𝓑𝓐𝓑 18

25 6 0
                                    

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuah, mereka berempat sebenarnya merasa masih belum puas sepenuhnya kerana waktu tidak mengizinkan mereka untuk berlama-lama di situ. Namun, mereka terpaksa bergegas pulang ke hotel bagi menyiapkan diri untuk aktiviti pusing-pusing pulau pada petang itu. 

Sebelum pukul 2, mereka sudah berkumpul di lobi hotel, lengkap berpakaian sesuai untuk aktiviti air. Keempat-empatnya kelihatan teruja sambil membawa beg kecil yang diisi dengan keperluan seperti tuala, pakaian tambahan, dan barang-barang lain. Mereka tidak sabar untuk menikmati keindahan pulau-pulau yang bakal mereka kunjungi.

"Tak sabarnya nak pusing-pusing pulau!" ujar Aishah dengan nada penuh teruja, matanya bercahaya sambil tersenyum lebar. Melihat gelagat Aishah yang bersemangat itu, rakan-rakannya hanya mampu menggeleng kecil sambil tertawa.

"Wow, macam dah tak sabar sangat tu," usik Alyssa dengan nada gurauan sambil menepuk perlahan bahu Aishah. Mereka sudah berada di lobi hotel, menunggu staf hotel yang akan membawa mereka ke jeti. Sambil menunggu, Arieshah mengambil kesempatan untuk memastikan segalanya dalam keadaan siap sedia.

"Semua barang dah bawa, belum? Jangan nanti ada yang tertinggal pula," ujar Arieshah sambil melirik rakan-rakannya, gayanya sudah seperti seorang mak-mak yang risau.

"Dah, mak," balas Aishah sambil mengusik Arieshah. Jawapannya membuatkan mereka semua ketawa kecil, suasana menjadi lebih santai dan ceria.

"Okayy, baguss." ujar Arieshah dengan senyuman kecil. Selama beberapa minit berlalu, akhirnya staf hotel sampai dan membawa mereka berempatke jeti yang terdapat di pinggir pantai. Mereka berempat pun menaiki bot yang telah disediakan untuk para pelancong. Aishah sangat teruja apabila telah selamat duduk di atas kerusi yang ada di bot.

"Jangan lupa pakai safety jacket, Aishah. Kau ni asyik teruja je, takut terjun tanpa sedar nanti," tegur Kasih dengan nada separuh bergurau sambil menyerahkan jaket keselamatan kepada Aishah.

"Baik, Kasihku sayanggg!" balas Aishah dengan nada manja yang dibuat-buat, sengaja melakonkan gaya drama romantis sambil menghantar flying kiss ke arah Kasih. Melihat aksi itu, Arieshah dan Alyssa sudah tergelak besar.

"Aishah, kau ni boleh buat orang tertelan air laut kalau gelak tak berhenti," ujar Alyssa sambil memegang perutnya yang sudah sakit kerana ketawa.

"Aku rasa kita tak perlu risau pasal Aishah lupa jaket. Yang aku risau, nanti dia lupa diri sebab terlalu drama," sampuk Arieshah, turut tertawa kecil. Kasih pula hanya menggeleng sambil tersenyum, 

"Kau ni memang susah nak serius, kan? Dah, pakai cepat sebelum staf hotel datang marah!" Suasana di antara mereka menjadi semakin riuh, penuh dengan gelak ketawa dan gurauan, membuatkan petang itu bermula dengan penuh keceriaan. Aishah, yang paling teruja, duduk di bahagian hadapan bot, sambil Arieshah dan Kasih memilih tempat di bahagian tengah untuk lebih stabil. 

Ketika bot mula bergerak, angin laut menerpa wajah mereka dengan segar, disertai bunyi deruan ombak. Alyssa yang duduk dibelakang mula menjerit kecil setiap kali bot melambung sedikit akibat ombak. Arieshah tersenyum kecil, tetapi hatinya sedikit tenggelam apabila angin laut mengingatkannya kepada kenangan dia dan Mukhriz yang pernah menaiki bot serupa suatu ketika dulu.

Kilas balik...

