Bab 12

882 74 8
                                    

BUNYI kipas siling memecahkan kesunyian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI kipas siling memecahkan kesunyian. Afina berdiri sambil merenung ke arah Puan Imah yang duduk di atas sofa. Menyesal juga sebab tak ikut mereka yang lain keluar tadi. Sekarang dia kena hadap Maklong dia pula.

"Maklang keluar. Dia pergi beli barang," kata Afina.

"Kalau dia tak ada pun kenapa? Aku tak boleh datang sini?"

Afina menghela nafas berat. "Maklong nak air?" tanya Afina. Dia masih cuba untuk melawan rasa benci yang tersemat di dalam hatinya.

"Tak payah. Entah apa nanti yang kau letak dalam air aku. Silap-silap aku mati ikut ayah kau."

"Maklong jangan kurang ajar eh? Maklong jangan ingat Maklong lebih tua dari Fina, Maklong boleh cakap sedap hati Maklong je," tegas Afina bersuara.

"Oh, sekarang kau dah berani melawan aku?" Puan Imah berdiri dari duduknya. Dia melangkah mendekati Afina tetapi Afina sedikit pun tidak berganjak.

"Apa? Maklong nak pukul Fina sama macam apa yang Maklong buat dulu?"

Puan Imah memandang Afina atas bawah. Tak sangka juga anak buahnya itu sudah pandai melawan. Tak berani dia nak kata lebih-lebih. Silap haribulan habis Afina beritahu semua orang.

"Haritu Makngah kau kata... ada orang letak tangkal dalam rumah ni." Puan Imah berkata sambil memerhati sekeliling. "Dah elok ke muntah darah kau tu?" sambungnya lagi.

"Elok lah juga. Mungkin orang yang hantar 'benda' tu pulak yang tengah muntah darah sekarang ni." Selamba Afina menjawab tetapi Puan Imah nampak tenang sahaja.

"Baguslah. Nasib baik kau yang kena, bukan orang lain."

Tercengang Afina dengan balasan Puan Imah. Tak mampu untuk dia berkata-kata. Nasib baik? Patut ke seorang Makcik cakap macam tu dekat anak buah sendiri? Dia memang nak aku mati ke apa?

"Kau tahu ke siapa yang letak?" sambungnya lagi.

"Kenapa? Maklong tahu ke? Atau... Maklong takut orang tahu?"

"Engkau ni—"

"Imah! Apa kau buat tu?" Sergah Tok Man yang baru balik. Cemas Puan Imah menarik kembali tangannya yang tadi sudah di angkat tinggi ingin menampar Afina.

"Mana ada Imah buat apa-apa." Puan Imah menjeling Afina seraya berjalan melepasinya. "Nisa mana, abah?" tanya Puan Imah sengaja ingin mengalihkan perhatian Tok Man.

Pandai berlakon.

"Ada tu tengah angkat barang," jawab Tok Man. "Ha, Afina. Adrean ada datang tak tadi?" tanya Tok Man kepada Afina.

"Tak ada pula. Kenapa, Tok?"

"Atok ada minta dia hantarkan barang memancing Atok. Dia terlupa agaknya. Cuba Afina telefon dia."

"Tak apa lah, Tok. Biar Fina pergi rumah dia," kata Afina laju. Ini sahaja peluang dia untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan diri dari Puan Imah. Entah apa-apa yang perempuan tu akan cakap nanti semata untuk tambah rasa sakit hati Afina. Daripada dia tadah telinga, baik dia lari.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now