"DATUK ZALI!"
Selangkah demi selangkah, Jebat mendekati Datuk Zali yang kelihatan kaku. Tak lagi mempedulikan para pengawal peribadi yang sudah bersedia untuk mengepung majikan mereka. Emosi Jebat benar-benar bercelaru.
Di satu sisi, Jebat mahu membunuh Datuk Zali serta-merta. Namun, satu sisi lagi seakan-akan ada satu bisikan yang menyuruhnya untuk berfikiran rasional.
"Kau bukan budak yang nak jadi bodyguard aku tu ke?"
Jebat tersenyum sinis. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam saku seluar. Tak menyangka lelaki ini masih ingat dengan figuranya.
"Nampaknya, datuk masih ingat orang yang datuk dah hina kat kelab beberapa hari lepas."
Datuk Zali tertawa sinis. Dia terangguk-angguk seraya mendekati Jebat. Anak muda ini memang teguh hatinya. Sudah menerima hinaan tapi masih tak mahu mengalah dengan niatnya.
"Siapa nama kau, anak muda?"
"Jebat."
"Oh! Nama pendekar zaman dulu kala. Patutlah jiwa kau ni boleh tahan kental!" Datuk Zali menepuk dada Jebat bertalu-talu.
Tak semena-mena, para pengawal sudah menyembunyikan tawa dengan sindiran halus Datuk Zali. Masing-masing masih dalam mood memperlekehkan niat Jebat yang ingin menjadi sebahagian daripada mereka.
"Saya perlukan pekerjaan mencabar untuk saya dengan jadi bodyguard datuk. Sebab itu saya..."
"Kalau kau nak kerja yang mencabar, aku boleh bagi sekarang selain jadi bodyguard yang boleh lindungi nyawa aku," pintas Datuk Zali.
"Apa dia datuk?"
"Kau sedia nak buat pekerjaan mencabar tu?"
Jebat mengangguk. Bersedia dengan cabaran yang ingin diberikan oleh musuhnya ini.
"Kerja kau senang je. Kau nampak kasut aku yang kotor ni?"
"Saya boleh tolong bersihkan kalau itu yang datuk nak."
"Memang itu yang aku nak. Tapi aku nak kau melutut depan aku dan buka kasut aku."
Tak semena-mena, arahan mandatori itu membuatkan wajah Jebat membahang. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan amarah yang kembali marak. Nafasnya sesak di dada. Sungguh, Jebat semakin tercabar!
Hinaan ini semakin menjatuhkan maruahnya.
"Kenapa diam? Kau juga yang cakap tadi kau nak kerja yang mencabar. Aku bagi lain..."
Tak semena-mena, Datuk Zali kematian bicara tika Jebat sudah menjatuhkan kedua-dua belah lututnya di atas lantai. Dia mendengus. Maruah orang miskin seperti Jebat ini memang senang benar dijatuhkan!
"Bagus anjing baru kita ni. Sekali je bagi arahan dah dengar. Pastikan kasut ni berkilat. Tak kusut macam muka penagih dadah kau tu!"
Ya Tuhan, kalau ini ujian untuk mencabar kesabarannya menjadi sebahagian daripada pengawal peribadi Datuk Zali, Jebat pasrah. Tapi, dendamnya takkan surut buat keluarga lelaki kejam ini!
"Kasut aku mahal ni. Jangan gosok sampai koyak pula. Seumur hidup pun kau takkan mampu bayar ganti rugi kasut aku."
Sempat lagi Datuk Zali memuntahkan hinaan demi hinaan tatkala pengawal peribadinya memberikannya kasut yang baru. Dia bersiul seraya melangkah keluar dari pejabat itu.
"Oh lupa! Ni upah untuk kau."
Datuk Zali mengeluarkan note RM 500 dari dompetnya seraya dibaling ke wajah Jebat yang sudah membuntutinya sambil membawa kasut hitam Datuk Zali.
YOU ARE READING
KAU YANG TAK TERGANTI (ON GOING)
Storie d'amore𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂...