Bab 32

911 54 7
                                    

LENGAN baju yang sedikit panjang dilipat sehingga ke pergelangan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LENGAN baju yang sedikit panjang dilipat sehingga ke pergelangan tangan. Dia sudah tidak lagi memakai baju hospital, menandakan dia sudah dibenarkan pulang. Teruja? Tak pasti. Rasanya biasa-biasa sahaja.

Balutan di kepala juga sudah dibuka. Cuma bahagian kepala yang dijahit sahaja yang kelihatan sedikit botak. Terpaksa ditutup dengan rambutnya. Mujur rambut dia tebal.

Dania dan Marsya rancak berbual dengan Sofea. Berita tentang Afina baru sahaja diterima mereka subuh tadi, itu pun sebab Dania yang telefon. Pelik sebab Afina tak balik bilik sudah 2 hari katanya. Ingatkan mereka mahu datang melawat, tahu-tahu tuan badan dah boleh balik.

Adrean pula? Afina pun tak pasti lelaki itu ke mana. Mungkin tolong Tok Man juga kot. Nasib baik lah mereka sama-sama boleh pulang hari ini. Kalau tidak, pasti Maklang pula yang harus menjaga dia di hospital.

Afina... kenapalah kau selalu susahkan orang lain?

"Dah siap dah?" Soal Sofea sebaik sahaja Afina menapak keluar dari wad itu.

"Dah.. Siapa yang bawa kereta?"

"Ha.. itu yang Kak Fea nak tanya. Fina nak cuti lagi ke nak balik U ikut kawan Fina?"

Afina pandang Dania dan Marsya bersilih ganti. Masing-masing hanya tayang wajah tak bermaya. Penat baru habis kelas lah tu.

"Fina balik U lah."

"Kau sure ke Pina? Kalau rasa masih nak rehat, cuti sajalah. Jangan paksa diri," ujar Marsya. Semua benda sudah pun diceritakan oleh Sofea. Kalau macam ni, dia pun naik pening. Nanti Afina tanya soalan macam-macam dekat dia, tak menyanggup pula dia nak jawab.

Sebelum ni sudahlah Afina memang berfikir di luar kotak. Kalau sekarang? Mungkin dia sudah upgrade berfikir di luar sistem solar. Bukan tak rela, tapi.. ah peduli lah!

"Aku cuma lupa sikit-sikit je. Bukannya tak boleh nak hidup langsung. Kau suruh aku rehat macam aku sakit kronik pula," balas Afina. Dia pun dah cukup rehat dah. Sekarang, kembali bersedia untuk hidup seperti biasa.

Life must go on.

"Suka hati kau lah, Pina. Yang penting aku dah tolong sign kehadiran kau untuk semalam dan harini."

Afina tersenyum lebar. Memang itu pun yang dia jangka. Marsya memang partner in crime dia walaupun dia bukan ponteng saja-saja sekarang ni.

"Kak Fea.. Abang Rean mana? Fina tak nampak dia pun?" Soal Afina kepada Sofea. Matanya tercari-cari kelibat Adrean di sekitar koridor itu, kot-kot terjumpa.

"Adrean dah balik rumah dah. Dia tak ada bagitahu Fina ke?"

Afina menggeleng perlahan. "Tak ada pun. Fina bangun-bangun pagi tadi memang dia dah tak ada," katanya bersama juihan di bibir. Yang ada, hanya Aqeel bersama hingus yang meleleh. Agak kecewa juga lah bila Adrean pergi begitu sahaja tanpa sebarang kata.

Angkara Afina [OG]Where stories live. Discover now