Bleeding Heart

2 0 0
                                        

Dua minggu berlalu, Zuri hidup dalam teka-teki yang diciptanya sendiri.

Dia masih tidur di sisi Dean, masih menikmati sarapan pagi bersama, masih membalas senyumannya setiap kali mata mereka bertaut tetapi semuanya terasa seperti lakonan yang perlahan-lahan melelahkan jiwa.

Di ZenGym, dia cuba menyibukkan diri. Mengatur jadual pelanggan, menyusun semula strategi pemasaran, dan memantau setiap sen yang masuk dan keluar. Tetapi fokusnya sering terganggu terutamanya bila Amberlee muncul di fikiran. Gaya Amberlee yang terlalu “sempurna”, terlalu cepat membalas mesej Dean, terlalu mudah untuk sentiasa ada di sisi suaminya.

"Hey," lamunannya terhenti apabila Brent menyapanya dari pintu pejabatnya yang tidak bertutup dari tadi "Wanna spill the beans?"

Zuri mengeluh panjang. "I don't know what to feel. I think this heart bleeding so bad right now," jawab Zuri sambil menunjuk dadanya.

"Do you find something that you can say to affirm to what you feel?" Soal Brent.

Zuri menggelengkan kepala. "No, not yet but I feel heavy,"

Brent memandang Zuri seketika. Dia kasihan melihat majikan nya dalam keadaan kusut dan bercelaru.

Meja pejabatnya berselerak dengan kertas dan fail-fail membership dan buku nota pun entah apa yang dia tulis sejak dari tadi.

Zuri tidak pernah begitu. Dia bukanlah jenis yang cepat mengalah dan orangnya sangat optimistik.

Brent melabuhkan punggungnya di kerusi berdepan dengan meja majikannya. Pandangannya masih melekat di wajah wanita yang pernah mencuri hatinya dahulu.

"He still texting her?"

Zuri mengangguk. "Friendly chats but mostly about work so I have no strong evidence to say they have an affair,"

"So stop overthinking. It steals your joy. Do you want me to help in anything about that? Maybe checking on Amberlee's profile," Brent juga adalah bekas pelajar terbaik di kolejnya sepuluh tahun lalu dalam bidang IT. Sekarang dia tidaklah sehebat dulu dalam mencari maklumat dengan cara online hacking tetapi skill dia masih boleh pakai.

"How?" Tanya Zuri.

"Her email. I only need her email address," jawab Brent.

"Will it help to stop my overthinking?"

"At least you do something to quiet your mind. Mostly emails stored important things," jawab Brent lagi.

Zuri mencoret sesuatu di kertas. "This is her email address. I interviewed her 2 months ago," dia menekan skrin hpnya dan kembali menulis di kertas dihadapannya. "So I have some of her personal details like phone number, email address and home address, even bank account number,"

Kertas itu disambut Brent. Ada dua details ditulis atas kertas itu. No hp dan email address Amberlee.

Brent mengangguk. "This should be enough. Give me time to track things out for you.. meanwhile, please- take care of yourself,"

Zuri mengukir senyum tawar. "I try my best. Thank you, Brent,"

Brent mengangguk. "Don't try. You must," kata Brent sebelum meninggalkan Zuri bersendirian dalam pejabatnya.

Zuri menarik nafas lega. Buat masa ni, hanya Brent yang boleh dia percaya. Mungkin kerana dia sudah lama mengenali Brent dan Brent memang jujur orangnya. Brent juga agak matang dalam hal-hal begini.

Dia tidak mengharapkan apa-apa dari Brent andai kata dia tidak menemukan apa-apa maklumat yang Zuri inginkan. Dia hanya berharap Brent bekerja lebih lama dengannya kerana setakat ini, Brent saja yang setia dan peneman Zuri bahkan Zuri sudah banyak berkongsi cerita dengan Brent.

Fail di atas meja disusun semula. Sebuah folder terjatuh ke lantai. Dengan segera dia mengambil folder tersebut.

Matanya tidak berganjak dari nama pelanggan GymZen yang telah dimasukkan ke dalam senarai peserta yang enrolled dalam promo package free yang berlangsung dua bulan lepas.

