Leaving The Squads

1 0 0
                                        

Mesej dari Catlyn menikam hati Kensuke bagai belati tajam. "I just needed you to choose us this time." Setiap perkataan menusuk terus ke jantungnya.

This time.

Itu bermakna dia sudah banyak kali tidak memilih mereka. Hujungnya, selalu sahaja impiannya yang diutamakan.

Kensuke mengangkat kepalanya dari stereng. Hujan di luar semakin lebat, seolah mencerminkan kekacauan dalam jiwanya. Dia mengeluarkan telefonnya, jarinya laju menaip mesej, membalas mesej Catlyn yang belum berbalas setengah jam yang lalu.

"Cat, please. It's not that simple. You know how important this tournament is for me. This is my last shot."

Dia berhenti seketika. "No, this is not good enough," Kensuke berbisik pada dirinya. Dia memadam mesej itu. Apa yang Catlyn mahu bukan alasan, tapi kepastian. Kepastian bahawa dia penting.

Dia tahu bagaimana Catlyn kecewa dengan berita tentang tournament itu kerana tarikhnya bertindih dengan tarikh percutian mereka ke Perth.

Namun dia mahu Catlyn juga faham, sebagaimana dia memahami tugasan Catlyn berkali-kali, meskipun berat hatinya untuk membenarkan Catlyn sering bertugas ke luar negara.

Dia menarik nafas dalam-dalam, udara di dalam Raptor hitam miliknya terasa tebal dengan bau hujan dan keputusasaannya sendiri.

"Okay, Kensuke. Be honest. Choose," bisiknya pada diri sendiri.

Dia membuka kalendar telefonnya. Tarikh kejohanan itu terpampang jelas. Ia adalah yang terbesar dalam kerjayanya, yang telah diidamkan selama bertahun-tahun kerana tournament MOBA dari Jepun itu adalah tournament terbesar dalam sejarah e-sport.

Tapi kemudian, dia teringat wajah Catlyn, matanya yang penuh harapan ketika mereka menempah tiket, kegembiraannya tentang hotel tepi pantai.
Dia menaip mesej lain, perlahan-lahan kali ini, setiap perkataan terasa begitu berat.

"I’m sorry, baby. I messed up. I'll call the organizer right now. I’m pulling out of the tournament. I choose us."

Tangannya terhenti di butang hantar.

Untuk menarik diri?

Setelah semua latihan ini?

Semua pengorbanan?

Ini adalah puncak kerjayanya. Impiannya selama ini. Dia membayangkan rakan-rakan sepasukannya, jurulatihnya. Semua yang telah mereka laburkan.

Kensuke memejamkan mata. Otaknya serabut, hatinya koyak-rabak. Adakah ini benar-benar yang dia mahu? Melepaskan impiannya? Atau adakah ini untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih penting, sesuatu yang mungkin akan hilang selamanya?

Dia membuka matanya, ketetapan hati mengeraskan pandangannya. Tiada jalan kembali sekarang.

Jarinya menekan butang hantar. Mesej itu pergi. Mesej yang mengubah segala-galanya.

Tidak sampai seminit kemudian, telefonnya berdering. Nama Coach Starlash terpapar di skrin.

Kensuke menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk menghadapi apa yang bakal berlaku.

"Kensuke! Are you out of your mind?!" Suara Coach Starlash bergema di corong telefon, penuh kemarahan dan kekecewaan. "What do you mean by 'I'm pulling out'? Do you have any idea what this means for the team? For your career?"

"Coach, I'm really sorry," Kensuke cuba menyusun kata. "I... I need to do this. There are things more important than the tournament right now."

"More important than the Japan MOBA Championship?! Kensuke, this is your life! This is what you've worked for! The dates can't be changed, you know that! It's fixed, organized by Japan MOBA themselves!" Coach Starlash bersuara dengan nada yang tidak percaya, seolah Kensuke telah gila.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now