Losing It

1 0 0
                                        

Pada malam itu Zuri terjaga. Dean di sebelahnya sedang lena. 

Semasa Dean berbaring disebelahnya, dia terbangun sebentar dan Dean mengucup dahinya dah mengucapkan "goodnight, sayang. Go back to sleep," dan dia sempat melirik jam di meja sisi-- 3 minit sebelum pukul 12.

Oleh kerana terlampau mengantuk, dia kembali memejamkan mata dan menikmati tidur. Tidurnya sangat mudah kerana dia sudah menelan dua biji magnesium dan terlena sejam kemudian, pada pukul 10.30 malam.

Namun, seawal pukul 4 pagi dia terjaga. Secara spontan, hatinya tidak tenang kerana tiba-tiba teringat akan Amberlee.

Telefon bimbit Dean sedang di caj di meja di atas meja sisi sebelah Dean yang sedang lena diulit mimpi.

Hatinya berperang, antara hormat dan keinginan untuk tahu.

Akhirnya, dia bangun perlahan. Tangannya menggapai telefon Dean. Skrin masih terkunci, tetapi sesuatu menarik perhatiannya. Satu notifikasi mesej masuk yang belum dibuka.

Received at 1.30am.

Amberlee: “You left your cufflinks. Again 😏”

Jantung Zuri seperti terhenti.

Matanya terpaku pada notifikasi di skrin telefon Dean. Sentuhan Amberlee dengan emoji nakal itu terasa seperti tamparan keras di pipinya.

"You left your cufflinks. Again 😏"

Setiap patah perkataan mengukirkan fakta pahit: suaminya telah menghabiskan malam dengan wanita lain.

Nafas Zuri tersekat. Air matanya sudah bergenang di kelopak mata, namun dia menahannya sekuat tenaga. Ada rasa mual yang tiba-tiba menyerang, seolah-olah semua udara di bilik itu lenyap.

Dia beralih menatap wajah Dean yang masih lena di sebelahnya. Begitu tenang, seolah-olah tiada dosa yang baru saja dilakukan. Satu perasaan aneh merayap di hatinya, perpaduan antara kemarahan, pengkhianatan, dan kesedihan yang mendalam.

Dia meletakkan kembali telefon Dean perlahan, seolah-olah takut mengganggu tidur nyenyak suaminya. Belakangnya terasa dingin, meskipun udara di bilik cukup hangat. Zuri beringsut turun dari katil, kakinya melangkah tanpa tujuan ke arah tingkap. Kegelapan di luar masih pekat, namun hatinya terasa lebih gelap lagi.

Pikirannya kalut. Pelbagai pertanyaan berkecamuk di benaknya.

Sejak bila?

Mengapa?

Apa yang kurang darinya?

Adakah ini semua hanya ilusi?

Adakah perkahwinannya selama ini hanya sandiwara?

Dia tahu… esok, segalanya akan berubah. Tidak akan ada lagi pagi yang sama, tidak ada lagi senyuman tulus yang dia berikan pada Dean.

Kepercayaan yang telah dibina bertahun-tahun hancur dalam sekelip mata, digantikan oleh keraguan dan rasa sakit yang menyayat.

Zuri mengepalkan tangannya, kuku-kukunya menusuk tapak tangannya sendiri. Rasa sakit fizikal itu sedikit mengalihkan rasa sakit di hatinya. Dia mesti kuat.

Namun, bagaimana dia boleh menghadapi Dean nanti? Bagaimana dia boleh berpura-pura tidak tahu?

Pagi akan segera tiba, dan bersamaan dengan itu, sebuah kebenaran yang pahit akan terbongkar. Zuri tahu dia perlu bersiap menghadapi badai yang akan datang. Badai yang akan mengubah hidupnya, dan mungkin juga kehidupan mereka selamanya.

Zuri duduk di birai katil, memandang kosong ke luar jendela. Langit timur mula menunjukkan rona keemasan, menandakan sang mentari bakal muncul.

Namun, tiada keindahan yang dapat dirasakannya saat ini.

Defeated To HerWhere stories live. Discover now