Kyle Skyler @ Kensuke

Ahh, that charming young man. Kensuke, hanya nama itu yang dia tahu. Lelaki itu muncul seperti bayangan, tinggi lampai dengan susuk tubuh atletik yang disembunyikan di bawah baju T longgar, berusia lingkungan 27 tahun. Rambutnya ikal, hitam pekat, jatuh melepasi tengkuk dan seringkali disisir ke belakang oleh jarinya.

Matanya? Redup, seolah-olah menyimpan seribu rahsia yang hanya menunggu masa untuk dibongkar, namun pada masa yang sama memancarkan kilauan tajam yang menarik perhatian.

Tiada siapa boleh menafikan ketampanannya; rahangnya yang tegas, hidungnya yang mancung, dan senyumannya yang jarang terukir namun mampu mencairkan hati sesiapa saja.

Semasa di Morocco, sehari sebelum kembalinya Kensuke ke tanah air, Zuri terperangkap dalam tatapan mata redup Kensuke. Entah kenapa, tetapi Zuri mengaku dia tewas apabila menatap mata Kensuke. Bukan tewas dalam kekalahan, tetapi tewas dalam pengertian menyerah kepada sesuatu yang tak dapat dia fahami, sesuatu yang begitu dalam dan misteri sehingga dia merasa seperti ditarik masuk ke dalamnya.

Itulah kali pertama Zuri merasakan debaran aneh yang belum pernah dialami sebelum ini, hanya dengan satu pandangan. Dan pada hari itu juga adalah hari terakhir dia bersua muka dengan gamers yang bernama Kensuke.

Oleh kerana Zuri masih terperangkap dalam dilema yang sangat dalam, dan kehadiran Kensuke ketika itu hanya menambahkan lagi kekeliruan. Sejak pertemuan mata yang tak terduga itu, bayangan Kensuke seringkali berlegar dalam fikirannya.

Namun, Zuri cepat-cepat menepisnya, menganggap semua itu hanyalah syok sendiri. Mana mungkin ada apa-apa perasaan istimewa yang akan terjalin di antara mereka? Kensuke hanyalah kenalan paling muda yang dia kenali setakat ini, dan perbezaan di antara mereka terasa sangat jauh.

Maka, Zuri memutuskan untuk tidak melayan fikiran bodohnya itu. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa perasaan itu tidak masuk akal. Tak mungkin juga Kensuke menyimpan sebarang perasaan terhadapnya, hanya kerana pandangan mata mereka bertemu dan lidah menjadi kelu seketika.

Tak mungkin. Itu hanyalah satu kebetulan, bisik hati kecil Zuri berulang kali dan kejadian penemuan mesej Amber dan Dean telah menutupi segala rasa hati Zuri.

Sejak itu, fikirannya hanya tertuju kepada pembongkaran rahsia disebalik mesej-mesej antara Dean dan Amberlee.

Deringan pada telefon bimbit menghentikan lamunannya. Nama Dean tertera pada skrin.

Dengan segera Zuri menjawab panggilan suaminya.

Zuri: Yes, Dean..

Dean: Syg, I will be late tonight. I have an extended meeting with Sir Liam regarding the mega project--

Zuri: Ok. Just-- take care. I will be home soon.
Zuri melirik jam tangannya. Pukul 7 malam.

Dean: You still at the gym?

Zuri: Yup. Will leave soon.. how about dinner?

Dean: Uhm-- don't wait for me. I will have packed food in the office. Amber ordered some food for me just now.

Zuri mengerling. Degupan jantungnya kembali berdegup kencang. Dia menjadi sangat anti dengan nama itu. Perasaan bercampur baur setiap kali nama itu disebut oleh suaminya.

Dean: So, don't wait for me ya syg. I might be very late..

Zuri tidak segera menjawab. Bermacam macam anggapan bermain dibenaknya.

Dean : Syg..

Zuri: What time are you coming home later then?

Dean : Not sure. I just hope the meeting end fast.

Zuri mengeluh.

Dean: See you later syg..

Tanpa membalas Dean, Zuri terus mematikan panggilan. Dia segera mengemas fail-fail tadi kecuali fail Kensuke, ditinggal diatas meja.

Tanpa menunggu lama, Zuri keluar dari ZenGym dan terus memandu pulang ke rumahnya.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now