Angin laut lembut bertiup, menyentuh wajah Arieshah ketika dia duduk di bahagian depan bot bersama Mukhriz. Kala itu, mereka baru sahaja berkahwin dan sedang menikmati fasa bulan madu. Mukhriz kelihatan segak dengan cermin mata hitamnya, sementara Arieshah mengenakan tudung rona pastel yang berkibar cantik ditiup angin. Mukhriz tersenyum sambil memegang erat tangan Arieshah, 

"Sayang, tengok tu. Cantik betul laut ni, kan?"Arieshah memandang ke arah yang ditunjukkan Mukhriz—air laut jernih, berkilauan diterpa cahaya matahari, dengan pemandangan pulau-pulau kecil yang menghijau di kejauhan.

"Cantik sangat, hubby. Tapi... tahu tak apa yang lebih cantik dari semua ni?" Mukhriz mengerutkan dahi, berpura-pura berfikir, 

"Hmm, tak tahu. Apa dia?" Arieshah memandangnya dengan senyuman penuh makna, 

"Masa kita berdua macam ni. Dengan hubby, semua benda nampak lebih indah." Mukhriz ketawa kecil, matanya bersinar penuh kasih sayang. 

"Alaa, sayang ni pandai buat hubby cairlah. Janganlah cakap macam tu selalu, nanti jatuh cinta lagi banyak." Dia mencubit manja pipi Arieshah, membuatkan Arieshah tertawa kecil. Tiba-tiba, bot mereka melambung sedikit akibat ombak yang lebih kuat. Arieshah terkejut dan memegang lengan Mukhriz dengan erat. 

"Astaghfirullahalazim! Ombak ni buat jantung sayang nak tercabut!"Mukhriz ketawa melihat reaksinya, lalu memeluk bahu Arieshah untuk menenangkan. 

"Tak apa, sayang. Hubby ada. Kalau apa-apa jadi, biar hubby dulu yang kena sebelum awak." Arieshah mengetap bibir, terharu dengan kata-kata Mukhriz. 

"Hubby ni... asyik buat sayang rasa nak nangis je."

"Eh, tak boleh nangis. Kita dekat laut. Kalau air mata sayang jatuh, nanti air laut naik pasang!" usik Mukhriz, membuat Arieshah ketawa semula. Mereka terus berbual sambil menikmati pemandangan di sekitar. Mukhriz sempat mengeluarkan kamera untuk merakamkan detik itu. Dia meminta seseorang di bot untuk mengambil gambar mereka berdua, berdiri di tepi bot dengan latar belakang laut biru. Arieshah bersandar manja di bahu Mukhriz, senyuman mereka melambangkan kebahagiaan sempurna.

Tamat kilas balik

Kasih yang ketika itu sedang menikmati angin laut sedar akan perubahan Arieshah yang tiba-tiba termenung dan mengalirkan air mata tanpa sesiapa yang perasan akan hal itu, hanya kasih sahaja yang perasan akan perubahan Arieshah kerana Kasih ketika itu duduk bersebelahan dengan Arieshah.

"Wey, Sha. Kenapa kau nangis ni?" ujar Kasih dengan penuh kerisauan apabila melihat sahabatnya tiba-tiba mengalirkan air mata tanpa tahu sebabnya.

"Kasih,... aku rindu dia. Rindu dia sangat-sangat. Kenapa dia buat aku macam ni? Aku ni tak penting ke bagi dia? Apa salah aku dekat dia sampai dia buat aku macam ni?" Arieshah meluahkan apa yang dirasakan apa yang dipendam selama mereka bercuti di Pulau Langkawi. Dia meluahkan dengan penuh tangisan dan penuh dengan kesedihan

"Sabar-sabar, Sha. Ada sebab kenapa dia buat macam ni. Insya'allah kalau jodoh kau dengan dia panjang nanti mesti dia akan balik dekat kau seperti mana dia pernah berjanji dengan kau." Kasih cuba untuk memujuk Arieshah yang sudah seperti orang menyerah dengan segala-gala yang terjadi. Arieshah lebih terbuka dengan Kasih kerana mereka sudah lama berkawan. Bahkan, sebelum adanya Alyssa dan Aishah mereka berdua sudah rapat selalu berdua kemana-mana. Keluarga Arieshah sudah mengenali Kasih dengan lebih rapat begitu juga dengan keluarga Kasih.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now