pukul berapa sekarang ni?

"Mal..."

Pandangan Afina dan Akhmal akhirnya bertembung, membuat abangnya itu bergegas mendapatkan Afina. Dengan penuh berhati-hati Akhmal menyelak rambut Afina kebelakang, risau terkena bekas jahitan di kepala Afina.

"Fina okay? Ingat abang tak?"

Dahi Afina hampir berkerut sebelum dia terasa sakit di bahagian kepala sebelah kirinya. Tangannya naik menyentuh balutan di kepala. Dia tercedera?

"Kenapa.. kepala Fina sakit? Fina terjatuh ke?"

"Fina tak ingat?"

"Ingat apa?"

Persoalan Afina membuatkan Akhmal dan Adrean saling berbalas pandangan. Afina keliru ditempatnya. Adrean pula sudah menggeleng kecil, umpama memberi isyarat kepada Akhmal.

"Ada pendarahan.. dalam otak Fina. Fina terhantuk 2 hari lepas."

Mata dikebil beberapa kali. 2 hari lepas? Bermakna, dia sudah tidak sedarkan diri selama 2 hari? Tak akan lah terhantuk saja boleh pengsan selama 2 hari. Berita seperti apakah ini? Atau... dia salah dengar?

"Jangan main-main lah. Baru tadi Abang Rean..." Afina terdiam seketika atas refleks otaknya sendiri. Wajahnya berkerut saat teringatkan peristiwa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

"Selamatkan Fina?" Afina menyambung ayatnya dengan rasa keliru. Bukankah baru sahaja tadi Adrean membawanya keluar dari kawasan kelab malam itu?

Dia yakin dia tak salah, kan?

"Apa Fina cakap ni?" Soal Akhmal. Pandangan pelik dia beri. Adakah ini kesan daripada hentakan yang dialami adiknya tempoh hari seperti yang dijelaskan doktor? Atau Afina hanya sekadar berkhayal?

"Aku pergi panggil doktor sekejap." Pamit Adrean. Matanya juga seakan-akan tak lepas memandang ke arah Afina sebelum dia berjalan keluar.

"Fina mimpi ke?" Sekali lagi Akhmal menyoal, inginkan kepastian.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now