TANGAN Afina langsung jatuh ke atas peha. Mata memandang ke arah Adrean yang sedang berjalan merapati bangku yang mereka duduk. Rambutnya yang terjuntai sempat lagi diraup kebelakang. Gaya dah macam dalam drama. Apa dia ingat ini cerita hindustan ke sampai nak muncul tiba-tiba macam ni?
"Lah. Tak balik lagi?"
Adrean senyum segaris. "Malas lah, mummy. Rean kerja dari rumah je lah," jawabnya.
Dia terus menoleh ke arah Afina. Tatapannya biasa, seolah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka beberapa jam yang lepas. Mungkin dia tak mahu masuk campur.
"Kenapa Afina telefon?"
"Aunty..." Jari telunjuk Afina naik sedikit menunjuk ke arah Puan Hayati disebelah. ".. yang suruh."
"Abang Rean, Fina ni cantik tak?" Soalan yang diaju dengan tiba-tiba itu membuatkan Afina spontan menekup mulut Trisya di sebelah. Membulat mata Afina.
Ini dah kenapa pula?!
"Tadi kau kata kau tak boleh bercakap dengan lelaki selain daripada suami kau, kan? Sekarang kenapa kau boleh keluarkan suara kau untuk tanya soalan mengarut tu dekat dia?" Keras nada Afina, menahan suaranya daripada didengari Adrean. Betul-betul nak tempah maut Trisya ni.
"Aku nak tolong kau ni, Fina!"
"Aku tak suruh pun!"
Tangan Afina ditolak daripada terus menutup mulutnya. Lipatan tudung bawalnya dibetulkan sedikit. Sudah senget-benget jadinya. Nasib dia pakai bawal, kalau pakai shawl? Memang dia lilit shawl dia dekat leher Afina.
"Abang Rean, aunty.. Fina ni rajin bangun tahajjud. Boleh berdikari, sopan, pandai, pakej dekan setiap semester. Kalau Abang Rean kahwin dengan Fina, mesti Fina dapat hasilkan anak yang pandai lagi bijaksa— Aduh!!" Trisya mengaduh kesakitan saat pehanya dicubit Afina. Digosok-gosok pehanya yang berlapis dengan skirt itu. Padu betul cubitan Afina. Tak potong kuku ke apa?
"Ha... Puas dah kau mengarut, Trisya?" Soal Afina bernada geram. Bukan dia tak nampak dari tadi Adrean memandang ke arahnya. Nanti lelaki tu ingat Afina pula yang suruh Trisya cakap macam ni. Jatuh lah reputasi dia nanti kalau gaya dah macam perigi mencari timba. Mana dia nak sorok muka?!
"Belum. Bagi aku sambung." Trisya berdehem, membasahkan tekaknya. Afina sudah meraup wajahnya kasar. Tak percaya dengan perangai sepupunya yang satu ini.
Ya Allah, adakah dia sedang dizalimi sekarang ni?
"Lepastu aunty..." Trisya pusing badannya menghadap Puan Hayati. "Fina ni reti buat kerja-kerja rumah. Maklumlah, dari kecik lagi dia dah reti pegang penyapu. Jadi, aunty tak perlu risau. Rumah aunty nanti, Fina boleh kemas. Rumput dekat halaman rumah aunty pun Fina boleh lap sehelai demi sehelai. Tapi itulah..." Nada Trisya mula perlahan. Afina sudah pegang tepi kepala, menanti kata-kata Trisya yang sudah semestinya akan memalukan dia.
YOU ARE READING
Angkara Afina [OG]
Romance↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia leb...