Dream and Love

5 0 0
                                        

Sebulan telah berlalu sejak Crypstar Fortress dinobatkan sekali lagi sebagai juara dunia. Dengan kemenangan berturut-turut selama empat tahun, nama mereka telah terpahat sebagai pasukan e-sukan terbaik dunia. Dari Dubai ke Monaco, Monaco ke Indonesia, dari Indonesia ke Seoul, tiada satu pun pasukan yang mampu menggugat kehebatan mereka.

"Guys, we are not only a team," kata Coach Starlash, seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan yang penuh karisma, ketika mereka berkumpul di ruang utama gaming house mereka. "We are now a legendary."

Sorakan kedengaran dari seluruh pasukan. Solaris, pemain midlane yang terkenal dengan strategi agresifnya, mengangkat tinju ke udara. "Crypstar Fortress will forever be on top!"

Kensuke, pemain utama yang bertugas sebagai marksman, hanya tersenyum kecil. Sebagai tulang belakang pasukan, dia tahu kemenangan ini bukan datang dengan mudah. Setiap hari dipenuhi dengan latihan intensif dan analisis strategi lawan. Namun, di sebalik senyuman itu, ada keresahan yang menghantui.

"Now, we have big news!" Coach Starlash berkata sambil mengangkat sekeping kertas dengan logo turnamen e-sukan terbesar Jepun. "We are in the list of Tokyo International Championship next month!"

Sorakan lebih kuat memenuhi bilik. Tournament ini adalah salah satu kejohanan yang paling berprestij, dengan hadiah wang tunai dan reputasi yang tidak ternilai.

"We will be in Japan for three weeks," sambung Coach Starlash. "But before that, we will have incentives training back to our gaming house for a month."

Kensuke tersentak. A month? Dia menoleh ke telefon bimbitnya di meja. Dia teringat perbualannya dengan Catlyn, tunangnya, hanya beberapa minggu lepas. Catlyn telah menempah tiket ke Perth untuk ulang tahun keempat hubungan mereka. Ia sepatutnya menjadi percutian romantis, jauh dari tekanan e-sukan.

Namun, kini semua itu kelihatan semakin mustahil.

Selepas mesyuarat tamat, Kensuke duduk di biliknya sambil memandang keluar tingkap. Hatinya bergolak. Dia tahu betapa pentingnya tournament di Jepun untuk pasukan mereka, tetapi dia juga tahu betapa bermaknanya percutian itu untuk hubungannya .

Telefon bimbitnya berbunyi. Mesej dari Catlyn muncul di skrin.

Catlyn: "Baby, I'm sooo excited about our anniversary trip to Perth. It's all nicely prepared. We will be away from this hectic world. Just you and me."

Kensuke menggenggam telefon itu. Bagaimana dia harus memberitahu Catlyn bahawa dia mungkin tidak dapat pergi?

"Bro, kau ok ke?" Flame menyapa dari pintu bilik.

Kensuke menoleh. Flame, seperti biasa, penuh dengan aura santai. Dia masuk tanpa diundang dan duduk di kerusi berdekatan.

"Catlyn?" Flame bertanya sambil tersenyum sinis.

Kensuke hanya mengangguk. "She booked the ticket to Perth for our anniversary. But, you know right.. we are going to Japan..."

Flame menggeleng kepala. "Kens, I know you love her. But... this is Japan, Kens.. Our biggest tournament. Our team need you."

Kensuke tahu itu. Tetapi mengetahui tidak membuat keputusannya lebih mudah.

*****

Hari demi hari berlalu, dan tekanan semakin memuncak. Di satu sisi, Coach Starlash semakin menekankan pentingnya persiapan untuk kejohanan. Latihan selama berjam-jam setiap hari, analisis permainan lawan, dan simulasi strategi menjadi rutin harian mereka.

Semalam Kensuke dan Catlyn bertikam lidah lagi membuatkan Kensuke melarikan diri ke gaming house lebih awal dari tarikh sepatutnya. 

"What do you mean? Tournament in Japan??" soalnya, suaranya dipenuhi dengan nada tidak percaya. Hatinya berdegup kencang, merasakan kemarahan mula menyala. "Kensuke, that is the date we should be going to Perth! We have planned it earlier than that tournament date!"

Kensuke menggaru lehernya yang tidak gatal. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak confront Catlyn tentang hal tersebut. Serba-salah dibuatnya. "I know, Baby. I just can't let go this one.. Everybody must be there. No exception."

Rasa marah Catlyn semakin membara. "So, are you telling me that you are ready to let me go?"

Kensuke mendekat, nampak panik. "No, baby.. Of course no.. We can reschedule the trip to Perth once I'm done with the tournament. Please, this is the biggest tournament.."

"Then?" Catlyn hampir menjerit. "And what about the program that I have booked for us?! It's not easy Ken!" 

Kensuke terdiam, kegelisahan di wajahnya jelas. 

Catlyn berbalik, air mata mulai merembes di pipinya. 

"Baby.. please.." Kensuke segera mendapatkan Catlyn.

Tangan Kensuke ditepis. "No, don't touch me!" Catlyn berlari anak mendapatkan beg tangannya dan segera melangkah keluar dari bilik.

Bunyi dentuman pintu utama kedengaran dengan jelas. Dari langsir nipis bilik itu, Kensuke dapat melihat kereta Toyota Camry berwarna silver meluncur keluar dari kawasan apartment mereka. 

Kensuke mengeluh berat. Dia buntu. Keadaan kini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Serba salah. Hubungan mereka yang semakin membaik meretak semula gara-gara berita tournament di Jepun.

Dia mendail nombor telefon Catlyn. Panggilan tidak dijawab. Beberapa kali Kensuke mencuba lagi namun panggilan masih tidak berjawab.

Akhirnya dengan rasa geram dan kecewa, Kensuke meluru keluar dari rumah.

Dia marah terhadap apa yang terjadi. Dia kusut. Crypstar Fortress adalah dimana dia mampu menjana income yang besar. Mana mungkin dia mengundur diri dari tournament yang akan datang?

Dia faham kalau Catlyn kecewa dengan berita tournament itu kerana tarikhnya bertindih dengan tarikh percutian mereka ke Perth.

Namun dia mahu kalau Catlyn juga faham sekiranya, untuk sekian kalinya, sepertimana dia memahami tugasan Catlyn walaupun berat hatinya untuk membenarkan Catlyn seringkali bertugas ke luar negara.

Kensuke memandu tanpa arah. Hujan renyai-renyai mula turun, menambah suram pada hatinya yang sedia kelam. Wajah Catlyn bermain-main di matanya.

Marah, kecewa, dan terluka. Dia tahu, bukan hanya tentang percutian. Ia lebih daripada itu.

Catlyn sudah terlalu lama menunggu masa untuk mereka berdua. Masa yang bukan dipenuhi bunyi keyboard, suara streamer, atau jadual latihan kompetitif. Dia janji.

Dia sendiri yang cadangkan Perth, tempat impian mereka sejak mereka menjalinkan hubungan. Kini dia sendiri yang mengkhianatinya.

4x4 berwarna hitam gagah perkasa Raptor milik Kensuke berhenti di tepi jalan. Dia menutup mata sambil menyandarkan kepalanya di stereng. Dia tahu dia harus memilih.  Tapi memilih bukan soal melepaskan satu impian untuk yang lain. Ia soal siapa yang sanggup bertahan bila impian menjadi nyata.

Dia menatap skrin hpnya. Kali ini dia tidak menelefon ataupun menaip mesej. Dia hanya menunggu Catlyn membalas mesejnya.

*****

Sementara itu, Catlyn memandu menuju ke sebuah hotel. Dia bercadang untuk bermalam disitu untuk beberapa malam kerana dia tidak mahu kembali ke apartment kediamannya bersama Kensuke.

Air matanya tidak berhenti mengalir. Dalam genggaman eratnya ada dua tiket penerbangan ke Perth dan satu brosur hotel tepi pantai yang sudah dilipat separuh.

Dia membuka mesej WhatsApp Kensuke. Ada 13 missed calls. Tiada satu pun dibalas. Dia hanya menaip satu mesej:

"I just needed you to choose us this time."

Tangannya menggigil saat menekan butang hantar.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now